Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, January 29, 2013

Lagi...jalan lagi jalan...Taman buaya Langkawi


Lepas turun Cable car kembali semula ke kandang arnab. Aqil yang ajak. Tak puas men ngan biantang gigi besaq
Then ke sini. Kat mana ni??? Tengok bawah

Tengok sang bedal. Time sampai boya ni duk bedal2 makan.

Ni antara boya yanhg tertua dalam taman buaya Langkawi. Besaq. Gerun tengok sampai Aqil...ce tengok kedudukan Aqil dalam gambar di atas


kandang yang menepatkan boya cacat. Sian.

Lalu bawah jambatan yang dipenuhi boya. Lepas abis lalu jambatan tu tetiba tok timah kata :ishh kalu la jambtan ni runtuh...kenduri la boya" hishh mak aku ni..Nasib baik aku dah jejak tanah...kalu duk atas jambatan tu mau aku lari cepat2 dari situ. Ohhh tak dapat digambarkan.

Harus berposing sini. 5 tahun dulu pun penah posing sini. Masih tak berubah. Kot la nak tukar lanskap tu lagi cun. Hurmmm macam tu la juga.


Cam biasa..Aqil takut nak dekat. Adik dia..hurm..letak je bagi dia jalan terus slumber dia hentak bontot dia atas boya tu. Tak perlu disuruh okes. Gud boy!


Tak tahan panas. Time ni dia minta aiskrim. Maap tak dilayan. Banyak tempat lagi nak pergi.

Ni Tok timah shopping kat pantai pasir hitam tak silap. Aku cucuk jangan beli sini sebab mahal lah. Kami singgah sini pun sebab nak makan. Depan tu ada kedai makan. Alhamdulillah harga tak mencekik. Aku amik sotong goreng setimbun ngan hati ayam bersama teh ais rm5 je. :)


Sambung lagikkk Percutian.

Lepas mangrib merayap cari makan kat area Cenang. Perghhh 5 tahun dulu tak da la banyak sangat restoran mewah..lani bersepah. Tapi minta maap je..macam tempat tak halal lagi meragukan. Maka kita menapak la cari tempat yang kita tak ragu2 masuk and melantak. Berat wei dukung budak tembam ni.

Ni dia orang2 bawah rombongan kelolaan aku kekke

Akhirnya jumpa gak restoran ni. Kami terpaksa patah balik nek keta sebab tak larat nak jalan jauh bawa budak.2 Dekat ngan muzium padi. Okes meh aku ceta ngan ikhlas dan sejujurnya. Nama restoran ni tak silap restoran Hj Ramli. Menu kami makan 4 set nasi paprik dan 1 set nasi putih tomyam campur. Air biasa2 je la macam teh ais, teh o...milo gitu bersama 2 gelas fresh oren. TOTAL RM75. Maap nak cakap. GILA BAPAK KOBAUUUUUUUU MAHAI. Restoran pak haji. Tak tau la kalu dia cakap tu dah abis murah. Tak pa..kita doakan Pak Haji ni cepat kaya and pegi mekah lagi. Aminnnnnnn.

Ni gambar keesokkan hari. Lepas je breakfast berdesuppppp ke Cable car semula. Semalam tu tak sempat naik..So, pagi tu cepat la takut ramai Q. Yang best..mati2 aku ingat harga masih rm28..sekali rm15 jerrrrr....Ringan tangan aku hulur duit. Eekkekek. Budak2 rm10 je. Aqil sangat sangat sangatlahhhhhhhhh teruja. Aku naik kali kedua. Tapi ohhhhhhhh still gayat.

Tengok muka Aqil sambil badan berdempek ngan aku. Haaa tau takut. Semalam tu tergedik2 nak naiknya...Adik plak...hurmmm ada aku kisah? Sungguh dia belum mengerti. :)



Gebu kulit minah ni. Aku pulak yang nek geram tengok. Macam nak minta tukaq pun ada..:P

Tuuu eksyen kemainnnnnnnn. Jangan cuba2 pegang dia..kang dia tempis sambil pekik. Bikin sakit hati saja. Maka biarkannn..

