Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, January 28, 2013

Percutian awal tahun 2013


Cewahhhhh tajuk entri macam aku orang kaya sangat. Percutian awal tahun..lepas tu tengah tahun...then end year la ehhh. Kopak wet makcik! Sebenaqnya dah lama plan nak pi langkawi..tapi asik tak jadi je. Adik aku la...laki dia busy bebenor kejanya. Tak lama lagi jadi Dato la kot..Ekkeke selalu aku usik dia gitu. Disebabkan dia asik tak jadi..tak kosa aku nak tunggu dia..maka plan ngan Mat Pezal pi juga. Leh rai anniversary kami yang KELIMA. Alhamdulillah...DIA panjangkan jodoh kami..moga ke Jannah. Aminnn

Sebab lain ke Langkawi sebab nak bagi "hadiah" penat lelah tok timah jaga hero2 aku yang lasak ni. Dah lama dia bunyi nak p sana. Maka bawa la dia ke sana..tapi yang tak best Tok Ucop tak join sebab musim menuai padi..ramai lak sewa lori. Tak pa Bah...pegi je angkut padi orang..nanti kaya...abah bawa kami. Ekkekek. Ingat kami berlima tapi aunty aku plak nak ikut...tang ni aku dah penin kepala...sebab nak kena tambah booking and kena tukar keta bseaq skit. Plan nak amik viva ja..murah n jimat minyak. Aihh Langkawi tu sume DUIT!!!! Kena pandai berjimat. Jimat2 tetap kena TIPU. Nak aku maki sini?? tak payah la...pahala aku tak banyak mana...sop sop sop 

Kami bertolak dari Kuala Kedah..nak nek kat Kuala Perlis laki aku malas drive. Huhuhuu. Arghhh bagaimanakah gelagak anak2 aku lelama dalam bot? Alhamdulillah...tak da teruk sangat. Ekkeke cume Afiq..asik nak turun jalan je. Huhuhu. Sampai sana lebih kurang dalam kul 12 tgh hari...ke dekat kul 1 ntah. Lupa plak. Hehheh. Sampai2 tensen sat sebab keta tinggal yang mahal2. Uwaaaaaaaaaaaa. Ada gak dalam setengah jam dapat la Waja seketoi. Yang aku hot...punya la jauh nak pegi amik keta tu dekat ngan masjid Kuah. Belakang tu. Sehari sewa Rm80. Jadi la...yang penting bontot waja mesti luas you! Eh kalu van rm100 ja..tapi rasa over la sangat sampai nak kena sewa van kannn. Lepas dapat keta terus ke Tanjung Malie resort. Rest secukupnya dalam petang2 skit ke cable car. Nak singgah makan laksa Langkawi dekat airport tu..tak buleh plak..Afiq tido...sudahnya terus ke cable car sebab nak jumpa exroomate aku masa kat UUM dulu.


 
Okey meh layan gambo2 dulu


Dua hero ni asik bergomol je. Letih aku layan. Senak perut aku dihentam2 badan bulat Afiq. T_T


Cewahhhhh dia baca siap2 tempat untuk mamanya shoping!

Berlagak...dia pun nak tarik jugak. Tapi beg tu tak penuh sangat pun simpan space nak borong cekelat

@Underwater world. Bengang sekejap aku..minta tolong staff situ snap gambar kami..lepas tu dia pun snap gambar kami guna kamera dia. Pastu kat pintu kuar jual gambar kami rm35. Arghhhhhhhhhh tak beli rasa sayang. Terbeli juga. Ok, lepas ni hati2.

Sukanya budak masyam ni. Sikit dia takut segala binatang dalam tu. Aku ni plak nek seriau ngan keberanian dia.

Aqil ngan sepupu aku. Lan Demok. Hahhahha

See....ikan tu sebesaq dia..ada dia heran? terjerit2 dia sambil tepuk cermin tu. Nasib baik ikan tu pekak..kalu tak mesti ikan tu melatah gila. Ekekkekek





Okes...aku ceta part ni dulu ehh nanti aku sambung. Ngantuk la plak. Ada banyak menda aku nak ceta pasal langkawi ni. HOT2 gitu...GERAM i youuuuuuu.

No comments:

Post a Comment