Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, May 23, 2012

Sangat sadis tul la hari ni

Hari ni sorang2 lagi drive mai komtar..maka fokus drive kembali 100%. Kalu ada kawan fokus tu mesti hilang skit sebab ada kawan, mesti sembang2...gelak merapu meraban segalanya kan...jadi fokus mesti hilang 10-30%.

Trafik lancar la jugak pagi ni..tak da la sampai aku drive semput2. Lepas turun bridge, kena hati2 sebab awal2 dah ada papan tanda 80km/j. Selalu sangat la aku nampak abang baju putih duk sorok2 dalam rimbunan pokok bunga sambil pegang "teropong panjang" tu. Tempat faveret abang baju putih di depan e-gate sampai tesco..hari ni aku tengok..eh tak da? Keta pun tak banyak..maka aku pun follow belakang BMW dengan senang hati. Dah lepas tesco aku tekan pedal minyak skit...line clear kononnya...tetiba BMW kasi isyarat masuk laluan tepi dan aku duk belakang dia apa lagi..lagi la tekan minyak nak potong dia..Sekali aku nampak abang baju putih kat tiang putih besar ja duk mencakung..pastu tetiba bangun "tembak" keta aku drive, Waaaaaaa mati la wa..kena tembak. Terus depan mata aku nampak burung bersayap not2 rm50 berterbangan. Arghhhhhhhhhh nak marah pun memang dah buat silap kan. Fadan muka laaa jawabnya!!!!!

P/s : Abang polis..saya lebih 10km/j je pun..jangan la berkira sangat. sop sop sop

No comments:

Post a Comment