Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, October 31, 2012

Afiq : Mandi manda


Aduyai....kemain suka Afiq di bawa berendam kat Carnivall SP. Ini kali kedua bagi Aqil pi sana..1st time bagi Afiq. Nampak je air ngelupor nak celup kaki dalam ayaq. Aqil plak cam besa...kejap je dia terjun masuk dalam ayaq. Huhuhu

Napa aku bawa budak2 ni gi mandi situ. Alkisahnya begini. Ada satu petang tu aku baru balik dari kerja...tetiba Tok Usop cakap " Ni tengok2an la Aqil ni..tadi abah nak masuk amik air sembahyang dengar bunyi macam2 dalam bilik ayaq. Tengok2 aqil duk berendam dalam kolah" Uwaaaaaaaaaaaaaaa dah la balik letih2 pastu dengar gitu terus jadi lagi letih. Nak marah pun jadi tak larat dah. Bukan nak marah pasal dia masuk kolah tapi aku nak marah sebab takut jadi pa2 kat dia. Kolah tu kan licin. Sudahnya tak da sapa mandi ayaq kolah tu..tok timah buat air basuh kain. Berkali2 gak aku tanya Aqil

Mama : Awat la Aqil masuk dalam kolah...nanti jatuh lemas ..masuk hospital nak ka??

Aqil : (diam)

Mama : Pasai pa masuk kolah Aqil??

Aqil : Dah mama abah tak bawa Aqil mandi air terjun

Hamboiiiiiiiiiiiiiiii pandai ehhh menjawab. Saja nak cari salah mama abah. Tak da janji pun. Pastu dia wat muka kesian. Dalam diam aku janji dalam hati nak bawa Aqil mandi situ. Alhamdulillah Allah bagi masa terluang hari tu untuk aku laksanakan. Syukur.











No comments:

Post a Comment