Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, September 28, 2012

Tak tahu nak plan hapee

Wahhhhhhhhhh Afiq dan nak setahun!!! ahad ni cukup la setahun Afiq. Tapi yang sedihnya aku tak da bajet nak wat majlis Afiq. Ohhh sungguh sedih! Tak macam aqil dulu siap tempah satey segala macam lah. Tiba tang afiq, mama tak da modal plak. Mat pezal pun sama...kilang dia pun macam skit lagi mau bankrup. Asik bagi cuti je..mana mau masyuk poket.

Plan takat hari ni macam beli kek sebijik ngan kendurikan KFC dah la kot. Wat kecik2 dah. Alosss sian Afiq! Sori sayang..sop sop sop...Abang dulu siap dapat hadiah macam2 sebab mama jemput kawan2 mama. Kawan mama kan kaya2 harharharr takkan nak mai majlis tangan kosong...:P

Ingat nak beli la mainan kasi hadiah kat Afiq...tapi pikir balik...comfirm hadiah tu abang yang rembat punya lah! Hishhhh nak wat lagu mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Hadiah mainan tak dapat...tapi mama ada hadiah lagi satu untuk Afiq. Kejam skit hadiah ni sebab hari isnin mama nak bawa Afiq gi klinik. Situ ada hadiah..tadahkan paha je...nanti nurse kasi. Jangan demam sudah...:P

Thursday, September 20, 2012

Soalan untuk Aqil

Ada beberapa hari lepas bergolek2 tiga beranak atas katil...aku terfikir nak tanya Aqil satu soklan.

Mama : Aqil....nak tak adik lagi? 

Ntah tetiba aku tingin nak tanya. Padahal takut gak kalu ter ter ter kuar sorang lagi. Memang anak tu pembawa rezeki..tapi kalu boleh aku nak Afiq dapat perhatian secukupnya. Biar dia manja secukup2nya...sebelum nak bagi dia jd abang.

Aqil : Ni ada adik dah.

Mama : Cam ni...aqil ada adik dua la nanti. Satu adik Afiq...pastu ada lagi satu baby kecik dalam perut mama ni....Nanti perut mama besaq....aqil dapat la adik sorang lagi. Jadi la duaaaaaaaa

Okes lepas tu Aqil cepat angkat tangan sambil goyang

Aqil : ooo Aqil tak mau laaaaaaaa

Masa ni aku nak tergelak gila sebab nampak dia adalah sangat2 serius! Hahhahha

Mama : Apsal lak tak mau...mau laa

Aqil : tak mau la....mama tau tak..letih jaga adik!

Terus la aku gelak puas atas katil tu. Poyo gila jawapan. Bila masa Aqil jaga adik????? Buli adik ada laaa.

Thursday, September 13, 2012

Mama & Aqil




Dah lama tak tempek gambar Aqil kat sini...sampai Si Amy tegur aku.. ahhahah kamu jahak amy! Kasih anak..sama rata tau. Tak ada mana2 yang lebih. Cuma susah gila nak snap gambo ngan Aqil. Asik larikan diri jaaaaa...ni dalam keta, mana dia mau lari??? Buat plak umpan "nanti kita singgah pantai" terus dia senyum...:P

Makan

Now aqil dah kembali sihat syukur alhamdulillah. Dekat seminggu gak Aqil cirit...duk pikir tak ok nak check kat hospital. Tapi dah ok..syukur. Tak sanggup sebenarnya nak bawa dia pi hospital. Kalu pegi hospital biasa la...mesti nak wat ujian itu ini huhu aku sendiri takut jarum, apatah lagi Aqil!!!

Dah sihat ni aku ngan Mak timah dalam proses menggemukkan Aqil semula. Memang berat dia turun giler2 sampai nampak tulang rangka. Malam2 bila aku peluk dia..dalam hati "Ya Allah kurusnya anak mama" sedih sangat2!

