Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, December 23, 2013

Pelbagai Set-set kesihatan dari Shaklee

Assalamualaikum wbt kawan2


Alhamdulillah baru 3 bulan jadi ahli Shaklee (jadi ahli terus layak jual produknya tau), saya dah dah nampak hasilnya. Seronok plak niaga ni ..tambah2 bila kawan2 yang order bagi respon sangat2 kembangkan hati. Bila hari kembang ngan pujian..maka bertambah seronok promote ke kawan2 yang lain. Ada juga kawan yang dah repeat order 3 kali. Haaaaa...puas hati sangat la tu. Suka suka suka..ok, jangan menggedik sangat.

Okey, nak cerita sikit pasal perjalanan Shaklee saya ni...bulan pertama...bonus saya sifar ok! Sifar. Masa ni saya masih 'Tidur". Tidur ni tahap tak sedap diri lagi. Haihh apa nak jadi. Bulan Kedua... ha ni bagai orang bagun tidur...masih teraba2 mencari hala tuju shaklee ni. Kebetulan plak...set tambah berat badan yang saya ambil ni tunjuk positif sangat. Bila timbang....wahhhhhhhhhhh suka suka suka...berat dah naik. Sebelum ni melantak apa pun duk macam tu gak. Menci gila orang kata aku kurus kering!!! seminggu je dah naik 2 kilo. Tapi perlu ingat kena la berdisplin cara makan minum tu. Jangan kau taufankan makan tu ikut sedap mulut..ikut sukahati. Kata nak tambah berat kan..Okes, kembali kepada bonus...saya dapat 2 angka ja. Godek2 FB...ada yang  dapat 5 angka walau baru 5-6 bulan masuk shaklee!!!! 5 Angka oiiiiiiiiiiiiiiiii.. Sapa tak nak???? Lepas tu terus tercelik

Bulan ketiga. Alhamdulilah tinggal berapa hari ja lagi nk close UV (Point)...tengok UV saya makin meriah. Syukur Ya Allah. dari penggiraan bonus dijangka 3 angka. sob3.. kalu bulan kedua duit lepas utk topup. InshaAllah..bulan ketiga ni lepas untuk duit minyak keta mai keja sebulan!

Haaa...sapa2 nak join saya. Hello2 saya yer

NURELYANI
SID 1072214
HELLO2@TEXT --> 0125847585

Friday, December 13, 2013

Kembali demi shaklee

MasyaAllah...lamanya menyepi dan block kejap blog ni. Kini kembali untuk rezeki anak-anak. Mula-mula tu ingat nak tutup terus...tapi bila dah tercebur...tercampak..terpengaruh...terbekenan ngan shaklee ni..terus kena buka balik blog untuk tujuan promosi (KONON).


Ingat nak terus promosi sini...mata layu gila2 dah ni. Cam no la aku nk sukses ni kalu tak leh nak korban masa tidur aku ni kan. Heroes pun la ni tido lambat..aku nak wat keja pun dok senang. Ni depa dah hanyut sampai mana pun tak tau..boleh la aku on lappy ni. Lappy ni pun sampai berhabuk. Tarik kuar dari tempat simpanan..macam lappy aku pakai bedak! Sian hang lappy. Orang pakai bedak nampak comey cam kak ton..hang comot yang hamat. Sampai aku geli nak pegang. Ahakssss. Tu dia punya nak terang betapa lama tak sentuh lappy. Tak pa..lepas ni hang kena berjasa dengan aku...dan tolong aku cari rezeki untuk afiq dan aqil...


Okes....ni permulaan. بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ





ok ...Assalamualaikum...Gud nite.

Tuesday, September 17, 2013

Aqil DEMAM LAMA

Tanggal 3hb Sept - 8 Sept 2013...Aqil kena tahan wad. Sebelum date tu Aqil demam dah 5 hari. Disebab lama sangat demam...hantar ke Metro Hospital.

