Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, May 31, 2012

Seluar dalam

Hakhakhakk apa punya tajuk la hari ni..:P Ceta ni dikisahkan oleh adik aku. Ceta yang benar dan benar belaka..bukan mereka cerita.

Adik aku ni kerja cikgu budak kecik (taska), banyak giler cerita budak2. Now dia tengah cuti seminggu dan ada di kampung bawa balik Durrani. Laki dia plak outstation kat Terangganu.

Dia ceta ada satu pagi tu ada budak girl taska minta ke bilik air nak buang air. Maka dia temankan lah...budak2 bukan leh harap kalu sorang2 kat toilet kan. Kang jadi pa2 cikgu juga salah. Masa budak tu nak londehkan suar keciknya adik aku berkerut dahi yang menimbulkan tanda tanya


Cikgu : Nina (bukan nama sebenar)..apasal spender ikat getah tepi?

Pelik la adik aku tengok suar cam semacam je ikat getah tepi pinggang. Tapi memang leh agak la mesti sebab besar kan..tapi terlintas di hati nak tanya jugak. Alahh spender budak2 berapa RM la sangat..tambah2 tempat adik aku, ramai mak bapak golongan kaya-raya..kerja hebat2. Takkan spender anak tak mampu beli?


Nina : Ni suar mama la..suar nina dah abis pakai, mama MALAS basuh. Dah longgar, mama ikat la getah tepi ni.

Kalu aku ditempat adik aku..sahih aku dah gelak guling2 sambil tepuk lantai.. HAHHAHAhah (teruk gila kan aku suka je gelakkan orang..:P)

Adik aku ceta sambil bebel...tak sangka ada manusia malas tahap yang tak da istilah dah ni. Aduss..maknya tu tak pikir malu ke? Ada lagi satu ceta, taska adik aku memang ekon memang sejuk giler...mak bapak pun ada kompelin ekon sejuk sangat. Dalam komen2 TAPI, bonggok tahap tak da ubat sebab still pakaikan anak suar pendek/skirt pendek. Adoiiiii...langsung tak kesiankan anak ker? Dia ingat cikgu2 ni leh betulkan ekon kat satu bangunan tu? (ekon ni bukan yang kita leh adjust ok, ekon bangunan...fahamkan?) Kalu nak story..macam2 adik aku ceta. nanti ada yang pelik2 nak letak sini lagi lah..hehhehe

Tuesday, May 29, 2012

Budak Debab



Budak debab ni dah nak masuk 8 bulan. Berat dah 8.2 kg (timbang masa awal bulan hari tu...sekarang dijangka bertambah lagi tu). Tak larat dukung aku. Kalu letak dalam stroller bukan nak duk lelama...sudahnya abah dia la kena dukung. Nak soh mama? ohhh takat 5 minit dah letih. Tak leh jadi ni aku kena menggemukkan diri lagi ni. Wat malu ja nak dukung anak pun tak larat.


Kalu aku gemuk macam aishwarya rai yang terkini, agak2 mat pezal lari tak? Ekekeke...

Monday, May 28, 2012

Kawin...kawin...kawin

kawan2 opis (sememeh gila muka aku...cuaca alhamdulillah panas terik)



Dah tiba! Ha musim orang kawin sampai poning pala nak tuju ke mana dulu..nasib baik la tak da banyak jemputan, so sabtu hari tu terjah ke Jitra. Pastu lajak pi Padang besaq. Sangat la menggeramkan hati dan perasaan kawe!

Aqil tul2 wat perangai bila sampai PB. Aku nak shopping pun tak sedap. Huhuhu ... punya nak pujuk sampai kena kasi upah dia baju askar selai ngan lori tanah skit punya besaq kat dia sebijik. Sop sop sop..nak beli baju kat adik dia pun tak leh siap dia nangis cakap "tak payah...takpayah" hamboiii kemain, dia rembat sampai 2 barang kat adik tak da satu pun. Sian adik...Mentang2 la adik tu kecik lagi..wat adik gitu..sop sop sop. Mat pezal lak sempat rembat suar kick boxing kaler merah nyala. Aku siap pesan, beli pakai sudah jangan sampai tetiba nak ajak aku lawan boxing. Kalu ada niat sebegitu, aku nak je terus beli selai kat aku. Hak hak hak ...