Pak Arab yang nek sesama kami tolong snap kan. Alaaa konon2 nak balas budi la tu dalam cable car aku minta hepon dia tangkap gambo dia ngan bini. Sian aku tengok dia nak snap cam susah..maka aku offer la nak tolong. Wahh baiknya aku. Uwekssss

Kalu la pegi tak bawa budak2 ni..rasa nak duk lelama atas tu. Tapi bila pegang lengan Afiq...terasa sejuk gedi..kesian la plak.


Okes...jambatan tu dah ditutup jer harap maklum. Aku rasa takkan dibuka dah sebab nampak macam nak mereput. Dari sumber diperolehi menyatakan tak dapat diselamatkan dah. Berkarat sana sini. Nak baiki mau juta-jutaan. Nak minta federal baiki..nak ker. Kedah kan bawah ______________. ha isi tempat kosong sendiri. Nasib baik la aku sempat merasa lalu jambatan tu ngan Mat pezal dulu. Gayat and nyeri. Fuhhh,.

Payah tul nak senyum!

Tengok...sampai dia letih berjalan. Aku biar dia jalan sampai dia minta untuk didukung. Tau gak letih ehhhh. Oh ya..mak ngan aunty aku tak nek. TAKUT! ekekekk Niat hati nak seret gak tapi takut orang tua tu tido ngigau plak..kang Tok Usop marah aku kang. Cancel lah.

Samb 1: Percutian awal tahun


Okey sambung balik. Lepas jumpa kawan kat bawah cable car tu..bawa Afiq and Aqil pegi kandang arnab. Suka betul Afiq. Ingat dia tak takut tapi tak heran. Abang dia je la..terloncat2 ngalah arnab bila arnab dekat2 ngan dia. Adik rilek je siap sua carrot (sebungkus rm1).

Lapaqnya rabbits ni....


Tengok tu eksen. Bukan nak bagi mak abah dia pegang. Aku takut dia terpijak arnab je

Okes...ni aku zoom dari jauh. Menatang ni leh meremang bulu roma aku.     






Balik dari cable car...terus berendam. Afiq aa dok sabar2 nak jejak ayaq. Last2 tak sempat bagi dia pakaikan suar basahan...masuk je dalam ayaq ngan pampes dia. Sebenarnya time ni cerah lagi..tu taktik kamera ja. Ekekkeke..susah wes guna DLSR..huhuhu


Tu Aqil. Penakut yang amat. Main tepi2 je. Macam anak dara la plak. kui3

Monday, January 28, 2013

Percutian awal tahun 2013


Cewahhhhh tajuk entri macam aku orang kaya sangat. Percutian awal tahun..lepas tu tengah tahun...then end year la ehhh. Kopak wet makcik! Sebenaqnya dah lama plan nak pi langkawi..tapi asik tak jadi je. Adik aku la...laki dia busy bebenor kejanya. Tak lama lagi jadi Dato la kot..Ekkeke selalu aku usik dia gitu. Disebabkan dia asik tak jadi..tak kosa aku nak tunggu dia..maka plan ngan Mat Pezal pi juga. Leh rai anniversary kami yang KELIMA. Alhamdulillah...DIA panjangkan jodoh kami..moga ke Jannah. Aminnn

Sebab lain ke Langkawi sebab nak bagi "hadiah" penat lelah tok timah jaga hero2 aku yang lasak ni. Dah lama dia bunyi nak p sana. Maka bawa la dia ke sana..tapi yang tak best Tok Ucop tak join sebab musim menuai padi..ramai lak sewa lori. Tak pa Bah...pegi je angkut padi orang..nanti kaya...abah bawa kami. Ekkekek. Ingat kami berlima tapi aunty aku plak nak ikut...tang ni aku dah penin kepala...sebab nak kena tambah booking and kena tukar keta bseaq skit. Plan nak amik viva ja..murah n jimat minyak. Aihh Langkawi tu sume DUIT!!!! Kena pandai berjimat. Jimat2 tetap kena TIPU. Nak aku maki sini?? tak payah la...pahala aku tak banyak mana...sop sop sop 