Doc amik darah dan sahkan ada jangkitan kuman. Alhamdulillah tak serius sangat tapi perlu diberi antiobiotik secara konsisten. Kalu nak bagi minum kat umah...payah skit nak displin kan...:)




Adik menyibuk je lebih . Tak peduli sangat pasal abang dia tu

Aku sampai ja..dia tak nak cakap ngan aku. Marah sebab biar abah masukkan dia ke wad





Monday, August 12, 2013

Aqil dan Afiq

Syukur alhamdulillah...Aqil dan Afiq kian besar. Aqil walau jadi abang...masih kuat mengusik adik. Kadang2 nek rimas tau. Rasa nak ikat2 ja tangan tu. Nakal sangat. Adik plak sekarang perghhhhh kuatnya mengamuk kalu bad mood!!! Penah satu hari tu kena tinggal ngan abahnya...abis segala barang ditunggang terbalikkan! terkedu aku tengok amukan dia. Tak padan ngan kecik. fuhhhh. Dalam hati kata dasyatnya anak aku sorang ni!

Next year Aqil dah nak kena tukar taska...tak start lagi survey nak anto taska mana. Abah minta hantar ke Pasti. Problemnya PASTI tu ngaji takat tengahhari...sudahh sapa nak menjemput Aqil. Aku ni kalu keja kat komtar nuh,...dekat mangrib baru terpacak depan pintu umah. Huhuhu..

Pasal Afiq lak..rasa macam nak anto taska juga. Haiya...tak tau la cam na. Budak kecik tu dah pandai cakap. Dalam keta ..adusss tak larat nak layan dia punya cakap...tapi Afiq tak macam aqil dulu Aqil dulu kecik2 tak pelat..fasih sangat. Sebab tu dah besaq lagi cakap banyak..dan lagi pandai menjawab cakap! Aku rasa anak aku boleh jadi pembahas terbaik ni...:P Aha...afiq ...abah dia dah bagi satu gelaran....Gelaran apa? RADIO 24JAM! yelah....asik pok pek pok pek...


Selamat hari raya


 
Haihhh hampir terlupa aku ada blog. Tapi duk pikir nak stop dah berblog ni...Ni ON sebab nak abadikan pic raya tahun 2013. Adus Aqil...sungguh spoil gayamu. Tema taun ni merah..merah yang macam2. Langsung tak senada dan sekata. Apa2pun...tetap ada merah.

Dikesempatan ni aku nak minta maaf banyak2 pada kawan2 yang duk jengguk blog ni. Sori blog dah tak rancak macam dulu...besa la bukan orang glemer. Updated pun sebab nak catat kisah anak2. Hanya peristiwa2 penting ja. Yang biasa2 tu tak yah la. Bikin hati orang nyampah. Tau sebab memang aku ada haters. Buat hater..maaf kan saya selama ni sekiranya coretan blog saya buat anda nyampah. Saya tak jemput pun ada singgah blog saya...tapi anda tetap mau baca blog saya. Maaf...saya tak faham. Apa2pun maafkan saya sekali lagi.

Sunday, July 7, 2013

Menyepi lama

Makin lama makin malas pulak nak catatan di sini. Rasa nak berenti menulis pun ada. Tapi aku perlu buat sebab aku tak mo lupa segala kenangan sepanjang hidup aku. Ada pahit..ada manis.

Lepas MC hari tu aku berpantang panjang dan sambung MC. Terlantar sakit 5 hari di wad. Aku hargai sakit tu...walau ia mendera emosi..fizikal...stress berminggu2...aku terima. Ustaz cakap sakit tu salah satu buang dosa. Ya Allah memang aku banyak dosa. Rasa melebihi seluas lautan di bumi ni. Maka cuba positifkan diri terima "nikmat" tu. Sepanjang kat hospital nak tido pun tak boleh...jadi aku banyak pikir dan kenang perkara2 lepas. Kemudian aku nilai balik. tak banyak aku sumbang menda baik pada sekeliling. Macam2 rasa sampai tak terluah.

Now dah 3 minggu aku kembali bertugas. Tapi aku masih tak boleh nak drive jauh kesan buat laparoskopi. Ada effect plak kat tangan. Maka pi keja menumpang kawan. Alhamdulillah ada kawan baik hati kan.