Apa2 pun selamat pengantin baru nana and Sam.

P/s : Sangat tersentuh hati bila menu kenduri ada kerabu serai. teringat arwah tok sofiah aku... :( Rindu tokkk.... T_T

Wednesday, May 23, 2012

Sangat sadis tul la hari ni

Hari ni sorang2 lagi drive mai komtar..maka fokus drive kembali 100%. Kalu ada kawan fokus tu mesti hilang skit sebab ada kawan, mesti sembang2...gelak merapu meraban segalanya kan...jadi fokus mesti hilang 10-30%.

Trafik lancar la jugak pagi ni..tak da la sampai aku drive semput2. Lepas turun bridge, kena hati2 sebab awal2 dah ada papan tanda 80km/j. Selalu sangat la aku nampak abang baju putih duk sorok2 dalam rimbunan pokok bunga sambil pegang "teropong panjang" tu. Tempat faveret abang baju putih di depan e-gate sampai tesco..hari ni aku tengok..eh tak da? Keta pun tak banyak..maka aku pun follow belakang BMW dengan senang hati. Dah lepas tesco aku tekan pedal minyak skit...line clear kononnya...tetiba BMW kasi isyarat masuk laluan tepi dan aku duk belakang dia apa lagi..lagi la tekan minyak nak potong dia..Sekali aku nampak abang baju putih kat tiang putih besar ja duk mencakung..pastu tetiba bangun "tembak" keta aku drive, Waaaaaaa mati la wa..kena tembak. Terus depan mata aku nampak burung bersayap not2 rm50 berterbangan. Arghhhhhhhhhh nak marah pun memang dah buat silap kan. Fadan muka laaa jawabnya!!!!!

P/s : Abang polis..saya lebih 10km/j je pun..jangan la berkira sangat. sop sop sop

Tuesday, May 22, 2012

Afiq dan cermin


Hari tu baru aku perasan, bila aku dukung afiq..then pegi depan cermin afiq gelak gila2. Konon2 macam orang duk usik dia. Lepas aku sedaq diri pasal kelakuan afiq ni...bila dia nak mengamuk aku bawa dia pegi depan cermin. mesti dia SENYUM terus!

Aqil buli adik

Semalam lepas balik kerja aku angkut afiq masuk dalam bilik sambil diikuti Aqil. Lepas tu aku kuar bilik kejap ... tak sampai 2 minit dengar Afiq melalak semacam, terus aku lari masuk bilik. Sekali aku tengok

Aqil sedang kepit pala Afiq celah kangkang dia dan afiq sedaya upaya tolak kaki abangnya (apa la sangat kudrat adik kan). Aku tetiba tukar jadi singa betina terus pulas paha Aqil. Haaaaaa tu nasib baik aku pulas paha ja, kalu aku baham dari kepala sampai kaki cam na? Geram tul aku. Suka buli adik. Lepas dapat "hadiah" dari singa terus si Abang plak sambung melalak sambil berlari cari mak tok dia kat luar umah. Huh, tensen aku kalu hari2 cam ni. Penat balik kerja ditambah lagi penat ngan perangai aqil macam2. Huhuhu. Afiq plak kalu nampak aku turun ja dari keta kemain lonjak2 soh dukung. Abis terbang penat drive bila tengok anak2 senyum dan minta dipeluk. :)

Thursday, May 17, 2012

Hishhhh sakit mata!

