Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, March 26, 2013

Pasal Afiq

Abis bulan ni Afiq cukup setahun setengah bulan. Kejap je...so, leh plan yang ketiga ni. :)

Ada beza Afiq ngan Aqil ... Kalau bandingkan dengan Aqil...Aqil banyak menda dah boleh itu ini...tapi Afiq macam slow dari segi komunikasi. Tapi dia faham. Kagum aku. Bila dia masuk bilik aku tegur "pintu tak tutup rapat Afiq"...lepas tu dia patah balik tutup elok2. :) Tak da plak aku tunjuk jari ke pintu...tapi dia paham pintu tu apa. Nak list la apa yang Afiq dah boleh buat...nanti leh kenang2 balik

1. Dah pandai request nak apa kat dapur tu. Tau tang mana bekas keropok, honey star, roti, air..apa2 la yang aku sedia kat dia. Tengah men tetiba lapar dia terus bangun tuju dapur. Seperti tau...mak dia akan follow. Lepas tu dia tercegak depan bekas yang dia nak. Tak pandai sebut tapi jari akan tunjuk. Tak bagi siap..kang guling spuas hati.

2.Kalu dia panas..dia buat2 tarik suar...lepas tu tarik tangan aku. Then jari dia tunjuk hala bilik air.

3.Bab main lego ... ini aku cukup tensi. Kadang2 aku sorokkan. Bukan apa...bila dia tak leh cantum..hadoi la..ngamuk cam hape ja sambil hentak2 kaki ngan buat muka marah gila...kalu boleh cantum kemain dia senyum bangga sorang diri. Ada aku nakamik video..pandai lak dia elak. Diam terus. Huh.

4. Sangat sukakan buku. Koyak buku lagi suka. Huhuhu

5. Jalan nak kata cekap sangat tu tak la sangat. kadang2 terjatuh sendiri jugak. Berlari tak pandai...cuma jalan laju je. Jadilah istilah berlari dalam diri dia.

6. Pantang aku pakai tudung mesti dia ikut rapat. mata tak lepas pandang aku...takut kena tinggal. Kalu dah siapkan dia jean..pakai baju baru skit...ahhhhhh mula la xsabar2 nak kuar. Pandai teka orang nak bawa dia jejalan.

7. Bila pintu rumah buka...dia akan ke rak kasut. Cari kasut dia..lepas tu dia duduk depan pintu..gigih pakai kasut. Ini aku bangga...sebab dia dah set dalam pala...nak kuar wajib pakai kasut..nanti mama tampar kaki. ekekekek. Tapi tak pandai pakai kasut ngan sendiri. Masih perlukan bantuan. :)

8. Percakapan yang boleh direkodkan : Mama...abah...nenen...tok yah..mak (mak tok)...bang (Aqil)...dan 1 lagi yang tak tahan buat aku gelak...GOL! Minat bola okes. Sampai abah dia download game bola. Pndai lak men ngan mulut sebut gol..gol...gol. tengok berita sukan..nampak bola...terus sebut bola. Ohhh dia sangat obses bola!

Hurmmm apa lagi aaaa...nanti update lagi...:)

No comments:

Post a Comment