Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, June 28, 2012

Penang Hill



















Alahai nak tempek gambar2 pi Penang Hill asik tak sempat ja. Ni pics 2 minggu lepas. Dah lama tak lepak situ..last masa awal2 aku kawin dulu. Nek pun train slow melow tuh. Disebabkan adik pinat aku pi baru2 ni..balik dia panaskan ceta dia..mau tak berasap aku. Maka perlu la bertindak untuk mengcoolkan balik kena la pujuk memujuk mat pezal bawa pegi situ. Alasan "Sian Aqil...selalu sebut nak nek keretapi." Thanks Aqil. Hihihihi

Wednesday, June 27, 2012

Aqil nak gitar lagiiiii

Masa layan Dejavu di kinabalu..Aqil tengok Akasyah petik gitar terus Aqil cakap

Aqil      : Mama...nanti beli kat Aqil satu na
Mama  : Kan dah ada sampai 2
Aqil     : Aqil nak yang macam tu plak
Mama : Ishh tu untuk orang besaq macam abah
Aqil     : Tak pa la..mama beli kat abah, nanti boleh la aqil pinjam sat kat abah.


Hurmmm dah pandai jet mama lani hang aqil oiii

Tuesday, June 26, 2012

2 Hari lagi

Lagi 2 hari aku bersama kawan2...lepas ni aku akan bawa haluan sendiri. Dah apply UL masih tak dapat feedback, sangat2 meresahkan jiwa. Sambil2 tu aku dah cuba cari peluang kat company lain..macam biasa asalkan dah anto resume pastu dapat respon dah closed. Memang pala hotak letak kat bontot, kalu dah close duk open iklan apsal? Sangat membazirkan masa aku!

Plan dah ada cuma nak laksanakan tu macam payah. Susahkan bila nak mula apa2 yang dirancangkan. Takut tak jadi pun ada ni. Tapi aku takmo la lewat  sangat bertindak..masa adalah segalanya bagi aku. Lambat bertindak..maka lambat la hasilnya kan? Modal dah ada ni...ishhh sayangnya nak guna wet simpanan! Huhuhuh

Terkena lagi dengan Aqil

Lepas dinner tadi sekeluarga lepak depan TV. Aqil tak join pun makan sebab dah kenyang makan kuih apa ntah tok ayah dia beli kat pasar malam. Masa aku lepak main ngan Afiq...Aqil ada panggil aku

Aqil : Mamaaa...


Mama : yeaaa ( aku tengok dia sekilas pastu sambung main ngan afiq)


Aqil : Mamaaa tengok la ni aqil buat apa

Mama : Ishhh apa tu? ( aku tengok block kayu berselerakan je depan dia bersila tu. Ntah...langsung aku tak dapat teka dia buat susun atur apa)

Aqil : Buat bodo ( jawab Aqil tanpa pandang muka aku dengan menggunakan nada perli ; aku la rasa macam nada perli sebab tak endahkan dia)

Haaa kureng asam pedas tul anak bertuah ini kan???

Wednesday, June 20, 2012

Sungguh aku tak layak

Aku ni asalkan pakai emas2 ni mesti tercabut...hilang. Hari isnin gelang hadiah anniversary ketiga HILANG. Wuaaaaaaa....letih dah aku cari sana sini. Yang pasti gelang tu hilang dalam rumah mak aku. Aku yakin sangat! Tapi bila aku jejak segenap ruang..masih tak jumpa. Aku penat la cari...sehingga hari ni tak jumpa2.

Sebelum ni cincin kawin hilang. Dua kali hilang...dua kali jumpa balik. Ini kali ketiga aku hilangkan harta pemberian suami tercinta...sungguh, aku tak layak la pakai emas2 ni. Sop Sop SOpPPpppppp..


Mana gelang ni!!!!

Wednesday, June 13, 2012

Sungguh aku tak faham!!!