Haiyoooooooo geram aih aku ngan laptop ni. Apsal skrin ni kuar line2 kaler meqah ni. Dah loqat gamaknya. Sakit mata aku. Huhuhuu


P/s : Aku yakin ramai yang terkejut baca pengakuan Ady Putra nak ceraikan. Kesian. Hope masih dapat diselamatkan kalau tak...itu takdir tuhan sebagai manusia kita kena redha dan percaya pada qada dan qadarNya. Cakap memang senangkan..huhu

Tuesday, May 15, 2012

Ni la mee udangnya
 Meh kasi tayang sini Mee Udang paling popular kat kuala sepetang. Gambar ni dah lama (lama pun dalam 2,3 bulan lepas) baru tingat nak tempek sini. Kalu sapa terasa nak makan pi kedai Mee udang mak jah. Masuk paper tu kedai mak jah ni. Harga aku lupa. :P

Udang besaq tersorok bawah nasi



Yang mana sedap? Ok, dua2 sedappppppppppppp

Hujan

Ujan lebat tul malam ni..anak2 pun dah tido. Sejuk gila bilik. Aqil la niiii aku tutup ekon terus mata buka

Aqil : Jangan la tutup ekon..Aqil panaih ni

Cam tu la ayat dia. Tak kesian adik langsung. Kulit jenis apa ntah Aqil ni langsung tak rasa sejuk. Masa pi genting hari tu pun puas pujuk dia pakai baju tebal. Heran gak aku...badan dah la kering cam mama dia tapi tak lut sejuk. Ni mesti kulit spesis mat pezal ni...tu pun 2X5. huhuhu.

Mata lak tak ngantuk... nak login pesbuk pun rasa dah nek muntah. Tak tau nak tengok pa dah... Layan blog politik haihhhh nek loya tekak. Tak da ceta lucah tak sah..tak da fitnah macam tak cukup rancak...kotorkan politik ni. Dulu masa bergelar student suka gak amik pot bab politik tapi dah tua bangka cam ni baru dapat pikir tak da pun politik yang betul2 leh sokong 100%. PRU nanti tak tau la nak pangkah mana. Tak pi ngundi berdosa dak aaa?? :P

Aku nak merepek sini pun tak da modal. Huhuhuu. ALaaaa aku sambung baca novel pun tak pa..tak abis lagi ni baca novel 7 hari mencintaimu...tebal gila. huhuh. Kemarin baru abis baca novel Yes Bos..padahal dah lama aku beli baru abiskan semalam. Best gak ceta tu..baca leh gelak2. Masa aku gelak Aqil pasan

Aqil : Mama ni duk gelak apa?Mai Aqil nak tengok jugak

Aku tunjuk je.

Aqil : Mana yang gelak2? 

Ades puas gak aku nak explain kat dia sebab apa aku gelak. Kalu novel tu bergambar senang ceta la kan. huhuh Aqil bagi pandai ABC dulu...lepas tu nak menyibuk pun tak pa. :P

Monday, May 14, 2012

Hahahha...fadan muka Aqil

Semalam sedang aku menyusukan Afiq atas katil..Aqil lepak kat bawah sorang2. Pastu aku pasan dia macam sibuk ja kat bawah tu. Setau aku aku bancuh susu sebotol  kasi dia pump. Tapi muskil tangan dia macam rancak duk wat sesuatu.

Mama : Aqil buat apa tuh??


Aqil : Tak buat pa-pa lah


Mama : Macam ada keja ja tu..Cakap tul2 Aqil buat apa?


Aqil : Tak buat pa2 la

Pastu aku cepat2 bangun dari pembaringan tengok dia cepat2 sorok sesuatu di belakang dia

Mama : Haaa tu sorok apa tu? Cepat tunjuk!

Pelan2 dia kuar sesuatu. Haaaaaa Yoko Yoko aku nya..pastu ada bau Yoko Yoko

Mama : Aqil pakai ka????

Dia tak jawab ..hanya senggih. Okes tunggu berapa minit nanti tengok apa kesannya. Aku sambung nyusukan Afiq lepas tu...


