Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Sunday, July 7, 2013

Menyepi lama

Makin lama makin malas pulak nak catatan di sini. Rasa nak berenti menulis pun ada. Tapi aku perlu buat sebab aku tak mo lupa segala kenangan sepanjang hidup aku. Ada pahit..ada manis.

Lepas MC hari tu aku berpantang panjang dan sambung MC. Terlantar sakit 5 hari di wad. Aku hargai sakit tu...walau ia mendera emosi..fizikal...stress berminggu2...aku terima. Ustaz cakap sakit tu salah satu buang dosa. Ya Allah memang aku banyak dosa. Rasa melebihi seluas lautan di bumi ni. Maka cuba positifkan diri terima "nikmat" tu. Sepanjang kat hospital nak tido pun tak boleh...jadi aku banyak pikir dan kenang perkara2 lepas. Kemudian aku nilai balik. tak banyak aku sumbang menda baik pada sekeliling. Macam2 rasa sampai tak terluah.

Now dah 3 minggu aku kembali bertugas. Tapi aku masih tak boleh nak drive jauh kesan buat laparoskopi. Ada effect plak kat tangan. Maka pi keja menumpang kawan. Alhamdulillah ada kawan baik hati kan.


Banyak nak celoteh tapi dapat pesan dari Mat Pezal..ada perkara kita boleh kongsi..ada perkara kita kena simpan. Jadi yang aku simpan tu..tak da masalah kalu tak catat sini sebab sampai mati aku tak boleh lupa!