Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, November 26, 2014

Fikiran terganggu

Seharian berfikir...kawan yang mana terbaik untuk kita. Rapat tak semestinya baik...baru kenal sehari dua tak semestinya tak baik untuk kita.

Sukar memahami karekter manusia. Moga Allah swt dapat lindungi aku dari punyai kelakuan talam dua muka. Berhadapan dengan orang macam ni sangat menguji kesabaran walau kita sayang. Hurmmm..

Tuesday, November 25, 2014

Aktiviti hari ni

Malam ni sibuk sangat2. Sambil susun order..sambil berperang ngan hero2 ni. Ada yang nak pos esok..ada yang nk kena hantar jap lagi kat area bertam. Macam2 order masuk hari ni..antaranya :

~Ada yang nak slim/kempiskan perut

~Ada nak calsium...jaga tulang. Tulang tu bagaikan tiang rumah. Kalu tiang mereput..roboh lah umah. Macam tu la ngan badan kita.

~Ada nak jaga kulit dari cepat berkedut. Kang baru masuk 40an...org dah tegur mcm umoq 50. Eeee..taknak kan??

~Ada nak detox badan. Buang toksin dalam badan tu. Kalu simpan bawa penyakit bukan membawa diri segak.

~Untuk rawatan rambut gugur. Sclap treatment dapat menyuburkan rambut semula.

~ aihhhhh..macam2 ada lah. Banyak kalu nak story. Nanti i sambung okes. Nak ready kelas utk anak2 #Anugerah saya. Sapa nak jadi anak bisness saya boleh daftar hanya rm65. Takda modal banyak tu? Saya ada cara. Nak tau..contact sy ok.

Friday, November 21, 2014

Penat...Allah saja yang tahu

Alhamdulillah..rezeki kian bertambah.Tpapi bukan rezeki datang bergolek2...bukan turun dari langit tanpa usaha dan DOA. Tahun ni pecah rekod...betapa usaha aku ni sangat2 memenatkan tapi puas. Dalam satu masa aku buat 3 kerja sekaligus. Selain masih kerja tempat lama..aku buat bisness shaklee dan pada masa sama aku cari pelabur yang nak melabur dalam unit trust. Kenapa aku buat semua ni? Sebab aku ada impian. Besarrrrrrrr sangat impian ni. Dalam vision board berderet2 impian aku ni..tapi paling satu aku sangat2 teringinnnnnnnn.. Makkah!! Nak sangat jejak kaki depan kaabah..nak sujud depan kaabah. aduiyaii sebak plak dada. Rindu sangat nak ke sana. Tak pa...selagi ada usaha..jom menabung!!!!

Aku buat unit trust pun sebab tersedar...betapa ramai orang muda tak buat simpanan masa depan. Rata2 kawan aku memang tak buat tabung untuk masa depan. Pelik juga hati ni. Aku sangat berdisplin untuk simpanan masa depan. Kalu simpan..maknanya tak boleh amik. Sebelum ni melabur dalam ASB..lepas banyak baca artikel dan blog rupa2nya ASB ni diragui dan Mufti pun ada keluar fatwa...tak moleh. Tak full islamik. Ada juga mufti jatuhkan hukum harus. Tapi pada aku , tak anggap harus kerana kita ada pilihan lain yang betul2 islamik. Maka aku pilih public mutual yang tabungnya tak terlibat pelaburan diragui. rata2 cash dilabur dalam bidang telekomunikasi dan gas. Dengan ini la aku pulun sedarkan sahabat..menabung dalam unit trust ni. Kelebihannya, lebih dari ASB. Antaranya??

#Boleh letak siap penama
#Pulangan purata 10% dan ke atas. Tinggikan dari ASB yang purata setiap tahun bawah 8% !!
#Bila melabur dalam Public mutual....kita akan diberi access tengok wang kita "beranak"l

ha itu di atas tu paling special la dari Public Mutual... :). Ok sapa berminat boleh contact saya di FB Perunding Unit Amanah Islamik

Ok la nanti sambung

Tuesday, November 18, 2014

Iftifar PASTI Abg Aqil

Ahad baru2 ni majlis iftihar Aqil. Agak frust sebab tak pakai2 jubah ni. Just amik sijil gitu lepas persembahan budak2. Aqil nasyid tapi dia tenggelam dalam kumpulan tu. Kena makan kacang panjang banyak ni baru tinggi. ;p
Afiq pun join gak tapi cam besa la bukan nak duk diam sangat. Asik merenggek atas riba...time tu plak time tido dia..ngantok punya pasal. Time abang nyanyi dia dah menguap sakan...elok abang habis mata dia dah pejam . Alahai adik.

Monday, November 17, 2014

Pujian atau pemerlian?

Sabtu lepas pegi wedding anak timbalan menteri kedah kat Aloq Setaq. Wahhh hebat deco2. Sangat mewah....sekontena kain rasanya guna untuk hias. Dari red carpet luar stadium sampai ke dalam. Berbumbung kain2 ela putih pink biru.