Banyak nak celoteh tapi dapat pesan dari Mat Pezal..ada perkara kita boleh kongsi..ada perkara kita kena simpan. Jadi yang aku simpan tu..tak da masalah kalu tak catat sini sebab sampai mati aku tak boleh lupa!

Wednesday, May 15, 2013

MC yang panjang...Oh NOOOOOOOOOOO...oh YESSSSSSSSSSS

Blog ni kalu bentuk rumah sahih dah penuh sesawang labah2. Rasa malas tul nak update padahal macam2 terjadi kat aku ni.

Now dalam tempoh MC 2 minggu. Last week kena buat D&C. Tak da rezeki nak tambah nak wat cam na. Terima dengan redha. Lagi yang menyedihkan...aku telah kehilangan sepasang kembar. Pujukkan hati may be aku tak kuat ... sebab tu DIA ambik balik. Rasa serik pun ada...rasa nak merancang pun ada. Macam2 plan...berserah la dulu. Apa2pun aku perlu fokus pada perkembangan Afiq yang makin bijak n dah ada macam2 peel dia. Fuh letih mak layan. Nama je MC n berpantang...berpatang makan je. Orang cakap jangan angkat barang berat lepas buat D&C..ok, terima kasih atas nasihat tu...aku tak leh ikut. 2 hari lepas D&C aku dah dukung budak debab ni. Asik nak buat perangai je. Letih oo melayan. Kot leh cakap ..faham la dia nak apa. Ini cakap sepanyol, mana aku paham! Tensi tul la kalu mai angin ngamuk dia. Sedas...dua das kena lempang dia. So klu dia ngamuk jangan gatal sua muka. Dapat lempang karang. Wat donno sudah...tapi aku lak kena marah ngan Tok Usop ngan Tok Timah sebab biar anak nangis. Dah tu cam na.aku tak paham bahasa Sepanyol Afiq kann...

Sakit kaki pun ada lagi. Ni gara2 terpaksa temankan Aqil pi rombongan sekolah weekend hari tu. AKu nak cancel ja..tapi tak sampai hati. Seminggu sebelum ni asik tnya bila nak p Bukit Bendera? asik duk tanya itu ulang2. Nasib baik aku bawa sepupu aku jadi Neng pada Aqil. Tak da la aku nak lari berkejaran ligan Aqil. Tukang ligan dah ada. Ekekke.

Kat feringgi pun aku rilek ja. Cari batu besar..sandarkan badan...angkat kaki letak atas batu...pandang keindahan pantai. Mak budak2 len tolong tengokkan Aqil. Aku lepak ja atas batu 2 jam setengah! Hampir2 kematu bontot!!!

Keesokkan hari nak..jadi si capik aku. Betis aku jadi sakit yang amat. Padahal bukan jalan sangat pun. May be sebab jalan kat atas Bukit Bendera kot. Jalan atas tu kan tak rata..ades...sampai hari ni sakit haaa....

Thursday, April 18, 2013

Bangang ka tak reti bahasa

Panas ja hati aku ni. Semalam ada sepuak budak cina lepak sebelah aku ni. Kong ceng...kong ceng..kong ceng. Woiiii dalam library dia buat macam bilik perbahasan. Semalam sedas dua gak aku kasi jelingan maut. Ini hari ada manusia senggal lagi. Aku ingat kat library kusyuk la aku buat keja sambil pikir bagi faham task yang aku kena buat ni. Sekali depan meja aku ni ada minah bergaya sakan..ala2 lawyer tapi mulut and tangan asik sibuk call out. Dia buat macam opis dia! BODOH dan BANGANG. Dia tak nampak ka sebelah meja dia ada student duk kusyuk study..and belakang dia pun ada orang tengah membaca. Dia slumber ja ngan urusan dia. Tak ada opis pun (ceh ngata orang aku pun tak da opis..kena melepak sini. tapi aku dok kaco orang aaa)...hang cari la tempat len. Ini library occay. Aku ni dah nek geram ni...so stop jap.