Aqil : waaaaa mama....adoi laaa panaihh kaki Aqil

Hahahha start tiyak dah. Ha, rasakan!

Mama : haaa boh sebelah kaki tu plak. Tu baru letak skit kan


Aqil : mama jangan aaa. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa Adoi la...Adoi laaa

Seres aku rasa nak gelak guling2 masa Aqil sebut adoi la..adoi la. Kejam gila aku kan, gelakkan anak sendiri. Senggal punya mak. Tu la kan degil...memandai sangat. Pastu aku tak layan Aqil bangun pi melolong kat mak tok dia. Tok abah dia pa la..gelakkan dia. Tu la larang tak dengar. Sebelum ni aku dah pesan jangan main apa yang tak boleh. Pandai senyap2 amik. Ha amik hang Aqil. Lepas ni tobat tak nak sentuh dah barang2 tu.

Tengok dia tiyak tak henti aku amik tisu basah je la lap balik walau ubat tu dah pun serap masuk dalam otot kaki...:P Lepas setengah jam, dia start buas balik!

Thursday, May 10, 2012

Layanzzzzzzz gambo2 kat Cameron plak

Hai saya Afiq

Wif mama

@Kasimanis stoberi

Kasi upah kat Aqil & Afiq

ODW balik

Genting


Alrite...sambung pics ni plak kat Genting. Frust gila sebab keta kabel rosak. Senggallllllll. Nak bawa Aqil merasa nek keta kabel kat Genting sebelum nek kat Langkawi (cehh bila ntah nak sampai). Sian Pokda somi adik aku drive sampai nek atas. Dah la ramai manusia dalam keta. Nak jimat minyak, nek je sebijik keta dari putrajaya.




Mainan pertama. Aqil langsung tak teruja. Huh
nak letak caption apa ni?? apa2 je laa

Tu dia..ketua budak2 hahahha

Muka tahan gayat nek ndoi musing. :p

Aqil takut tul nak tekan "pedal minyak" :P

Tak sempat nak nek mainan belakang tu. hujan renyai2

Saya comel tak? hihih

Kat london :P

Nak nek GAJAH.

Apsal tangan aku macam kangroo nak lompat ja??

Akhirnya dapat gak snap 1 kuarga



PICS: Jejalan kat KAY EL

 Sangat tak mengujukan stopping kat Jalan TAR sebab AQIL!!! Waaaaaaaa Mama nak beli kain la Aqil nak buat baju mama pegi kerja ngan baju raya tapi Aqil wat perangai. Geram tau. Niat nak shopping gila2 tapi hampessss. Aqil siap duduk atas jalan tar..mentang2 tu nama Jalan TAR..hang duduk terus atas tar ehh..Yang abah dia plak jaga afiq lepak kat apa nama ntah tempat tu. Tak salahkan Aqil gak sebab orang ramai jadi tak selesa..Lepas tu adik pinat aku decide masuk SOGO rest dulu. Panas. Pekena ekon dulu kasi peluh di mana-mana kering. Hahahhaha.

Nek kat food court mak aihh manusia ramai giler. Cari tempat tersorok sebab nak kasi anak2 mengepam dulu...


Haaa kena sebotol. Hambekkkk
Lepas nyusu debab ni...terus tertido. haaa tengok stroller Durrani..penuh. Sori tak sapa leh tumpang. haaaa

Lepas setengah jam terus bangun..bukan nak tido lama.





Lepas tinggalkan Aqil kat abah dia, aku, pinat dan Tok timah turun shopping balik. Tinggal la kaum laki2 dalam SOGO. Beli pun tak senang hati sebab duk ingatkan anak. huhuhuhu

PICS : lepak @Putrajaya

 Ekceli banyak gila gambo sampai tak tau nak tempek mana satu. So...tempek je la mana pun kan..janji aku leh jadikan kenangan dalam ni.


haihhh sangat susah nak snap gambo debab ni..:)




Yang ni plak mula2 takut nak duk atas tembok tu..pastu suka plak ehhh.

