Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 30, 2012

Masanya sudah tiba!

Tinggal berapa hari lagi ni nak masuk keja. Kejap masa berlalu aku lepak kat umah selama 2 bulan. Wahh macam orang bercuti bersalin ja. Sungguh enjoy dalam cuti 2 bulan ni sebab dapat tengok anak depan mata.

Aqil ~ Walau tak banyak perubahan diri Aqil....tapi satu je aku perasan. Makin banyak akal dia. Pandai beralasan, pandai amik hati, pandai sakitkan hati mama pun ada (sungguh tak berkenan), makin pandai mengusik adik...bla bla bla... Ada kalanya dia "matang" la juga layan adik. Time mood bagus la. Tapi rasanya mood bagus dalam 30% dalam melayan adik. Selebihnya asik mengenakan adik ja. Ohh satu lagi....masih pakai pampers! Pagi ni aku test dia lagi..sudahnya selai suar lencun dek kena ayaq kencing. Pastu aku pakaikan suar lagi tanpa pampers dia. Ngamuk gak dekat sejam tiyak. Aku pesan kat tok timah jangan layan dia. Buat pekak je dengar dia melalak.okkk dia letih dia stop tiyak.

Afiq ~ budak debab ni dah tak leh tinggal dia sorang2. sangat bahaya sebab dia gila nak berdiri. Tak padan ngan lutut lembut. Bila berdiri..kaki pun duk bergoyang lagi. Ada hati tu nak panjat meja sofa...:P

No comments:

Post a Comment