Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 5, 2014

Kejap masa berlalu

Ya Allah..kita dah hampiri end 2014..betapa cepat masa berlalu. Umur pun kian meningkat. Mana yang kurang cepat2 la tersedar...jangan la sia2 umur kita. Alhamdulillah banyak fasa perubahan aku lalui...makin hari banyak improved. Syukur...Aku dilahirkan Islam..dan akan terus bertakwa kepadaNya. Sesuangguhnya Allah swt sentiasa beri rezeki sikit pun tak kurang malah bertambah2....

Tahun depan kehidupan baru untuk kami sekeluarga. Semua akan sibuk..rasa nak nangis pun ada. Aqil dah masuk  darjah1 dan Afiq aku masukkan dia ke Taska. Ikut hati...sedih sangat. Tapi tuntutan zaman moden kita..era hidup kita tak macam dulu2. Dulu 6 tahun start msk tadika?prasekolah..zaman sekarang kalu umur tu masuk sekolah dah terlewat. Zaman sekarang kian berlumba2. Siapa lambat tercicirlah ia. Kesian anak2 sekarang dah dikerah bijak ilmu itu ini. Berat hati nak sekolahkan Afiq..terasa muda walau dia dah 3 tahun. eh ka aku tak leh terima aku ni makin tua. yolah Aqil pun dh masuk darjah 1 !!!

Hari setel semua hal2 persekolahan anak2..lega. Moga anak2 mama tak persiakan apa yang mama buat. Sume untuk kebaikan anak2 mama. Moga menjadi anak soleh dan tidak menghampakan mama.


No comments:

Post a Comment