Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Saturday, February 2, 2013

Program hari ni : Berlaqakkk

Berlaqak? Hihi..maksudnya berarak...macam pembarisan..tapi tak da formal macam abang askar. Semalam dua tiga kali Aqil bangun kejut aku

Aqil : Mama...dah pagi belum?

Capai hepon....loh baru kul 2 pagi.

Mama : Belum

Beberapa jam kemudian

Aqil : Mama...dah pagi ke belum

Capai hepon ....loh baru kul 4 pagi. Arghhhhhhhhh tensiii aku.

Sebelum azan subuh dia tanya sekali lagi. Haiyoooo semangat tul la. Kan best kalu nak p Taska hari2 semangat cam tu. Kalu nak p taska kemain liat ehhhhhhhhhh.

Lepas subuh aku siap2 kan diri aku dulu..lepas tu baru kejut Aqil. Kesian plak nak kejut awal...sebab tau dia akan menjerit bila aku nak mandikan dia. Ohhh sangat mencabar u. Kadang2 terasa nak angkat dia..celup-celup dia dalam kolah..angkat..dah. HUhuhuhu

Cikgu soh sampai kat taska kul 7 pagi..tapi terbabas dalam 10 minit. Hurmmm dah ramai menunggu dan bersiap. Aku siapkan Aqil sendiri bila tengok cikgu tak menang tangan.

Style gediks bila bergambo.

Hemsem tak anak sulung saya?

Kawan2 Aqil.

Dah sampai kat masjid. Semangat tul Aqil. gud boy

Lambat lagi nak bergerak. Tunggu Pak Lah. Eh silap...TUN ABDULLAH...:P Besar dah kan tapak tangan dia...

Mama...Aqil

Riuh ngan gelagat budak2.


See...ramaikan orang?


Aqil takut nak duk dekat sini dia cakap...ada orang mati..Adus...puas pujuk dia bergambar ngan kawan2

Time ni Aqil dah start bosan. Puas pujuk huhu

Alhamdulillah dah sampai orang2 beso

Lepas Pak Lah tak jadi PM...jarang kan berita pasal dia.

Tak larat dah...maka kena la riba si teruna ni

Moh la kita gerak.



Sampai ja depan Taska dia..terus minta aku ambilkan air.

Bantai bihun goreng. Perghhh itu baru dinamakan bihun goreng sebab semata2 memang bihun goreng. Ada la juga taugeh seurat dua. Apa kedekut sangat la nak letak udang ka..ayam ka...daging ka.... (cehhh cam tak bersyukur plak. Dah orang bagi rembat juga...lagi mau komen?)


Lepas dah siap makan baru aku kol mat pezal. Best abah hang Aqil..jalan sekerat je lepas tu dia patah balik amik kereta..Huhuhu. Apa2 pun tahniah Aqil sebab berjalan sejauh 1.5km. Ni haa...tido sampai berdengkur sebelah aku. Penat siang tadi gamaknya. :)

No comments:

Post a Comment