Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 5, 2014

Kejap masa berlalu

Ya Allah..kita dah hampiri end 2014..betapa cepat masa berlalu. Umur pun kian meningkat. Mana yang kurang cepat2 la tersedar...jangan la sia2 umur kita. Alhamdulillah banyak fasa perubahan aku lalui...makin hari banyak improved. Syukur...Aku dilahirkan Islam..dan akan terus bertakwa kepadaNya. Sesuangguhnya Allah swt sentiasa beri rezeki sikit pun tak kurang malah bertambah2....

Tahun depan kehidupan baru untuk kami sekeluarga. Semua akan sibuk..rasa nak nangis pun ada. Aqil dah masuk  darjah1 dan Afiq aku masukkan dia ke Taska. Ikut hati...sedih sangat. Tapi tuntutan zaman moden kita..era hidup kita tak macam dulu2. Dulu 6 tahun start msk tadika?prasekolah..zaman sekarang kalu umur tu masuk sekolah dah terlewat. Zaman sekarang kian berlumba2. Siapa lambat tercicirlah ia. Kesian anak2 sekarang dah dikerah bijak ilmu itu ini. Berat hati nak sekolahkan Afiq..terasa muda walau dia dah 3 tahun. eh ka aku tak leh terima aku ni makin tua. yolah Aqil pun dh masuk darjah 1 !!!

Hari setel semua hal2 persekolahan anak2..lega. Moga anak2 mama tak persiakan apa yang mama buat. Sume untuk kebaikan anak2 mama. Moga menjadi anak soleh dan tidak menghampakan mama.


Wednesday, November 26, 2014

Fikiran terganggu

Seharian berfikir...kawan yang mana terbaik untuk kita. Rapat tak semestinya baik...baru kenal sehari dua tak semestinya tak baik untuk kita.

Sukar memahami karekter manusia. Moga Allah swt dapat lindungi aku dari punyai kelakuan talam dua muka. Berhadapan dengan orang macam ni sangat menguji kesabaran walau kita sayang. Hurmmm..

Tuesday, November 25, 2014

Aktiviti hari ni

Malam ni sibuk sangat2. Sambil susun order..sambil berperang ngan hero2 ni. Ada yang nak pos esok..ada yang nk kena hantar jap lagi kat area bertam. Macam2 order masuk hari ni..antaranya :

~Ada yang nak slim/kempiskan perut

~Ada nak calsium...jaga tulang. Tulang tu bagaikan tiang rumah. Kalu tiang mereput..roboh lah umah. Macam tu la ngan badan kita.

~Ada nak jaga kulit dari cepat berkedut. Kang baru masuk 40an...org dah tegur mcm umoq 50. Eeee..taknak kan??

~Ada nak detox badan. Buang toksin dalam badan tu. Kalu simpan bawa penyakit bukan membawa diri segak.

~Untuk rawatan rambut gugur. Sclap treatment dapat menyuburkan rambut semula.

~ aihhhhh..macam2 ada lah. Banyak kalu nak story. Nanti i sambung okes. Nak ready kelas utk anak2 #Anugerah saya. Sapa nak jadi anak bisness saya boleh daftar hanya rm65. Takda modal banyak tu? Saya ada cara. Nak tau..contact sy ok.

Friday, November 21, 2014

Penat...Allah saja yang tahu

Alhamdulillah..rezeki kian bertambah.Tpapi bukan rezeki datang bergolek2...bukan turun dari langit tanpa usaha dan DOA. Tahun ni pecah rekod...betapa usaha aku ni sangat2 memenatkan tapi puas. Dalam satu masa aku buat 3 kerja sekaligus. Selain masih kerja tempat lama..aku buat bisness shaklee dan pada masa sama aku cari pelabur yang nak melabur dalam unit trust. Kenapa aku buat semua ni? Sebab aku ada impian. Besarrrrrrrr sangat impian ni. Dalam vision board berderet2 impian aku ni..tapi paling satu aku sangat2 teringinnnnnnnn.. Makkah!! Nak sangat jejak kaki depan kaabah..nak sujud depan kaabah. aduiyaii sebak plak dada. Rindu sangat nak ke sana. Tak pa...selagi ada usaha..jom menabung!!!!

Aku buat unit trust pun sebab tersedar...betapa ramai orang muda tak buat simpanan masa depan. Rata2 kawan aku memang tak buat tabung untuk masa depan. Pelik juga hati ni. Aku sangat berdisplin untuk simpanan masa depan. Kalu simpan..maknanya tak boleh amik. Sebelum ni melabur dalam ASB..lepas banyak baca artikel dan blog rupa2nya ASB ni diragui dan Mufti pun ada keluar fatwa...tak moleh. Tak full islamik. Ada juga mufti jatuhkan hukum harus. Tapi pada aku , tak anggap harus kerana kita ada pilihan lain yang betul2 islamik. Maka aku pilih public mutual yang tabungnya tak terlibat pelaburan diragui. rata2 cash dilabur dalam bidang telekomunikasi dan gas. Dengan ini la aku pulun sedarkan sahabat..menabung dalam unit trust ni. Kelebihannya, lebih dari ASB. Antaranya??