Mama & Afiq

Aqil dah start buat perangai. haihh saboo je melayan

Puan Blog

Tuesday, May 8, 2012

Percutian yang terbaik setakat ini

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak bawa Tok Timah jejalan tapi yang tak best Tok Ucop tak join sekali. Abah aku asik ngan bisness dia..adik aku Acu pun sama gak. Maka tinggal la depa dua kat umah hari tu. Tak tau la berapa banyak kedai depa serbu sepanjang 4 hari ditinggalkan oleh Tok Timah. Hehhehe. Start pagi jumaat kami bertolak ke Putrajaya. Fuhh nasib baik la Afiq tak buat perangai cuma abang dia banyak cekadak skit. Geram sungguh aku. Tahap ngada2 Masyallah...haih malas nak layan tau huhuhu

Banyak gila snap gambar sampai penuh memori kad kamera..tapi tak tau nak tempek yang mana satu. Aku pun belum resize lagi nak letak sini..Nanti2 lah..hehheh'


Jumaat ~ Ronda putrajaya je. Petang pegi pasar malam..huyooo sesak siut...nak beli pa2 pun kena beratur. Haihhhh spoil mood aku nak beli.

Sabtu ~ Aktiviti shopping. Sesak gila masjid india..kena plak cuti wesak..ramai rombongan makcik2. Huhuh so, nak tawar harga pun tak berapa menjadi,peniaga eksen sungguh.  Malam tu pi uptown kat The Mines..ingat nak rembat suar jean kat anak2...tapi harga mahal gak.Cancel.

Ahad ~ Yeahhhhh...genting highland. Malang sekali..keta kabel rosak plak dah. Sengal100x. Aku nak bawa anak2 aku merasa nek keta kebal daaaa...Balik pun dah lewat pastu terus singgah Alamanda cari makan malam. Ehh sedap eh rotiboy situ....huhu

Isnin ~ odw balik singgah plak cameron highland. Kali ni kasi suprise Aqil sebab dia tido masa nak nek CH. Sampai kat hentian Bharat teh tu baru kejut dia.. Terus dia jerit " Ehhhhhhhhhhhhh ladang teh!!!" Suka betul dia kalu kat situ. Agaknya besaq nanti nak jadi tokei teh kot. HEhehhehhe


Okes..apa2 pun TQ untuk asben tersayang sebab sanggup amik cuti walau cuti dia tinggal ciput je. Aku pujuk skit2 je..tak sangka betul dia apply cuti. Alaaa sayang gila ni kat Abang! Hahhahaha tapi kalu tak bawa jejalan pun, i tetap sayangggggggggggggg kat u (ni ada sapa baca mesti ada yang nak termuntah, okey silakan... makcik tak kisah! Hahha)

Wednesday, May 2, 2012

HUhuhu...fikiran terganggu kejap. Kena luah gak kat sini sebelum mula sebarang kerja. Masa odw mai keja tadi dengar berita lebih kurang macam ni "seorang remaja lelaki ditahan kerana melemaskan bayi yang dilahirkan teman wanitanya dalam baldi" Hishhhhhhhhhhh geram aku! Anak sapa tu?????? Kejam gila hang noh. Patut mak hang lemaskan hang dulu masa lahir hang. Bahabiiiii la orang macam ni. Dah la hang meromen anak dara orang pastu bunuh anak sendiri. Puas hati la dah bunuh anak sendiri??? Dah buat silap patut bawa2 la bertaubat adik oiiii..hang ni orang ka setan dik?? ohh silap hang still orang tapi dirasuk setan maka berdekah2 la setan tu membuat tipu daya ke atas cucu Adam dan Hawa..


Adesss pedih dada aku kalu layan berita gini. Kalu tak nak...bagi la kat orang. Bukan wat cam ni....Tak pa baby..tempat mu di syurga sayang..kalu baby hidup pun...ahhhhh tak nak cakap lahh...sedey2...