Nak aku wat jelingan tajam macam aku buat semalam..terasa takut lak sebab minah ni besaq dari aku. ekkkekek. Kang aku kena penampor. Adess...sabar wahai hati.Aku hanya doa minah ni cepat2 blah sebab dah berbulu mata aku...dan bercair taik tinga aku dengar  urusan dia. Dah 3-4 orang dia duk contact. Huhhhh..sapa tengok pun wa galenti sama lu...lu punya hati pun manyak sakit tengok ini macam orang. Bila dia letak fon...sambung nanyi kecil. Puiiiii memang dasar!

Wednesday, April 17, 2013

Atas pagar lagi ni

Wahaaaaaaaaaa...dah nak dekat ngundi tapi aku tak tau aku di pihak mana. Biar la orang nak cakap aku lalang sekali pun..tapi aku OVER macam pencacai BN ngan PR. Biar la aku jadi neutral. Takkan ada la parti di Malaysia atau di dunia ni suci murni 101%!. Aku dalam dilema ni nak pilih mana.

Situasi aku (pada pandangan aku):

PARTI A - NAMPAK BOLEH LA
PARTI B - NAMPAK TAK BERAPA BAIK

CALON DARI PARTI A- TAK BERAPA BAIK
CALON DARI PARTI B -  BOLEH LA


Ok, nampak tak situasi aku kat atas tu. Sepatutnya kita vote ni atas parti atau calon??? Rasa tak mo turun ngundi pun ada. Tapi orang cakap tanggungjawab...kalu dah tanggungjawab..sok kat akhirat mesti ditanyakan?? Adus...aku berharap sangat sok lusa nak ngundi aku dapat jawapan. Seboleh2 xmoh la aku buat pilihan bila kertas X ada di tangan. NOPE! 




***Beronline kat library...kat umah dok leh weh wat keja. Budak kecik yang bakal jd Pakar IT suka kaco.***

Monday, April 8, 2013

Berjauhan

Now...kembali bertugas ke HQ, opis baru kat Shah Alam ni. Betapa sedih meninggal somi tercinta dan anak-anak tersayang. Semalam tak lena...asik tengok Afiq..Aqil...Afiq..Aqil...bergilir mata ni belek anak-anak tido. Mat pezal tak pa..tu baby besaq aku tak risau sangat. Paling risau berjauhan ngan Afiq sebab dia kan malam masih BF aku. Malam ni 1st night la dia berpisah ngan mama dia. Syahdunya.. Sob sob sob. Nasib baik mat pezal amik EL hari...dapat la dia tengok keadaan anak-anak macam mana. Hope Afiq tido malam ni ok.

Mengikut kata bos...aku ditempat sini April. Ada juga cakap 2 minggu..hope 2 minggu tak menjadi 2 bulan! Kalu berlarutan harus lah aku siapkan surat...:P

Thursday, March 28, 2013

Mama bangga ngan Aqil

Pagi tadi terlewat skit bangun. Tu la kalu tidur balik lepas subuh mesti terbabas punya. Nasib baik terbabas dalam 10 minit gitu. Bangun2 kejut Aqil

Mama : Aqil ..cepat2 bangun. Kita dah lambat nanti..nanti mama lambat masuk kerja. Nanti bos mama marah mama. Bos tak bagi duit gaji mama...nanti kita tak da duit

Aqil : (tenyeh mata terkebil2..tanpa suara)

Mama : cepat la Aqil bangun...nanti mama tak dapat gaji...macam mana nk beli coklat, mainan kat aqil ngan adik..nk beli pampes...susu adik...macam mana Aqil

Aqil : (terus bangun kuar dari bilik

Hahhhhhhh macam magic. Tak da plak ni nak melolong cam selalu. Menjadi plak taktik aku kali ni. Hahahahha..Leh buat selalu!

