Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, February 26, 2013

Melawat Taman tasik taiping

Ini lagi sorang yang susah nak pandang kamera.

Haiyaaa puas aku tunjuk arah kamera..tanak pandang jugak! Sibuk nak pandang air.

Bestnya kalu pandangan ni depan pintu umah aku. Sejuk mata memandang.




Ni pun sama la. Awat la susah sangat senyum sayang??

Atas Feri. Cett feri konon padahal bawah papan kayu tu tong drum ja. Lepas tu letak enjin bot. Jalan. Sorang rm4





See...kecerian di wajahnya. Tau dia tunjuk apa? ..... mainan!



Mak kepada 2 hero. Amacam nampak muda remaja lagi tak? Buekkkk perasan!!!



Tomey tengok Afiq pegang botol. 2,3 kali dia bawa botol tu jatuh tergolek. mama nak pegang tak kasi. Bagus..kecik2 tolong mama


Melawat Taiping : Zoo


Terabur sudah gambar2 aku upload ni. Hishhh sungguh den tak gomar!

Sangat susah nak berposing ngan Aqil. Ni masa sampai mood dia tak sabar nak masuk Zoo. So boleh tengok dia punya senyum.

Ampa wat dialog sendiri antara Afiq ngan Aqil. Lawak lak tengok muka Afiq.




Pesyen lani dia bergambar. Skit2 "mama tangkap gambaq Aqil lompat"

Afiq dah start ngantuk. Ni dekat pintu nak kuar dah.

Ce tengok mak orang utan tu..pemalu sungguh. Tutup muka lak dia. Tau la awak tu glamor...jangan la eksen sangat!!
Ololooo suka tul Afiq. Tapi sori aku tak beli. Apa hal budak laki men anak patung. Dilarang keras!

Luar Zoo. Time ni nak balik



I love you stupid


Mentang2 la aku keja kat Komtar tu dekat lak ngan Popular...bila bosan je..aku pi terapi. Terapi aku senang ja..masuk popular. Ada orang stress lagi ada sebab duk ngadap buku. Ngan aku sori...tokey tu nak kurung aku smpi esok pagi dalam popular tu pun tak pa. Aku rela. Tapi tolong bagi jaminan tak dak hantu!!! Erkkk pegaruh TV, hantu takut.


Tadi time rest macam arghhhhhhhh dah tak leh wat keja. Tepu otak pikir masalah tanah-tanah ni...aku pun turun masuk popular. Sekali masuk aku rasa nak lompat dengan penuh kegembiran lagi keriangan sebab terpandang buku ni. Punya la aku niat dapat gaji baru aku nak beli. Sekali ada tag rm25.90!Asal novel ni rm39.90...oh hooooo rembat la terus (rembat dalam istilah aku terus je beli..bukan rembat mencuri!!!). Nasib baik la hati aku last week cakap "sabar leya,...tunggu la gaji masuk". Ni tak dan gaji dah ada promosi. So beli2. Dah minat plak kat tulisan Melur Jelita ni. So, lepas ni kalau kuar lagi novel dia...aku mesti beli. Jadi pengikut setia la pulakkk.

Dah beli tak nak baca lagi...weekend la baca. Lagipun ada 3 bijik buku aku tak abis baca lagi.. pinjam kat library. Abiskan itu dulu, baru koyak plastik ini nya novel. Arhhhggg tak sabar nak baca!

Friday, February 22, 2013

Rasa terawang2...oh Hilman Yong





Adoilaa la...kuat berangannya aku. Awat duk tingat Hilman Yong ni. Aduss berdosa ngan mat pezal. Ha ni la gara2 melayan sangat novel...tapi thump up berkali2 la kat penulis Awak Suka Saya Tak. 5 hari aku baca..rasa macam dekat sangat ngan insan bernama Intan dan Hilman. Sangat secocok depa dua ni. Tapi sume ni fantasi!! Pandai penulis membuai2 perasaan pembaca. Macam aku ni..aduhhh over melayan.