Time cuti adalah hari2 yang aku nantikan. Rasanya bukan aku je..sapa2 pun suka cuti. Time ni la nak main ngan anak2. Sejak dua mejak ni aku pasan sangat, Afiq ngan Aqil kamceng giler. Afiq ni..asalkan abang dia men apa pun depan ni...dia melonjak2 badan nak duk dekat abang juga. Pastu kalu abang wat lawak ntahpapa..amboi kemain gelak suka. Aku acah dia, kadang tu dia buat dek. Terasa macam dia kata "ntahpapa la mama aku ni wat lawak. Langsung tak lawak. Tak kosa la nak gelak" huhuhuhuhu

Kalu Aqil wat kasar2 ngan dia..tak la plak dia nak tiyak..kalau sakit sangat baru dia tiyak. Punya la baik ngan abang dia. Ada petang tu...aku golek2 depan tv ngan Afiq...(masa tu afiq tu jamah ibu kaki dia..ekkekek) Aqil masuk umah...terus mai dekat kami. Ngan muka slumber kata "Woiii budak gemok!" Sedapnya mulut berkata2!. Afiq terus gelak mengkekeh.Tak paham betul aku hero2 aku ni.

Ada lagi orang macam ni...sedih!!!!

Tadi kawan aku ada paste satu cerita..cerita dari FB kawan2 dia. :


"nak story,anak tok tiri sy mmg agak ssh.die xleh susu kan anak die sbb die pon mkn xckup susu kering cpt.husband die tglkan masa preg lg.kesian tgk baby die kdg2 xckup susu.fm kan mhl.skg ni anak die 7-8bln cmtu.mase die 3bln cmtu pnh xckup duit beli fm die hanya bg minum air msk hari2.segan nk mintak tlg org.

Baru ni sdare sy p jenguk baby die dan tgk botol susu die hitam,puting pon hitam.die tanye la nape smpai itam cmni?mak baby tu jwb,susu da sbulan xbeli.baby hari2 minum air kopi.erk,xpe ke.mak baby tu kate die kenyang je.bj pon xpkai time tu mlm ujan.
Pastu g dapo die tgk msk air atas kayu api.gas da abes lame dah.mkn nasik pon tunggu ade kenduri.
Sedih pon ade,nak bg ebm fridge pon die xde.muda lg,br 21.die malu nk ckp kt org.xtau cane lg nk tlg die."




Sedihkan?

Tuesday, June 12, 2012

IPAD

Ada dua tiga hari lepas...mat pezal duk melawak sakan dengan Aqil. Masa tu aku baru je switch off lappy aku..pastu nek atas katil lepak ngan Afiq. Tak amik pusing pun Aqil dan abah dia melawak ntahpapa..pastu 2,3 saat kemudian aku nampak mat pezal terpijak lappy baru aku. Uwaaaaaaaaaa geramnya aku. Menda baru kan...sapa2 pun sayang

Mama : Abanggggggggggg laptop i tuuuuuu. Waaa rosak kang.


Abah : Alahhh kalu rosak abang beli len laa


Mama : Kalu mama buka tak leh on...abah beli ipad!


Abah : Alos....setakat ipad tu abang boleh bagi la...cakap nak yang macam mana? yang ada wing ka...tak dak wing? 

Katanya dengan penuh semangat sambil buka almari amik barang yang dalam plastik kaler biru. Uwaaaaaaaaa...faham kan maksud dia? Loyar buruk tak sudah2. Nasib la aku. pastu dia layang2 menda dalam plastik tu depan mata aku. Soh aku pilih. la-la tu gak dia kena penampar aku. Huh! kasi i marah lagi.

Thursday, June 7, 2012

Politik

Makin lama, makin nek loya aku bila baca pasal politik. Tak kira ler kerajaan sendiri atau pembangkang. Sama je 2x5. Kotor dan jijik. Tak habis mengata sana sini. Orang politik ni macam dah jadi orang pendendam. Sebelah sini bom sana, di sana berusaha bom balik sini. Gitu la..tak penah sudah2. Macam budak2 gaduh gayanya. Ni kalu PRU sok lusa...mau aku lepak depan TV je. Buang masa je kalu aku pegi pangkah wat undi rosak. Wat kotor baju aku je.

