Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, July 2, 2012

Pistol

Baru2 ni bawa anak2 pegi pasar malam. Selalu gitu la kalu tak da apa2 aktiviti lepas asar...JJCM..:) Pegi ronda pasar malam sg dua..niat nak beli murtabak rm2..perghh ramai manusia beratur. Eeee sangat2 xkosa aku. Hari tu aku jadi manusia yang tiada sabar..maka jalan2 cari makan yang senang dibeli. Titik

Ohhh jalan2 ada pegeras untuk Aqil. Sepanjang jalan tu banyak plak orang jual mainan. Eeee tensen aku. Lagi tak beli duk kena tarik2 tangan dia kasi jalan. Apa sangat kudrat aku ni..malas nak marah..upah la pistol sebijik. Hishhh kalu mama beli mutabak dapat 5 bijik Aqil oiii! Melayang rm10..tapi tak pa...bukan duit aku. Duit bapaknya. hak3x. Len kali pilih la yang mahal2..apa la aqil ni. Ekekkeke.

Duk 2,3 hari lepas tu..aku lepak ngan Aqil depan TV. Bapaknya duk lepak kat luar. Ada la perbualan antara dia dan aku ini

Mama : Aqil...boring la..jom pi pasar malam. Ajak abah


Aqil : ha...jom..jom


Mama : Ishhhh nak beli apa?


Aqil : Ha...beli pistol!

Satu perangai Aqil..kalu mula beli lori...mesti lepas tu dia minta lagi lori..kalu gitar,..duk minta lagi gitar. Pesyen apakah tu? Ntah aku pun tau tau walau aku ni mak nya :P

Mama : Hishhh kan dah beli. Lagipun mama tak da wet


Aqil : laa hari tu beli guna wet mama...sat gi kita beli..kita guna wet abah plak

Hahhahhahaha...kalu abah dia dengar sahih saat dan minit tu hang kena pulas tinga Aqil. Hari tu guna wet abah la...Aqil ja tak nampak masa Abah bagi wet. Dah dapat pegang pistol...ada peduli sapa bayar???

No comments:

Post a Comment