Okes masa time dia cirit tu susah gila dia nak makan..puas aku pujuk

Mama : Aqil...makan la skit...Aqil nak jalan pun mama tengok Aqil tak larat

Aqil : Tak mau

Mama : Plezzzzz makan la skit. Kurus dah Aqil

Aqil : Lahhh biaq pi la...mama pun kurus tak pa pun

Haaa nak ambik kena aku sebijik. Hishhhh masa tu aku salah diri gila2..apsal la aku tak gemok????

Friday, September 7, 2012

Masih tidak ok

Hari masuk hari keempat Aqil cirit dan hari kedua Afiq bagi. Semalam syukur alhamdulillah tak da kerap sangat ciritnya. Bagus plak ubat yang aku amik kat klinik di Bertam tu. Serasi agaknya. Kalu ubat sebelum ni still tak jalan, selang 2 jam mesti cirit juga. Semalam lepas bagi ubat tu kul 5.30pagi baru start cirit balik. So...tak da la mengganggu sangat tido anak2. Pagi ni Afiq start cirit dulu. Kul 5.30 pagi. Ok tak pa, time tu nak subuh dah tu...tak da la aku nak lewat2 subuh. Setel bersih Afiq leh terus subuh. Lepas solat, Aqil plak mencirit. Bergilir2 dua orang ni. Macam malam kemarin 2 pagi 2-2  cirit serentak. Yang ni aku tak leh setel sorang kena kaco abah aku gak (tok timah demam..sian nak kaco). amik sorang satu bersih. Sian abah...:P Mat pezal gak terselamat sebab keja shif malam.:P

Semalam lepas balik amik ubat geram gak kat Aqil..kemain susah nak makan ubat. Yang aku geram time nak bagi air garam tu...Aku punya la pujukkkkk tak jalan2. Bila aku marah dia cakap

Aqil : Mama...jangan la marah. Mama baik kan

terus aku jadi tak marah lepas dengar dia membodek aku ngan nada yang sangat lembut dan menyentuh hati. Arghhhhhhhhhhhh. Pastu aku pujuk semula..dia minta cawan air garam tu

Aqil : Mama duduk laaa..jap Aqil telan

Aku tengok dia..pasti dia bangun...aku tak kata pa lagi sebab nak tengok dia nak wat apa. Sekali dia p sinki dia tuang! Bengangnya aku

Aqil : Ok dah..dah abis

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..geram tak terkata!!!! Pastu aku naik hantu, terus jadi hulk kejap, bancuh balik air garam tu. Memekik2 aku kat dapur tu dia soh minum. Haa tau takut bila mama jadi hulk. Dah pujuk tak jalan, memang kena tukar muka jadi gangster kejap.huhuhu.

Wednesday, September 5, 2012

Sian Aqil

Start awal pagi kemarin Aqil muntah beserta cirit. Sian tengok. Makan pun tak lalu. Puas pujuk nak suap 1 sudu nasi...Kalu dia makan 3 kali telan aku dah syukur lega dah. Makan ubat buekkkkkkkkk kuar balik....Kul 4 pagi siap bawa jumpa doktor sebab aku tak sanggup tengok dalam tido dia leh muntah. Ishhh teringat aku masa time peknen..klu muntah alahaiii rasa hilang sume nikmat. Sangat tak suka ok. So, aku paksa mat pezal bawa dia p klinik 24jam gak. Dapat 4 botol ubat beserta 1 ubat sumbat bontot kasi ilang rasa muntah.

Pagi tadi dia start muntah balik. Cirit pun ia jugak. Pampers tu kejap2 tukar. Huhuhuu..Tapi kan, dalam duk sakit tu ingat tak da la mood nak usik adik. Huh tak da maknanya. Pantang adik merangkak lalu sebelah dia..sempat je kaki @ tangan dia men kuis2. Yang adik plak pantang dicuit..mestibunyi punya la. Manja la sangat.

Pic hiasan puan blog and anak2 puan blog