#Boleh letak siap penama
#Pulangan purata 10% dan ke atas. Tinggikan dari ASB yang purata setiap tahun bawah 8% !!
#Bila melabur dalam Public mutual....kita akan diberi access tengok wang kita "beranak"l

ha itu di atas tu paling special la dari Public Mutual... :). Ok sapa berminat boleh contact saya di FB Perunding Unit Amanah Islamik

Ok la nanti sambung

Tuesday, November 18, 2014

Iftifar PASTI Abg Aqil

Ahad baru2 ni majlis iftihar Aqil. Agak frust sebab tak pakai2 jubah ni. Just amik sijil gitu lepas persembahan budak2. Aqil nasyid tapi dia tenggelam dalam kumpulan tu. Kena makan kacang panjang banyak ni baru tinggi. ;p
Afiq pun join gak tapi cam besa la bukan nak duk diam sangat. Asik merenggek atas riba...time tu plak time tido dia..ngantok punya pasal. Time abang nyanyi dia dah menguap sakan...elok abang habis mata dia dah pejam . Alahai adik.

Monday, November 17, 2014

Pujian atau pemerlian?

Sabtu lepas pegi wedding anak timbalan menteri kedah kat Aloq Setaq. Wahhh hebat deco2. Sangat mewah....sekontena kain rasanya guna untuk hias. Dari red carpet luar stadium sampai ke dalam. Berbumbung kain2 ela putih pink biru.

Time nak makan tu usah cakap la...macam2 jenis makanan nak pilih. Macam biasa kasi mak abah ngan encik abang amik dulu then baru turn aku.

Haihhh habis dietku...wahhh siap ada udang goreng kunyit beso2. Caterer sorang tu sendukkan 2 ekor udang..tapiiiiii

Aku : dik oiii..jgan la sendukkan sekali minyak.banyak tu minyak. Akak xmkn la minyak2 ni

(Sj buat ayat kerek dah hg nk layan senduk2 ni kan)

Mamat tu : minyak ni la sedap

Aku : haippppp. Tak elok utk kesihatan. Tau x..dengan minyak ni la punca macam2 sakit. Cepat dapat sakit jantung tau.

Tetiba ja ada makcik ada sebelah aku bersuara

Makcik : tak pa..org muda makan tak pa

Aku : tak bole macam tu makcik..dari muda la kena jaga. Tak bole makan berminyak selalu.

Makcik : haaa dengar tu dik oi..kakak ni keja doktor kot.

Kahkahkah..xtau nak kembang apa..pipi? Tinga? Bontot? Ahaksss

Aku : eh xlah .... sy jual shaklee. (Tp napa ntah ayat ni tak terkeluar sebab hati terperasan aku ni doktor. Hahhaha..adoi laaaa)

Thursday, November 6, 2014

Tempoh amal suplemen



Suplemen selama-lamanya?

Ramai pelanggan saya akan tanya...cth la..beli vitamin C. 

"saya makan ni sebab muka saya kusam..itu yang beli vitamin C ni. Kak, berapa botol saya kena telan vitamin C ni nak bagi muka saya ok?"

Saya tersenyum...faham...ramai pelanggan saya macam ni. Saya jawab ringkas je "sampai ke tua"
Terbeliak bijik mata dia..mesti dia terus fikir jenuh la nak beli !!! Alah dengan shaklee vitamin C tahan 6 bulan. Jadi, setahun dia kena beli stok 2kali dengan saya. Kos pulak sebijik rm0.40. Mahal? Jangan merepek kata mahal !!!

Konsepnya begini...seringkas yang mungkin:

PERUT LAPAR ??? Tindakan? --> Makan !!!
KESIHATAN BAIK ??? Tindakan --> Penjagaan Nutrisi yang baik !!! (suplemen atau pemakanan)

Kedua2 diatas perlu seumur hidup bukan?

Jadi kenapa perlu nak amik kisah kos dan tempoh? Bukankah kesihatan yang perlu kita jaga sampai tua...suplemen pun perlu sehingga kita tua. Kenapa? vitamind dan mineral sihatnya tidak tahan lama. Katakan hari ini kita perlu sayur2an hijau..Esok pun kita perlukan lagi. Betul tak? Begitu juga dengan suplemn

Okey kembali kepada cerita tadi. Katakan minah ni amik sebotol  vitamin C..muka dia jadi berseri..rasa cun giler !!!n Lepas tu dia stop…pemakanan hentam keromo..berminyak la..berlemak la…segala macam..akhirnya dapat kekal tak kejelitaan wajah kulit dia? Mesti la tak !! Dan..apa akan jadi…dia cari Suplemen balik. Itu la saya cakap..suplemen hingga umur senja!!