Aku gerenti tak da la laki kat dunia ni macam Hilman Yong tu. Eee kan best mat pezal seromantik cam Hilman. mat pezal kalu melawak..mengusik..loyar buruk...memang aku leh kasi 10 bintang ngan sekali bintang2 kat langit nuh. Romantik..nan ado. Ada pun dulu2. Anak dah dua...hurmmmmm sop sop sop. Cehhh..."sop sop sop" ni dalam ASST dah jadi sebutan aku dah. Haiyooooo penangan yang teruk. Sedap baca novel ni sebab tebal. Aku tak suka eh novel nipis2. Apa barang nak layan. Setakat ni novel paling tebal aku baca novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Walau ending tergantung...tapi semangat Lara tu meresap sampai ke hati. Berminggu aku kenangkan Lara yang kematian orang tersayang. Al-fatihah kepada penulis. Karyanya sangat2 bagus sebab dapat anugerah apa ntah..lupa lak aku.

Sapa rasa nak beli novel ASST...tak yah teragak2 la nak beli ke tak .... beli ja. Aku pun mula2 duk timbang nak beli ke tak..duk tengok kat popular asik ulang cetak. Last week aku pegi ehh tinggal dua ketoi ja...terus la rembat. Balik umah koyak plastik..hamboi kemainnnn dah cetakan kesebelas!!! Kaya la kak melur jelita. kikikii. Next week dapat gaji nak rembat I Love You Stupid lak!!!




Thursday, February 14, 2013

Post basi. Langkawi lagi

Alahai..banyak pics langkawi aku tak sempat masuk dalam blog ni. Mesti kena masukkan untuk kenangan Afiq ngan abang dia bila dah pandai baca...boleh tengok blog mama dia ni.

Okes ni sambungan lepas tengok boya. Ni kan Bird paradise. Sakit hati tak leh snap kat depan pintu masuk tu. Sungguh macam HARAMMMMMM je..tau kenapa? Pandai eh depa wat bisness...kalu nak tangkap depan tu kena guna camera depa. Camera kita tak leh. Bijakkkkk eh wat bisness...tang ni memang aku tak puas hati sampai bertekak ngan dua ekoq minah tu. Cam hebat sangat camera depa..aku pun NIKON gak weh.

"akak tak leh tangkap gambar sini...sini hanya pihak kami ja. Kalu nak gambar sini..akak boleh beli gambar ni dekat pintu kuar sini" ehhh terngiang2 lagi soqa minah tu. Nak tampo pun ada sebab langkawi dilanda kemarau..HOTTT je sana...bikin HOTTTTTT sama hati gua!

"Ohhh pandai eh wat bisness? dah la bayar mahal lepas tu wat syarat tak leh tangkap sana sini?" Lepas aku lepaskan ayat tu aku blah masuk. Geram aku.

Geram tul kat budak kecik ni...langsung kat sekor binantang tak takut

tengok tu...mentang2 leh jalan..tak nak langsung didukung. Aku takut bangau tu ketuk pala dia kang.

Eh..dah terabur gambo aku. Tak pa la..layannnnn..ni kat Pantai pasir hitam rasanya. Dok beli apa situ. Mahaiiiii. Kurang singgit pun tak dapat.

comel burung ni. tapi aku tak berani wat cam mat pezal. Kang burung tu wat lawak sengaja gigit tapak tangan aku..tak pasal2 aku lempang burung comel tu.

Ramah mat saleh ni

Asik nak lompat je dua orang ni.

Aku nampak sinar kegeraman di wajah Afiq. Afiq..tu bukan swimming pool. Air taik ikan..:P

Nak lalu depan ni..aku bagi menantang ni jauh dari kandang. Risau..takut2 aku lalu dia mai luku pala aku..kang satu hal aku ngamuk nak semelih burung onta ni. Baik jangan cari pasal.


Banyak lagi gambar kat situ...Malas aihh nak tempek banyak2. Kang orang kata aku chewiii... Okey lepas tu kami gi lepak kat Dataran Lang.



