Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, February 14, 2013

Post basi. Langkawi lagi

Alahai..banyak pics langkawi aku tak sempat masuk dalam blog ni. Mesti kena masukkan untuk kenangan Afiq ngan abang dia bila dah pandai baca...boleh tengok blog mama dia ni.

Okes ni sambungan lepas tengok boya. Ni kan Bird paradise. Sakit hati tak leh snap kat depan pintu masuk tu. Sungguh macam HARAMMMMMM je..tau kenapa? Pandai eh depa wat bisness...kalu nak tangkap depan tu kena guna camera depa. Camera kita tak leh. Bijakkkkk eh wat bisness...tang ni memang aku tak puas hati sampai bertekak ngan dua ekoq minah tu. Cam hebat sangat camera depa..aku pun NIKON gak weh.

"akak tak leh tangkap gambar sini...sini hanya pihak kami ja. Kalu nak gambar sini..akak boleh beli gambar ni dekat pintu kuar sini" ehhh terngiang2 lagi soqa minah tu. Nak tampo pun ada sebab langkawi dilanda kemarau..HOTTT je sana...bikin HOTTTTTT sama hati gua!

"Ohhh pandai eh wat bisness? dah la bayar mahal lepas tu wat syarat tak leh tangkap sana sini?" Lepas aku lepaskan ayat tu aku blah masuk. Geram aku.

Geram tul kat budak kecik ni...langsung kat sekor binantang tak takut

tengok tu...mentang2 leh jalan..tak nak langsung didukung. Aku takut bangau tu ketuk pala dia kang.

Eh..dah terabur gambo aku. Tak pa la..layannnnn..ni kat Pantai pasir hitam rasanya. Dok beli apa situ. Mahaiiiii. Kurang singgit pun tak dapat.

comel burung ni. tapi aku tak berani wat cam mat pezal. Kang burung tu wat lawak sengaja gigit tapak tangan aku..tak pasal2 aku lempang burung comel tu.

Ramah mat saleh ni

Asik nak lompat je dua orang ni.

Aku nampak sinar kegeraman di wajah Afiq. Afiq..tu bukan swimming pool. Air taik ikan..:P

Nak lalu depan ni..aku bagi menantang ni jauh dari kandang. Risau..takut2 aku lalu dia mai luku pala aku..kang satu hal aku ngamuk nak semelih burung onta ni. Baik jangan cari pasal.


Banyak lagi gambar kat situ...Malas aihh nak tempek banyak2. Kang orang kata aku chewiii... Okey lepas tu kami gi lepak kat Dataran Lang.



Mula2 Aqil gerun..dia cakap awat besaq sangat. Alaaa patung je pun Aqil oiii..




1 comment:

  1. waaahh.... aqil bleh terbang?? tahniaaah aqil..

    ReplyDelete