Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, November 28, 2012

Malas

Jarang gila la ni aku update blok. Ekceli banyak sangat yang berlaku dan banyak peristiwa sepatutnya aku catatkan kat sini. Tak da yang menarik sangat...banyak perkembangan Aqil n Afiq. Tapi tu la..asal nak update ada je keja len nak buat. Kalu malam lagi la dok sempat. Sejak dua mejak ni asik balik umah sampai malam. Sampai dekat2 penghujung mangrib. Letey usah cakap la harung jem stoberi kat bridge PP tu. Masyallah...sampai sakit badan..lengguh kaki tak dapat bayangkan. Huhuh tapi apa boleh buat..ni ja rezeki keluarga kami.Demi kesenangan anak2. Boleh je kalu Mat pezal keja sorang...cukup je dia sara kami anak beranak...tapi orang macam aku ni..ohh tak boleh. Sia2 je aku study ... sampai berhutang PTPTN tu. Aku rasa kalu tak da hutang tu...rela je aku duk umah. Syok ooo berkepit ngan anak2. :) Berkepit ngan abah anak2 lagi la syok!! Ekkeke

Ni duk komtar lagi. Tunggu kawan abis saki baki problem untuk hari ni. Haihh mujur la tumpang bos hari ni. Selamat2. :)

Sunday, November 18, 2012

IShh mulut Aqil

Pagi tadi bawa Aqil gi umah tok jang dia ada majlis cukur rambut. Kecil2an je. Sibuk juga la Aqil tengok itu ini dalam umah tok jang dia. Pastu dia minta bahulu tengok sorang makcik tu makan. Tok Jang dia pun kasi sebijik. Aqil bangun menuju ke kusyen. Lepas tu terus duduk

Aqil : Ishhh kerasnya ni..mesti beli hat tak elok (kata aqil sambil tepuk kusyen)


Kurang asammmmmmmm....boleh dia komen kusyen Tok Jang dia tuh! Apa lagi kena la bebel ngan Tok Jang dia. Harharhar,..

Note: Benar la kata orang..budak2 tak pandai menipu. Apa dia rasa dia luahkan. Tapi tang dia kata "mesti beli hat tak elok" tu...muskil gak aku. Accaner dia pikir sampai ke situ? Aku tak ajar aaaaa