Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 30, 2012

Pic raya : Dah basi sudah

Lawa dak?. mat pezal edit guna hepon dia. :P

Alohhhh lupa rotate plak. Sila rotate pala anda




Masanya sudah tiba!

Tinggal berapa hari lagi ni nak masuk keja. Kejap masa berlalu aku lepak kat umah selama 2 bulan. Wahh macam orang bercuti bersalin ja. Sungguh enjoy dalam cuti 2 bulan ni sebab dapat tengok anak depan mata.

Aqil ~ Walau tak banyak perubahan diri Aqil....tapi satu je aku perasan. Makin banyak akal dia. Pandai beralasan, pandai amik hati, pandai sakitkan hati mama pun ada (sungguh tak berkenan), makin pandai mengusik adik...bla bla bla... Ada kalanya dia "matang" la juga layan adik. Time mood bagus la. Tapi rasanya mood bagus dalam 30% dalam melayan adik. Selebihnya asik mengenakan adik ja. Ohh satu lagi....masih pakai pampers! Pagi ni aku test dia lagi..sudahnya selai suar lencun dek kena ayaq kencing. Pastu aku pakaikan suar lagi tanpa pampers dia. Ngamuk gak dekat sejam tiyak. Aku pesan kat tok timah jangan layan dia. Buat pekak je dengar dia melalak.okkk dia letih dia stop tiyak.

Afiq ~ budak debab ni dah tak leh tinggal dia sorang2. sangat bahaya sebab dia gila nak berdiri. Tak padan ngan lutut lembut. Bila berdiri..kaki pun duk bergoyang lagi. Ada hati tu nak panjat meja sofa...:P

Saturday, August 18, 2012

Apa la Aqil ni...

Tadi sedang sibuk di dapur Aqil mai dekat aku

Aqil : Mama...adik hilang.

Erkkk baru aku pasan..tadi meriah mulut Afiq blablaaaa bababbaba mammama tetiba sepi. Aku lari ke depan umah...Takut dia tarik2 barang kat depan. Sekali ehh tak da. Pi mana?

Mama : ehhh mana adik ni?????

Aqil wat muka seposen..tak jawab. Pastu aku dengar bunyi walker kat luar umah! Tu dia...gembiranya Afiq pijak tanah. Aqil kurung Afiq kat luar! Pintu tadi aku tutup elok je..maknanya Aqil buka pintu then tolak walker adik dia kat luar. Apa la Aqil niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Kena penampar sedas ngan aku tadi. Ha buat lagi!

Thursday, August 16, 2012

Wahhhhhh....dah nampak $$$$$$$

Syukur alhamdulillah...berkat doa di bulan ramadhan ni...dipenghujung ramadhan aku dapat 1 berita/emel dari bos

Salam Leya and mokhtar,

With regards to the above matter, you are required to start work on 1st Sept and your Unpaid Leave will end on 31st Aug 2012.

Thank you

Fuhhhh 2 bulan tak da wet poket...nasib baik ada wet simpan skit...dah terguna. Sian plak tengok akaun aku tu. Tak pa bulan depan start menabung balik. PTPTN aku pun 2 bulan tak bayar...nanti kena bayar lebih la..nyampah plak tengok kos pentadbiran. Adesss...

Monday, August 13, 2012

Nyesal tak sudah

Gila posa kali ni...ketara berat aku menjunam jatuh. Fobia aku nak timbang. Berat aku kembali macam zaman anak dara dulu (kurus kianggggggg). Rasanya sebab aku nyusukan Afiq sama...sebab tu berat aku terus jatuh dan jatuh. Tak pa la...demi anak, aku sanggup ja. Walau apa2 terjadi, aku okey lagi asalkan anak aku sihat.

Ceta pasal sihat ni kan..sabtu hari tu aku ngan mak timah bawa Afiq gi bazar kepala batas..Bayangkan sepanjang tu aku je dukung Afiq. Waaaaaaaaaaaa tak tahan gila sampai nak beli pa2 aku terpaksa kata gini "Adik tolong akak, bagi akak dulu. Akak tak larat dah dukung anak ni" Hahahha hilang abis malu. Aku kan pantang orang potong2 line sekali kena debik kat batang hidung aku. Aku plak potong line orang...tapi ni kes terdesak gila. Gila tak larat okey! Memang ada yang wat muka tak puas hati...lantak la..janji aku minta baik2. Tak baik tau marah dalam posa. Kahkahkah (mentang2 kena kat aku kan). Sepanjang beli tu aku siap pesan kat tok timah...beli ja mana yang tul2 nak beli..jangan survey2. lepas zap sana sini....last2 mak aku nak beli apa ntah. Aku tinggal je dia..aku terus lari masuk keta. hahahha. Lepas letak Afiq dalam keta...fuh. lega! Ni saat aku menaip badan aku still ada rasa sakit2 tang belakang. Sian Afiq...apa punya mak tak larat dukung anak sendiri. Sori sayang...huhuhu

Okey kembali kepada berat badan...Abis suar aku longgar gila. Ingat nak beli tali pinggang tapi pikir balik posa dah nak abis. Mesti nanti berat naik balik (berharap sangat laaa). Pastu tingat suar2 levis yang aku jual dulu...adusss dah la mahal nak beli, aku p jual plak. Kalu aku tak jual dulu...kan boleh pakai balik? waaaaaaaa nyesalnya. Sekarang aku nak beli levis pun berkira gila...keja tarak ma. Wet simpanan aku tak nak kacau. Nak beli pa2 senggih kat mat pezal ja. Nasib baik dia faham! Tapi hat mahal2 aku simpan ja dalam hati...wat pa nak beli mahal kalu yang murah pun dah okes. Bersederhana la time2 gini kan. Nanti kalu ada kerja...kita kembali melaram balik!kehkehekeh. Aku dah berjanji dalam diri..taknak jadi isteri yang kuat meminta2 sebab aku penah keja..tau macam mana susah cari duit!


Friday, August 3, 2012

Tentang anak-anak

Now Aqil dah nak dekat masuk 4 tahun...Afiq skit lagi nak masuk setahun. Kejap masa berlalu. Rasa baru je dapat Aqil...tup2 aku dah jadi mak kepada 2 anak. Baru perasan makin tua...:P

Aqil sekarang makin lasak ..bak kata orang tau2...buaihh kemain. Hari2 makan penampaq aku. Larang langsung tak nak dengar. Kalu dia lompat sampai jatuh berguling, kejap je tiyak..pastu ilang sakit buat balik. Ni dalam posa ni, sampai perit anak tekak aku duk menjerit. Dah 3 hari lepas sahur aku amik ubat sakit tekak. Ubat yang hisap tu. Nasib baik sedap...huhuhuh. Aqil ni ada satu perangai, pantang tengok adik bersenang lenang...mula la dia mengacau. Sakit hati plak aku tengok bila Afiq duk best main2..tetiba si abang datang terus rampas barang main adik. Apa lagi, yang tu pun kepala angin..melalak tak sudah. Penin2

Afiq plak kemain laju dia mengesot (mengesot ehh? alaa yang macam mat askar darat tarik badan bawah duri tu..).... merangkak tak buleh2 lagi. Nak kata badan besaq..aku tengok dah makin kecut sebab tido kurang...asik nak main je. Badan dah tak berketul-ketul dah. hukhukhukkk...Mulut dah pandai bebel...paling sedap bila dia tengok abah dia..."Bahhhhh" alahai...tang mama plak " mamammamamma" skit punya panjang panggil aku..Merajuk NO. 1!