Time nak makan tu usah cakap la...macam2 jenis makanan nak pilih. Macam biasa kasi mak abah ngan encik abang amik dulu then baru turn aku.

Haihhh habis dietku...wahhh siap ada udang goreng kunyit beso2. Caterer sorang tu sendukkan 2 ekor udang..tapiiiiii

Aku : dik oiii..jgan la sendukkan sekali minyak.banyak tu minyak. Akak xmkn la minyak2 ni

(Sj buat ayat kerek dah hg nk layan senduk2 ni kan)

Mamat tu : minyak ni la sedap

Aku : haippppp. Tak elok utk kesihatan. Tau x..dengan minyak ni la punca macam2 sakit. Cepat dapat sakit jantung tau.

Tetiba ja ada makcik ada sebelah aku bersuara

Makcik : tak pa..org muda makan tak pa

Aku : tak bole macam tu makcik..dari muda la kena jaga. Tak bole makan berminyak selalu.

Makcik : haaa dengar tu dik oi..kakak ni keja doktor kot.

Kahkahkah..xtau nak kembang apa..pipi? Tinga? Bontot? Ahaksss

Aku : eh xlah .... sy jual shaklee. (Tp napa ntah ayat ni tak terkeluar sebab hati terperasan aku ni doktor. Hahhaha..adoi laaaa)

Thursday, November 6, 2014

Tempoh amal suplemen



Suplemen selama-lamanya?

Ramai pelanggan saya akan tanya...cth la..beli vitamin C. 

"saya makan ni sebab muka saya kusam..itu yang beli vitamin C ni. Kak, berapa botol saya kena telan vitamin C ni nak bagi muka saya ok?"

Saya tersenyum...faham...ramai pelanggan saya macam ni. Saya jawab ringkas je "sampai ke tua"
Terbeliak bijik mata dia..mesti dia terus fikir jenuh la nak beli !!! Alah dengan shaklee vitamin C tahan 6 bulan. Jadi, setahun dia kena beli stok 2kali dengan saya. Kos pulak sebijik rm0.40. Mahal? Jangan merepek kata mahal !!!

Konsepnya begini...seringkas yang mungkin:

PERUT LAPAR ??? Tindakan? --> Makan !!!
KESIHATAN BAIK ??? Tindakan --> Penjagaan Nutrisi yang baik !!! (suplemen atau pemakanan)

Kedua2 diatas perlu seumur hidup bukan?

Jadi kenapa perlu nak amik kisah kos dan tempoh? Bukankah kesihatan yang perlu kita jaga sampai tua...suplemen pun perlu sehingga kita tua. Kenapa? vitamind dan mineral sihatnya tidak tahan lama. Katakan hari ini kita perlu sayur2an hijau..Esok pun kita perlukan lagi. Betul tak? Begitu juga dengan suplemn

Okey kembali kepada cerita tadi. Katakan minah ni amik sebotol  vitamin C..muka dia jadi berseri..rasa cun giler !!!n Lepas tu dia stop…pemakanan hentam keromo..berminyak la..berlemak la…segala macam..akhirnya dapat kekal tak kejelitaan wajah kulit dia? Mesti la tak !! Dan..apa akan jadi…dia cari Suplemen balik. Itu la saya cakap..suplemen hingga umur senja!!

Andaikan dia jaga pemakan…tak nak suplemen2 ni. Rasa gerun nak telan pil…tapi sedar tak..sayur2an hijau kita tak selamat seperti dulu. Petani guna racun perosak..ada pernah terfikir??habis lebur khasiat sayur2 yang Nampak segar dimata tu! Ok, kalu dia guna skit jeeee racun perosak..bagaimana dengan tanah petani? Ingat yer…tanah bumi dah banyak pencemaran…sayur 2an nak dapat mineral baik pun terhad kerana pencemaran2 ni. Bahan kimia merata2… diserap masuk ke tanah..dan kita tanam pulak tanam2an..tapi hasil tidak sebaik zaman dahulu.

Jadi saya nak bertanya kepada anda..masih perlu atau tidak suplemen ni?? Untuk saya WAJIBBB!!!

Wednesday, November 5, 2014

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum  wbt...

Penutup October amat mengujakan sebab dikurniakan rezeki melimpah ruah. Setahun melibatkan diri dengan Shaklee...Akhirnya dapat juga income 4 angka. Modal rm65 je..tak sangka leh jana side income banyak ni. Selain dari tu... dapat nek pangkat ngan gaji dalam bulan yang sama...Double gembira okeyyyy !!! syukur alhamdulillah.

Rezeki ni untuk anak2 mama yang kian membesar. Nak kumpul duit nak pi jalan2 pun ia. Lama plak melancong. Melancong aku ni..tak da la oversea..dalam Malaysia sudah. Sok2 ada rezeki besarrrrr baru kita plan p oversea. Alahai tinginnya nak pi USS!!


Jom menabung!