Mula2 Aqil gerun..dia cakap awat besaq sangat. Alaaa patung je pun Aqil oiii..




Sian Afiq

Semalam balik dari keja Tok timah cakap

"Afiq kejap2 asik nangis ja. Lepas tu p tercegat depan pintu bilik mak uda dia. Cari Ika kot"

Alololoooo dah pandai kawan and rindu2an tul Afiq ni. Yelah...4 hari kat umah tu dia ada kawan..tetiba semalam Ika dah balik Putrajaya..ha...main la sorang2. Si Abang lak aku anto ke taska. Mau dia tak tercari2. 4 hari berkawan and men ramai..tetiba tak da sapa nak men ngan dia. Men ngan tok timah...dapat senduk and besen ja la...teman kat dapoq.

Aqil lak semalam cikgu dia kol dalam kul 3 gitu cakap badan panas. Mujuq la Tok usop tak kuar niaga mana2...boleh la gi jemput. Kalu tak..tak pasal2 aku kena balik awal. tapi bunyi cam best je kan...balik awal. Ekkekeke.

Saturday, February 2, 2013

Program hari ni : Berlaqakkk

Berlaqak? Hihi..maksudnya berarak...macam pembarisan..tapi tak da formal macam abang askar. Semalam dua tiga kali Aqil bangun kejut aku

Aqil : Mama...dah pagi belum?

Capai hepon....loh baru kul 2 pagi.

Mama : Belum

Beberapa jam kemudian

Aqil : Mama...dah pagi ke belum

Capai hepon ....loh baru kul 4 pagi. Arghhhhhhhhh tensiii aku.

Sebelum azan subuh dia tanya sekali lagi. Haiyoooo semangat tul la. Kan best kalu nak p Taska hari2 semangat cam tu. Kalu nak p taska kemain liat ehhhhhhhhhh.

Lepas subuh aku siap2 kan diri aku dulu..lepas tu baru kejut Aqil. Kesian plak nak kejut awal...sebab tau dia akan menjerit bila aku nak mandikan dia. Ohhh sangat mencabar u. Kadang2 terasa nak angkat dia..celup-celup dia dalam kolah..angkat..dah. HUhuhuhu

Cikgu soh sampai kat taska kul 7 pagi..tapi terbabas dalam 10 minit. Hurmmm dah ramai menunggu dan bersiap. Aku siapkan Aqil sendiri bila tengok cikgu tak menang tangan.

Style gediks bila bergambo.

Hemsem tak anak sulung saya?

Kawan2 Aqil.

Dah sampai kat masjid. Semangat tul Aqil. gud boy

Lambat lagi nak bergerak. Tunggu Pak Lah. Eh silap...TUN ABDULLAH...:P Besar dah kan tapak tangan dia...

Mama...Aqil

Riuh ngan gelagat budak2.


See...ramaikan orang?


Aqil takut nak duk dekat sini dia cakap...ada orang mati..Adus...puas pujuk dia bergambar ngan kawan2

Time ni Aqil dah start bosan. Puas pujuk huhu

Alhamdulillah dah sampai orang2 beso

Lepas Pak Lah tak jadi PM...jarang kan berita pasal dia.

Tak larat dah...maka kena la riba si teruna ni

Moh la kita gerak.



Sampai ja depan Taska dia..terus minta aku ambilkan air.

Bantai bihun goreng. Perghhh itu baru dinamakan bihun goreng sebab semata2 memang bihun goreng. Ada la juga taugeh seurat dua. Apa kedekut sangat la nak letak udang ka..ayam ka...daging ka.... (cehhh cam tak bersyukur plak. Dah orang bagi rembat juga...lagi mau komen?)


Lepas dah siap makan baru aku kol mat pezal. Best abah hang Aqil..jalan sekerat je lepas tu dia patah balik amik kereta..Huhuhu. Apa2 pun tahniah Aqil sebab berjalan sejauh 1.5km. Ni haa...tido sampai berdengkur sebelah aku. Penat siang tadi gamaknya. :)