Anak2 muda sekarang kemain rancak la ngata sana sini tak kira la orang politik tu tua..kot la nak hormat. Ngata sedap mulut. Contoh anak muda berani ngutuk Tun M...weiiiiii tolong ingat skit jasa orang tua tu. Kalu tak boleh respect dia sebagai orang politik...boleh tak hormat dia sebagai orang tua. Bukankah hormat orang tua itu ada dalam TUNTUTAN AGAMA?? Jangan la over sangat sampai moral letak bawah ketiak masam anda.


Wednesday, June 6, 2012

Emel berhantu

Akhirnya apa yang ditunggu dah kunjung tiba.

++++++++++++++++++++++++++++
STAFF RELOCATION

This is to inform with effect from 01st July 2012, you will be relocated to HQ Shah Alam branch.

Apart from the above changes, your existing terms and conditions of service as set out in the contract of employment will remain unchanged.

The company wishes you will continue to discharge your duty and responsibility with care, dedication and integrity towards the company’s goal and objective. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mode : Segala macam duk pikir ni. Tapi berat pada print je surat resign. Sungguh aku tak sanggup berpisah dengan orang tersayang. Nehiiiii!

Friday, June 1, 2012

Mencanak bulu roma

Lepas isyak tadi niat nak makan tapi mengenangkan Tok Timah asik mengalah tiap kali nak makan...aku didahulukan...kemudian baru dia. Malam ni aku soh dia makan dulu dan aku main2 ngan Afiq. Afiq ni ngada skit, asik ajak main ja..kalu bolayan mula wat perangai.

Occay lepas mak aku siap makan, giliran aku plak kan. Aku kasi Afiq kat Tok Timah dan aku melangkah ke dapoq dengan senang hati sambil menyanyi ~lalallaalaaaaa~ lagu yang aku sendiri tak pasti..:P Sampai di meja makan aku terdengar bunyi plastik bergerak..eh apa tuh? aku pandang sebelah kiri aku. Mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terlompat sekejap aku sambil jerit (guna volume paling tinggi. Gila kau kalu guna volume rendah..itu dinamakan gila yang tak dak ubat!)

Aku : Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ULAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

Abis terlepas mangkuk..nasib baik tak sempat lagi tuang kuah sup (sian moi sup..aku tinggal kau begitu saja). Terus lari masuk ruang tamu. Cis betul la menatang tu...rilek je dia lepak melingkar atas kotak tempat Tok Timah aku letak barang2 (barang apa ntah..). Tok timah kalu bab ular mesti dia tanya soklan ni

Tok Timah : Ulaq tu kaler pa?


Aku : Hitammmmmmmmm...walau tak besaq mana..panjangnya mak!

Kata aku sambil wat gaya sotong yang lembek buat geli geleman (ampa bayangkan la sendiri aku wat gelagat cam tu). Aku kalu bab ular memang aku takut giler..kalu pi zoo ka mana2 yanga da ular...sori aku nak lalu dekat..Walau mat pezal tinggalkan aku semata2 nak tengok ulaq, aku langsung tak kisah malah bersyukur sangat2 sebab tak paksa aku. Eeeeeeeeee...sudah, bulu roma aku makin keras menegak ni. Aduss...penakut gila.

Tok timah rilek ja bila aku wat gaya sotong, dia bangun ngan tenang sambil jerit panggil adik umaq aku kat luar umah. Diarahkan umaq carikan buluh (buluh ni sentiasa ada kat umah). Masa ni aku lari masuk bilik...sebab terasa segala bulu menggembang...termasuk la bulu idung kebanggaan aku hakhakhakah.


Pastu terdengar la ketunggggggg ketanggggggggggggggg ketungggggggggg ketanggggggggggg..Haihhh berani gak Tok Timah ni sebab aku tak dengar pun dia jerit ke apa..dengar sora adik umaq aku ja pun. Hat tu sorang harap je jantan tapi penakut gak tu. Hakhakhakkk

Huemm ok la...dah ngantuk..nak tido


GUD NITE!