Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, September 7, 2012

Masih tidak ok

Hari masuk hari keempat Aqil cirit dan hari kedua Afiq bagi. Semalam syukur alhamdulillah tak da kerap sangat ciritnya. Bagus plak ubat yang aku amik kat klinik di Bertam tu. Serasi agaknya. Kalu ubat sebelum ni still tak jalan, selang 2 jam mesti cirit juga. Semalam lepas bagi ubat tu kul 5.30pagi baru start cirit balik. So...tak da la mengganggu sangat tido anak2. Pagi ni Afiq start cirit dulu. Kul 5.30 pagi. Ok tak pa, time tu nak subuh dah tu...tak da la aku nak lewat2 subuh. Setel bersih Afiq leh terus subuh. Lepas solat, Aqil plak mencirit. Bergilir2 dua orang ni. Macam malam kemarin 2 pagi 2-2  cirit serentak. Yang ni aku tak leh setel sorang kena kaco abah aku gak (tok timah demam..sian nak kaco). amik sorang satu bersih. Sian abah...:P Mat pezal gak terselamat sebab keja shif malam.:P

Semalam lepas balik amik ubat geram gak kat Aqil..kemain susah nak makan ubat. Yang aku geram time nak bagi air garam tu...Aku punya la pujukkkkk tak jalan2. Bila aku marah dia cakap

Aqil : Mama...jangan la marah. Mama baik kan

terus aku jadi tak marah lepas dengar dia membodek aku ngan nada yang sangat lembut dan menyentuh hati. Arghhhhhhhhhhhh. Pastu aku pujuk semula..dia minta cawan air garam tu

Aqil : Mama duduk laaa..jap Aqil telan

Aku tengok dia..pasti dia bangun...aku tak kata pa lagi sebab nak tengok dia nak wat apa. Sekali dia p sinki dia tuang! Bengangnya aku

Aqil : Ok dah..dah abis

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..geram tak terkata!!!! Pastu aku naik hantu, terus jadi hulk kejap, bancuh balik air garam tu. Memekik2 aku kat dapur tu dia soh minum. Haa tau takut bila mama jadi hulk. Dah pujuk tak jalan, memang kena tukar muka jadi gangster kejap.huhuhu.

No comments:

Post a Comment