Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, May 22, 2012

Aqil buli adik

Semalam lepas balik kerja aku angkut afiq masuk dalam bilik sambil diikuti Aqil. Lepas tu aku kuar bilik kejap ... tak sampai 2 minit dengar Afiq melalak semacam, terus aku lari masuk bilik. Sekali aku tengok

Aqil sedang kepit pala Afiq celah kangkang dia dan afiq sedaya upaya tolak kaki abangnya (apa la sangat kudrat adik kan). Aku tetiba tukar jadi singa betina terus pulas paha Aqil. Haaaaaa tu nasib baik aku pulas paha ja, kalu aku baham dari kepala sampai kaki cam na? Geram tul aku. Suka buli adik. Lepas dapat "hadiah" dari singa terus si Abang plak sambung melalak sambil berlari cari mak tok dia kat luar umah. Huh, tensen aku kalu hari2 cam ni. Penat balik kerja ditambah lagi penat ngan perangai aqil macam2. Huhuhu. Afiq plak kalu nampak aku turun ja dari keta kemain lonjak2 soh dukung. Abis terbang penat drive bila tengok anak2 senyum dan minta dipeluk. :)

No comments:

Post a Comment