Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, May 8, 2012

Percutian yang terbaik setakat ini

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak bawa Tok Timah jejalan tapi yang tak best Tok Ucop tak join sekali. Abah aku asik ngan bisness dia..adik aku Acu pun sama gak. Maka tinggal la depa dua kat umah hari tu. Tak tau la berapa banyak kedai depa serbu sepanjang 4 hari ditinggalkan oleh Tok Timah. Hehhehe. Start pagi jumaat kami bertolak ke Putrajaya. Fuhh nasib baik la Afiq tak buat perangai cuma abang dia banyak cekadak skit. Geram sungguh aku. Tahap ngada2 Masyallah...haih malas nak layan tau huhuhu

Banyak gila snap gambar sampai penuh memori kad kamera..tapi tak tau nak tempek yang mana satu. Aku pun belum resize lagi nak letak sini..Nanti2 lah..hehheh'


Jumaat ~ Ronda putrajaya je. Petang pegi pasar malam..huyooo sesak siut...nak beli pa2 pun kena beratur. Haihhhh spoil mood aku nak beli.

Sabtu ~ Aktiviti shopping. Sesak gila masjid india..kena plak cuti wesak..ramai rombongan makcik2. Huhuh so, nak tawar harga pun tak berapa menjadi,peniaga eksen sungguh.  Malam tu pi uptown kat The Mines..ingat nak rembat suar jean kat anak2...tapi harga mahal gak.Cancel.

Ahad ~ Yeahhhhh...genting highland. Malang sekali..keta kabel rosak plak dah. Sengal100x. Aku nak bawa anak2 aku merasa nek keta kebal daaaa...Balik pun dah lewat pastu terus singgah Alamanda cari makan malam. Ehh sedap eh rotiboy situ....huhu

Isnin ~ odw balik singgah plak cameron highland. Kali ni kasi suprise Aqil sebab dia tido masa nak nek CH. Sampai kat hentian Bharat teh tu baru kejut dia.. Terus dia jerit " Ehhhhhhhhhhhhh ladang teh!!!" Suka betul dia kalu kat situ. Agaknya besaq nanti nak jadi tokei teh kot. HEhehhehhe


Okes..apa2 pun TQ untuk asben tersayang sebab sanggup amik cuti walau cuti dia tinggal ciput je. Aku pujuk skit2 je..tak sangka betul dia apply cuti. Alaaa sayang gila ni kat Abang! Hahhahaha tapi kalu tak bawa jejalan pun, i tetap sayangggggggggggggg kat u (ni ada sapa baca mesti ada yang nak termuntah, okey silakan... makcik tak kisah! Hahha)

No comments:

Post a Comment