Andaikan dia jaga pemakan…tak nak suplemen2 ni. Rasa gerun nak telan pil…tapi sedar tak..sayur2an hijau kita tak selamat seperti dulu. Petani guna racun perosak..ada pernah terfikir??habis lebur khasiat sayur2 yang Nampak segar dimata tu! Ok, kalu dia guna skit jeeee racun perosak..bagaimana dengan tanah petani? Ingat yer…tanah bumi dah banyak pencemaran…sayur 2an nak dapat mineral baik pun terhad kerana pencemaran2 ni. Bahan kimia merata2… diserap masuk ke tanah..dan kita tanam pulak tanam2an..tapi hasil tidak sebaik zaman dahulu.

Jadi saya nak bertanya kepada anda..masih perlu atau tidak suplemen ni?? Untuk saya WAJIBBB!!!

Wednesday, November 5, 2014

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum  wbt...

Penutup October amat mengujakan sebab dikurniakan rezeki melimpah ruah. Setahun melibatkan diri dengan Shaklee...Akhirnya dapat juga income 4 angka. Modal rm65 je..tak sangka leh jana side income banyak ni. Selain dari tu... dapat nek pangkat ngan gaji dalam bulan yang sama...Double gembira okeyyyy !!! syukur alhamdulillah.

Rezeki ni untuk anak2 mama yang kian membesar. Nak kumpul duit nak pi jalan2 pun ia. Lama plak melancong. Melancong aku ni..tak da la oversea..dalam Malaysia sudah. Sok2 ada rezeki besarrrrr baru kita plan p oversea. Alahai tinginnya nak pi USS!!


Jom menabung!

Wednesday, June 4, 2014

KEPENTINGAN VITAMIN !!!!!

 KEPENTINGAN VITAMIN

Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.



VITAMIN A

Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.



VITAMIN B

Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.



VITAMIN C

Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.



VITAMIN D

Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.

   

VITAMIN E

Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.



VITAMIN K

Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

(Sumber:nona.karangkraf)

Friday, February 21, 2014

Didik atau dera

Masih panas isu family di sweden tu. Duk ikut kisah family ni timbul juga rasa pelik. Napa anak pasangan malaysia ni..yg sorang tu asik kena 'dera' sedangkan adik beradik lain tidak? Sebagai ibu ... juga pemerhati sekeliling...pada aku tak lain tak bukab..klu hang tak buat pasal takdanya hg nak kena hukum ngan mak bapak. Dah degil...bebel tak jalan...tangan yg jalan tolong bibir yang dah letih bebel. Sangat sedih...dia menyalahkan ibu tapi sedikit pun hang tak citer kenapa hg terima hukuman sebegitu rupa. 1000 kali tu weiiii..dasyat nya hg kira. Doa aku...moga 1 hari budak ni betul2 dah matang dia dapat baiki keadaan ini balik. Kalu sekarang dah terlambat adik manja. Nasi dah jd bubur!!!

Sunday, January 5, 2014

Harapan 2014

Alhamdulillah..masih bernafas diri ni untuk bersama suami, anak2 dan keluarga serta sahabat2. Maka bertambah 1 lagi umur. Haihhhh baru 31 dec tu sambut usia 13 thn...1/1 dah jadi 23 thn. Ha..pelik? Hang pa belek la sendiri.

Besday Aqil pun tak buat apa2 pun. Tak sempat..lagi pun bajet lari sikit. Duk simpan untuk Aqil masuk tadika. Mahai oiii yuran tadika. Kalah kita dulu2. Register 2hb tu setel rm400++. Sebab tu tak buat pa2 lagi besday dia. SIan aqil asik tanya..."mana kek besday Aqil?" ekceli...new year tu rai kami berempat ja kat Juru. Mat Pezal bawa makan mee ketam. Kena ketuk sungguh ngan restoran sri sembilang. Sori..lepas ni kem salam nak jejak dah. Macam la aku tak penah makan ketam ketuk gila2. Aihh malas nak ceta bab tu. sakit hati..:P

Esok in sha Allah nk rai kan Aqil. Tak pa la terlewat skit..janji ada. :) Aqil ni makin besaq haihhh panjang akal. Kadang2 mendatangkan marah sangat. Nakal usah dia cakap. Patut la orang kata.."besa la anak jantan" uhukkkk.. Perangai tu macam2..lagi tensen si Adik pun ikut sama. Uwaaaaaaaaa. Letih nak marah..nasihat lagi la tak terdaya dah. Dua hero ni..memang menguji kesabaran, tapi tak la sepanjang masa. Anak kan..dia la madu..dia la racun. Anak la segala2nya

2014, harap2 ada jalan untuk aku resign ka apa ka. Cemuih sangat dah ngan kerja sekarang. Sebab tu aku pilih shaklee. walau duk slow lagi..tak pa..usaha sampi buleh ja la. Bila ok, nk resign ke apa..tak yah pikir panjang dah. kannnn...

Tak tau nak melalut apa, sebab tu la blog ni jarang gila updatenya. ok la len kali sambung....