Sampai taska dia...pun tak da banyak songgeh. Lagi membahagiakan aku..masa aku siap2 pakai tudung..Aqil dah pun siap pakai baju..lepas tu dia amik bekas air aku...gi topup. Wahhhhhh patut la aku rasa sedap ja air masak aku hari ni. Air masak tu...sedap!!! :)

Lagi membahgiakan aku bila cikgu dia tegur aku ngan muka ceria

Cikgu : Akak...bagusnya Aqil semalam...akak tengok tu hasil kerja Aqil

Aku menoleh ke papan lekat hasil kertas aktiviti budak2.Ada kertas untuk ejaan MATA. Aku cari nama Aqil..Hurmmmm boleh tahan kemas Aqil tulis...:)

Cikgu : Pandai Aqil..dia buat sendiri tu..tak macam budak2 len nak kena tolong. Aqil siap ajar kawan2 dia eja "mata". Kawan2 dia ramai tak kenal huruf lagi tuh.

Wahhhhhhhh rasa nak terbang je pegi ke mat pezal nak ceta pasal hero sulung dia ni. Hurmmm walau Aqil nakal...aku selalu marah Aqil..tapi Aqil dapat bukti pada mama...walau aqil nakal..Aqil tetap buat mama bangga. Tq sayang...




Tuesday, March 26, 2013

Pasal Afiq

Abis bulan ni Afiq cukup setahun setengah bulan. Kejap je...so, leh plan yang ketiga ni. :)

Ada beza Afiq ngan Aqil ... Kalau bandingkan dengan Aqil...Aqil banyak menda dah boleh itu ini...tapi Afiq macam slow dari segi komunikasi. Tapi dia faham. Kagum aku. Bila dia masuk bilik aku tegur "pintu tak tutup rapat Afiq"...lepas tu dia patah balik tutup elok2. :) Tak da plak aku tunjuk jari ke pintu...tapi dia paham pintu tu apa. Nak list la apa yang Afiq dah boleh buat...nanti leh kenang2 balik

1. Dah pandai request nak apa kat dapur tu. Tau tang mana bekas keropok, honey star, roti, air..apa2 la yang aku sedia kat dia. Tengah men tetiba lapar dia terus bangun tuju dapur. Seperti tau...mak dia akan follow. Lepas tu dia tercegak depan bekas yang dia nak. Tak pandai sebut tapi jari akan tunjuk. Tak bagi siap..kang guling spuas hati.

2.Kalu dia panas..dia buat2 tarik suar...lepas tu tarik tangan aku. Then jari dia tunjuk hala bilik air.

3.Bab main lego ... ini aku cukup tensi. Kadang2 aku sorokkan. Bukan apa...bila dia tak leh cantum..hadoi la..ngamuk cam hape ja sambil hentak2 kaki ngan buat muka marah gila...kalu boleh cantum kemain dia senyum bangga sorang diri. Ada aku nakamik video..pandai lak dia elak. Diam terus. Huh.

4. Sangat sukakan buku. Koyak buku lagi suka. Huhuhu

5. Jalan nak kata cekap sangat tu tak la sangat. kadang2 terjatuh sendiri jugak. Berlari tak pandai...cuma jalan laju je. Jadilah istilah berlari dalam diri dia.

6. Pantang aku pakai tudung mesti dia ikut rapat. mata tak lepas pandang aku...takut kena tinggal. Kalu dah siapkan dia jean..pakai baju baru skit...ahhhhhh mula la xsabar2 nak kuar. Pandai teka orang nak bawa dia jejalan.

7. Bila pintu rumah buka...dia akan ke rak kasut. Cari kasut dia..lepas tu dia duduk depan pintu..gigih pakai kasut. Ini aku bangga...sebab dia dah set dalam pala...nak kuar wajib pakai kasut..nanti mama tampar kaki. ekekekek. Tapi tak pandai pakai kasut ngan sendiri. Masih perlukan bantuan. :)

8. Percakapan yang boleh direkodkan : Mama...abah...nenen...tok yah..mak (mak tok)...bang (Aqil)...dan 1 lagi yang tak tahan buat aku gelak...GOL! Minat bola okes. Sampai abah dia download game bola. Pndai lak men ngan mulut sebut gol..gol...gol. tengok berita sukan..nampak bola...terus sebut bola. Ohhh dia sangat obses bola!