Kami bertolak dari Kuala Kedah..nak nek kat Kuala Perlis laki aku malas drive. Huhuhuu. Arghhh bagaimanakah gelagak anak2 aku lelama dalam bot? Alhamdulillah...tak da teruk sangat. Ekkeke cume Afiq..asik nak turun jalan je. Huhuhu. Sampai sana lebih kurang dalam kul 12 tgh hari...ke dekat kul 1 ntah. Lupa plak. Hehheh. Sampai2 tensen sat sebab keta tinggal yang mahal2. Uwaaaaaaaaaaaa. Ada gak dalam setengah jam dapat la Waja seketoi. Yang aku hot...punya la jauh nak pegi amik keta tu dekat ngan masjid Kuah. Belakang tu. Sehari sewa Rm80. Jadi la...yang penting bontot waja mesti luas you! Eh kalu van rm100 ja..tapi rasa over la sangat sampai nak kena sewa van kannn. Lepas dapat keta terus ke Tanjung Malie resort. Rest secukupnya dalam petang2 skit ke cable car. Nak singgah makan laksa Langkawi dekat airport tu..tak buleh plak..Afiq tido...sudahnya terus ke cable car sebab nak jumpa exroomate aku masa kat UUM dulu.


 
Okey meh layan gambo2 dulu


Dua hero ni asik bergomol je. Letih aku layan. Senak perut aku dihentam2 badan bulat Afiq. T_T


Cewahhhhh dia baca siap2 tempat untuk mamanya shoping!

Berlagak...dia pun nak tarik jugak. Tapi beg tu tak penuh sangat pun simpan space nak borong cekelat

@Underwater world. Bengang sekejap aku..minta tolong staff situ snap gambar kami..lepas tu dia pun snap gambar kami guna kamera dia. Pastu kat pintu kuar jual gambar kami rm35. Arghhhhhhhhhh tak beli rasa sayang. Terbeli juga. Ok, lepas ni hati2.

Sukanya budak masyam ni. Sikit dia takut segala binatang dalam tu. Aku ni plak nek seriau ngan keberanian dia.

Aqil ngan sepupu aku. Lan Demok. Hahhahha

See....ikan tu sebesaq dia..ada dia heran? terjerit2 dia sambil tepuk cermin tu. Nasib baik ikan tu pekak..kalu tak mesti ikan tu melatah gila. Ekekkekek





Okes...aku ceta part ni dulu ehh nanti aku sambung. Ngantuk la plak. Ada banyak menda aku nak ceta pasal langkawi ni. HOT2 gitu...GERAM i youuuuuuu.

Tuesday, January 8, 2013

Oh DLSR

Penin aku suft pasal DLSR ni. Sebenarnya dah lama aku ngidam nak ada sebijik. Patut target nak dapatkan dalam tahun 2012...tapi duit sepatutnya diguna ke arah lain. Ke arah apakah itu? ntah tak pasti tetiba dah habeh. heh heh heh.


Siang tadi lepas isi lunch dalam perut...aku ronda2 sekitar komtar tu. Aku masuk dalam 6 kedai. haa hambek. Hasilnya...aku jadi tak mana satu nak. Banyak jenis oiiiiiiiiii...dari gedik2 nak Nikon...tersyok plak Canon. Syok plak dapat apek melayan aku..siap kasi try canon ngan nikon. Aku ni dah la beginner...aduhh tak reti tapi miang gila nak ada dlsr. Eh terasa gediks la pulak. Tapi apek tu tak da la plak kata aku gedik...dia layannnnnnn...layannn ja....sampai aku nek gusar. Siap aku kata "apekk..kalu saya tak beli u jgn marah. I cakap kan tadi i survey dulu." Apek ok ja..yelah..nak duit aku la tuh. harharhar. Kemain risau aku sampai 1 kedai depan KFC tu siap buka itu ini tunjuk. Aduh sudah. Kadang2 ni taktik depa bagi kita serba salah..pastu kita pun beli walau pun mahal. Nasib baik hati aku tadi sungguh tegar. Duit wettt bukan singgit dua harga dlsr tu, so...aku kena pastikan ia betul2 menepati citarasa aku. Ramai momokkan aku Nikon...tapi alahai susahnya aku nak paham funtion dia. Canon juga senang. Apek tu ada cucuk aku..amik macam Yuna.wahhh harga dia terbabas dari anggaran aku. Bajet aku dalam rm2500 dah ler..adus..EOS tu rm2699! Alaaaa tak suka la cam ni.


