Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, May 15, 2013

MC yang panjang...Oh NOOOOOOOOOOO...oh YESSSSSSSSSSS

Blog ni kalu bentuk rumah sahih dah penuh sesawang labah2. Rasa malas tul nak update padahal macam2 terjadi kat aku ni.

Now dalam tempoh MC 2 minggu. Last week kena buat D&C. Tak da rezeki nak tambah nak wat cam na. Terima dengan redha. Lagi yang menyedihkan...aku telah kehilangan sepasang kembar. Pujukkan hati may be aku tak kuat ... sebab tu DIA ambik balik. Rasa serik pun ada...rasa nak merancang pun ada. Macam2 plan...berserah la dulu. Apa2pun aku perlu fokus pada perkembangan Afiq yang makin bijak n dah ada macam2 peel dia. Fuh letih mak layan. Nama je MC n berpantang...berpatang makan je. Orang cakap jangan angkat barang berat lepas buat D&C..ok, terima kasih atas nasihat tu...aku tak leh ikut. 2 hari lepas D&C aku dah dukung budak debab ni. Asik nak buat perangai je. Letih oo melayan. Kot leh cakap ..faham la dia nak apa. Ini cakap sepanyol, mana aku paham! Tensi tul la kalu mai angin ngamuk dia. Sedas...dua das kena lempang dia. So klu dia ngamuk jangan gatal sua muka. Dapat lempang karang. Wat donno sudah...tapi aku lak kena marah ngan Tok Usop ngan Tok Timah sebab biar anak nangis. Dah tu cam na.aku tak paham bahasa Sepanyol Afiq kann...

Sakit kaki pun ada lagi. Ni gara2 terpaksa temankan Aqil pi rombongan sekolah weekend hari tu. AKu nak cancel ja..tapi tak sampai hati. Seminggu sebelum ni asik tnya bila nak p Bukit Bendera? asik duk tanya itu ulang2. Nasib baik aku bawa sepupu aku jadi Neng pada Aqil. Tak da la aku nak lari berkejaran ligan Aqil. Tukang ligan dah ada. Ekekke.

Kat feringgi pun aku rilek ja. Cari batu besar..sandarkan badan...angkat kaki letak atas batu...pandang keindahan pantai. Mak budak2 len tolong tengokkan Aqil. Aku lepak ja atas batu 2 jam setengah! Hampir2 kematu bontot!!!

Keesokkan hari nak..jadi si capik aku. Betis aku jadi sakit yang amat. Padahal bukan jalan sangat pun. May be sebab jalan kat atas Bukit Bendera kot. Jalan atas tu kan tak rata..ades...sampai hari ni sakit haaa....