Hurmmm apa lagi aaaa...nanti update lagi...:)

Tuesday, February 26, 2013

Melawat Taman tasik taiping

Ini lagi sorang yang susah nak pandang kamera.

Haiyaaa puas aku tunjuk arah kamera..tanak pandang jugak! Sibuk nak pandang air.

Bestnya kalu pandangan ni depan pintu umah aku. Sejuk mata memandang.




Ni pun sama la. Awat la susah sangat senyum sayang??

Atas Feri. Cett feri konon padahal bawah papan kayu tu tong drum ja. Lepas tu letak enjin bot. Jalan. Sorang rm4





See...kecerian di wajahnya. Tau dia tunjuk apa? ..... mainan!



Mak kepada 2 hero. Amacam nampak muda remaja lagi tak? Buekkkk perasan!!!



Tomey tengok Afiq pegang botol. 2,3 kali dia bawa botol tu jatuh tergolek. mama nak pegang tak kasi. Bagus..kecik2 tolong mama


Melawat Taiping : Zoo


Terabur sudah gambar2 aku upload ni. Hishhh sungguh den tak gomar!

Sangat susah nak berposing ngan Aqil. Ni masa sampai mood dia tak sabar nak masuk Zoo. So boleh tengok dia punya senyum.

Ampa wat dialog sendiri antara Afiq ngan Aqil. Lawak lak tengok muka Afiq.




Pesyen lani dia bergambar. Skit2 "mama tangkap gambaq Aqil lompat"

Afiq dah start ngantuk. Ni dekat pintu nak kuar dah.

Ce tengok mak orang utan tu..pemalu sungguh. Tutup muka lak dia. Tau la awak tu glamor...jangan la eksen sangat!!
Ololooo suka tul Afiq. Tapi sori aku tak beli. Apa hal budak laki men anak patung. Dilarang keras!

Luar Zoo. Time ni nak balik



I love you stupid


Mentang2 la aku keja kat Komtar tu dekat lak ngan Popular...bila bosan je..aku pi terapi. Terapi aku senang ja..masuk popular. Ada orang stress lagi ada sebab duk ngadap buku. Ngan aku sori...tokey tu nak kurung aku smpi esok pagi dalam popular tu pun tak pa. Aku rela. Tapi tolong bagi jaminan tak dak hantu!!! Erkkk pegaruh TV, hantu takut.


Tadi time rest macam arghhhhhhhh dah tak leh wat keja. Tepu otak pikir masalah tanah-tanah ni...aku pun turun masuk popular. Sekali masuk aku rasa nak lompat dengan penuh kegembiran lagi keriangan sebab terpandang buku ni. Punya la aku niat dapat gaji baru aku nak beli. Sekali ada tag rm25.90!Asal novel ni rm39.90...oh hooooo rembat la terus (rembat dalam istilah aku terus je beli..bukan rembat mencuri!!!). Nasib baik la hati aku last week cakap "sabar leya,...tunggu la gaji masuk". Ni tak dan gaji dah ada promosi. So beli2. Dah minat plak kat tulisan Melur Jelita ni. So, lepas ni kalau kuar lagi novel dia...aku mesti beli. Jadi pengikut setia la pulakkk.

Dah beli tak nak baca lagi...weekend la baca. Lagipun ada 3 bijik buku aku tak abis baca lagi.. pinjam kat library. Abiskan itu dulu, baru koyak plastik ini nya novel. Arhhhggg tak sabar nak baca!

Friday, February 22, 2013

Rasa terawang2...oh Hilman Yong





Adoilaa la...kuat berangannya aku. Awat duk tingat Hilman Yong ni. Aduss berdosa ngan mat pezal. Ha ni la gara2 melayan sangat novel...tapi thump up berkali2 la kat penulis Awak Suka Saya Tak. 5 hari aku baca..rasa macam dekat sangat ngan insan bernama Intan dan Hilman. Sangat secocok depa dua ni. Tapi sume ni fantasi!! Pandai penulis membuai2 perasaan pembaca. Macam aku ni..aduhhh over melayan.