Semalam aku ada sempat suft tenet kata ada 1 kedai depan komtar (kena lintas jalan)..murah..harga leh nego..dia nya layanan pun tip top..sekali aku pegi tadi..rasa aku macam tunggul kayu. Sepatah aku tanya sepatah jawab. SIot lahhhhhhhhhhhHHHH. Pastu aku minta kurang harga tak banyak pun rm50 kurang..dia cakap tak leh. Sebab ...memang tak boleh. harga dia tawar dia hanya untung rm20! Eh dia ingat aku bodoh ke apa. Lantas ku tembak sedas.."Aunty...takkan u niaga barang beribu tapi u untung hanya rm20? Tak logik la. I pun orang niaga juga. I takkan niaga barang beribu hanya untung rm20" terus muka aunty tu berubah. terus taknak layan aku. hahah padan muka aku! Pastu menapak lagi ke kedai2 len.


Aku nak explore kehebatan nikon D90 (banyak blog cakap ini bagus)...sekali ada satu kedai tu tembah aku. Buat apa u beli barang yang dah 4 tahun lalu? Amik yang latest ma. Adus..terkedu aku. Itu yang aku terus berkenan Canon EOS 650D  nihhhhhh. Sedap pegang...tak sedap pegang nikon. Ni ikut tangan aku la...

Esok...aku akan terus pencarian aku...Hope aku dapat yang betul2 hebat (hebat la sangat...tengok harga rm3K pun aku urut dada..letak tangan kat dahi.Hebat jadah apa gitu?), Cewahhh macam la aku nak tangkap gambar pengantin. cehhhhhhhhh lebih sudah.


Kesiannya blog haku

Ehh aku pun pelik awat busy benor aku ni. Ker sebab malam2 aku just online ngan hepon ja..jadi malas nak buka blog. Ntah apa je hepon aku tu tak leh nk update blog. Tersekat2..malaih nak godek2.

Sudahnya banyak menda peristiwa aku tak update dalam ni. Uwaaaaaaaaaaa...Napa jadi begini ntah. Malas nak bebel..sebab letih bebel Aqil kot. Tambah skit lagi penat bebel Afiq jugak. Eh budak kecik tu dah pandai macam2 dah. Lotih mak. Now dah boleh bertatih skit2...tapi still takut2. Pastu dah pandai melawan abang. Dulu kalu abang rampas mainan kat tangan dia..dia hanya mampu menangis. Lani? Hurmmm dia terus gomol abang dia..siap tarik2 rambut. Ada kala abang plak yang tiyak. Haaa hambek. Ingat hang kuat sangat buli adik..lani adik dah besar..sori ler.

Aqil hari dah masuk hari kedua Taska kemas permata.Semalam ok je...hari ni dia buat perangai.Abah dia hantar, boleh dia lari kuar nak ligan abah dia balik. Sorila abah hang nak layan Aqil oi...hang duk la situ sampai petang. Taska depan umah ada je ni tapi waktu sekolah smpi tengahari ja..so cancel. Lagi2 aku pikir kebarangkalian dia lari balik adalah sangat tinggi! Alahh buka pintu nampak tadika..so tak lehhhhh...kena hantar jauh skit. Taski in sha Allah tahun depan. Hantar dia taska waktu sampai petang bukan apa..sebab kesian kat mak aku. Dah la adik pun lasak kemain lani. Pasti Aqil selalu usik adik...payah. Kadang2 mak aku solat sampai nak tergelincir waktu. Eee rasa berdosa plak aku. huhuhu


Okey la..nak tempek gambar Aqil. Uniform tak dapat lagi..kasi pakai baju biasa dulu.


1st day p taska. Mood ceria...hang tak tau hang kena duk sampi kul 5. Kuikuikuiii