Aku gerenti tak da la laki kat dunia ni macam Hilman Yong tu. Eee kan best mat pezal seromantik cam Hilman. mat pezal kalu melawak..mengusik..loyar buruk...memang aku leh kasi 10 bintang ngan sekali bintang2 kat langit nuh. Romantik..nan ado. Ada pun dulu2. Anak dah dua...hurmmmmm sop sop sop. Cehhh..."sop sop sop" ni dalam ASST dah jadi sebutan aku dah. Haiyooooo penangan yang teruk. Sedap baca novel ni sebab tebal. Aku tak suka eh novel nipis2. Apa barang nak layan. Setakat ni novel paling tebal aku baca novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Walau ending tergantung...tapi semangat Lara tu meresap sampai ke hati. Berminggu aku kenangkan Lara yang kematian orang tersayang. Al-fatihah kepada penulis. Karyanya sangat2 bagus sebab dapat anugerah apa ntah..lupa lak aku.

Sapa rasa nak beli novel ASST...tak yah teragak2 la nak beli ke tak .... beli ja. Aku pun mula2 duk timbang nak beli ke tak..duk tengok kat popular asik ulang cetak. Last week aku pegi ehh tinggal dua ketoi ja...terus la rembat. Balik umah koyak plastik..hamboi kemainnnn dah cetakan kesebelas!!! Kaya la kak melur jelita. kikikii. Next week dapat gaji nak rembat I Love You Stupid lak!!!




Thursday, February 14, 2013

Post basi. Langkawi lagi

Alahai..banyak pics langkawi aku tak sempat masuk dalam blog ni. Mesti kena masukkan untuk kenangan Afiq ngan abang dia bila dah pandai baca...boleh tengok blog mama dia ni.

Okes ni sambungan lepas tengok boya. Ni kan Bird paradise. Sakit hati tak leh snap kat depan pintu masuk tu. Sungguh macam HARAMMMMMM je..tau kenapa? Pandai eh depa wat bisness...kalu nak tangkap depan tu kena guna camera depa. Camera kita tak leh. Bijakkkkk eh wat bisness...tang ni memang aku tak puas hati sampai bertekak ngan dua ekoq minah tu. Cam hebat sangat camera depa..aku pun NIKON gak weh.

"akak tak leh tangkap gambar sini...sini hanya pihak kami ja. Kalu nak gambar sini..akak boleh beli gambar ni dekat pintu kuar sini" ehhh terngiang2 lagi soqa minah tu. Nak tampo pun ada sebab langkawi dilanda kemarau..HOTTT je sana...bikin HOTTTTTT sama hati gua!

"Ohhh pandai eh wat bisness? dah la bayar mahal lepas tu wat syarat tak leh tangkap sana sini?" Lepas aku lepaskan ayat tu aku blah masuk. Geram aku.

Geram tul kat budak kecik ni...langsung kat sekor binantang tak takut

tengok tu...mentang2 leh jalan..tak nak langsung didukung. Aku takut bangau tu ketuk pala dia kang.

Eh..dah terabur gambo aku. Tak pa la..layannnnn..ni kat Pantai pasir hitam rasanya. Dok beli apa situ. Mahaiiiii. Kurang singgit pun tak dapat.

comel burung ni. tapi aku tak berani wat cam mat pezal. Kang burung tu wat lawak sengaja gigit tapak tangan aku..tak pasal2 aku lempang burung comel tu.

Ramah mat saleh ni

Asik nak lompat je dua orang ni.

Aku nampak sinar kegeraman di wajah Afiq. Afiq..tu bukan swimming pool. Air taik ikan..:P

Nak lalu depan ni..aku bagi menantang ni jauh dari kandang. Risau..takut2 aku lalu dia mai luku pala aku..kang satu hal aku ngamuk nak semelih burung onta ni. Baik jangan cari pasal.


Banyak lagi gambar kat situ...Malas aihh nak tempek banyak2. Kang orang kata aku chewiii... Okey lepas tu kami gi lepak kat Dataran Lang.



Mula2 Aqil gerun..dia cakap awat besaq sangat. Alaaa patung je pun Aqil oiii..