Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, March 28, 2012

Saja cari penyakit

Malam ni....kalu aku ada magic..nak ja aku beraaa di puncak gunung mana2...pastu aku nak jerit

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


Padan muka aku..saja cari pasal..so tanggung sendiri. Esok kalu perang, makan hati jawabnya.


p/s: rasa nak nangis tapi tak kuar air mata..badan menggigil2 menahan geram.

Tuesday, March 27, 2012

Jejalan pegi...?

Aqil dan Afiq

Ohhhh sangat ngantuk dan badan sangat2 letey...balik kerja sampai umah kul 9 malam! Dah lama aku tak rasa letey cam ni, sampai makan lunch pun terlajak kul 4 ptg. Macam2 problem...huhuhu

Blog ni macam dah tak terjaga...nak update aku p Cameron Highland ngan Kuala Sepetang pun tak sempat. Banyak plak gambar nak upload, terpaksa disimpan dulu. Nanti2 la aku upload. huhuh

Friday, March 23, 2012

Geram eeeeeeeee

Kalu ikut hati nak je aku amuk, tapi bila lepak2 kat luar tadi..bagi kena angin skit...biar la baran aku ni terbang di bawa angin. Tapi jauh di sudut hati kenapa mesti terjadi?

Nak je aku marah2 sebab masih terbuku di hati tapi bila pikir balik...nanti menda yang tak melarat ni jadi melarat! Tapi hati aku sakit! Tak tau nak luah macam mana. Ada blog ni pun, bukan leh ceta 100%, kang ada je nak sound aku itu ini. Kenapa manusia tak boleh baik2?

Macam mana aku nak buang buruk sangka aku ni..tapi sebagai manusia allah anugerah perasaan ini mungkin untuk kita semua berhati2. Berpada2 buruk sangka...tapi terlebih..hati kita mati...senang setan nak rasuk!

Ohh ya Allah...tak tau la cam na aku nak reda atau hilangkan terus perasaan amarah aku ni. Kenapa orang yang aku percaya tergamak tipu aku cam ni..sembunyi sesuatu rupa2nya memang ada sesuatu yang aku dah syak dah lama....dan hari ni, segalanya terbukti. Moga2 hati aku kuat sebab aku belum lagi menangis....Aku tak perlu air mata..aku perlu kekuatan. Ya Allah..tolong aku...

Thursday, March 22, 2012

Satu kisah

Afiq : Haiii awak, boleh saya lepak atas tilam awak?

Durrani : Eh mana boleh..tak muat. Awakkan debab!

Afiq : Boleh la..

Durrani : Tak boleh!

Afiq : Kan mama saya jaga awak..mama saya baik tau tolong jagakan awak.




Durrani : Hurmmm...yelah-yelah.



Afiq : Haaa muat je pun..tak la debab saya ni..




Gambar selingan:
Abang ngan adik

Tuesday, March 20, 2012

Walau baru..tetap ada masalah

Haihhh geram sesangat...ingat dah dapat notebook baru lagi syok terjah msk website itu ini...tapi dah 2 hari aku try set streamyx kat notebook baqu tu..tak buleh2. Terjah masuk minta tolong En Google, macam2 tutorial bagi. Tapi still tak buleh. Ingat dah boh Window 7 ni..lagi best, tapi nek pening pala aku belek masuk situ sini..Ada besa skit dari window besa aku guna tu. Jawabnya aku nak kena call nombor 100 gak la ni. Ini la paling aku nak elakkan. Hishhhhhhh

Lagi satu tak tenteram nak guna notebook baru, bila ON je Aqil akan menjeling pandang. Asik tanya

Aqil : Ni laptop sapa ni mama??

Penat aku elak jawab..salah aku gak sebab time dia duk kaco aku wat kerja..selalu cakap dia "nanti mama beli laptop baru kat Aqil". So, ni dah ada depan mata..maka bertanya la dia berkali2 dan aku takkan jawab 'ni laptop aqil'. Uihhh tu cari nahas namanya itu!!

Monday, March 19, 2012

Akhirnya

Akhirnya, dapat gak aku pegang ngan peluk notebook sendiri. Melayang gak 2K..Huhuhuh..

Lepas ni nak beli mesin jahit plak. Dah nampak kat 1 kedai tu...RM599. Tak sabarnyaaaaaaaaaaaaa

Thursday, March 15, 2012

Frust menonggeng

Huaaaaaaaaaaaaa tak da semangat, member baru kol td..notebook idaman kalbu ku dah abis stok. Ada pun yang mahai2. Bajet 2K ja... tak mo la mahal sangat. Huhuhu

Hampir 5 tahun aku kerja, baru sekarang aku terpikir nak beli notebook. Kat umah kadang2 duk guna la PC zaman student nuh. Bayangkan PC tu aku beli tahun 2003...Lama dah kan? Tapi tu dia la...dah 2 ketoi monitor aku tukar. CPU ok lagi...cuma rosak power supply. Len2 ok. Tahan gila PC zaman dulu kan. Tapi bab kena virus..aku rasa dah puluhan kali kena format. huhuhu.

Now, aku kena pikir secara seres untuk beli notebook sendiri...tak lama lagi nak kena pulangkan balik notebook kat opis. Huuuuuuuuu

Monday, March 12, 2012

alkisah di POPULAR

Lepas lunch siang tadi, sempat aku masuk jengguk popular kat situ..niat di hati nak rembat novel Yes Bos..last week aku tengok menimbun lagi..sekali masuk tinggal 2 bijik. haiyooo mesti best ni, apa lagi rembat je la beli.

Lepas bayar aku pun kuar la kan...sebelum sampai kat pintu kuar..pintu tu kuar bunyi "tikkkkkkkkk...tikkkkk" macam ada pencuri buku..Pastu elok aku langkah kuar dari situ guard bangsa "tu" tahan aku. Padahal aku tengok pintu tu bunyi sebelum aku kuar...ada sorang amoi borong sakan dalam 1 plastik..memang sah amoi tu punya pasal...tapi apek ni haram tak pangge. Apsal plak aku kena?

Aku : Ehhh...saya belum lagi langkah kuar pintu ni dah bunyi

Apek : tak rak..tak rak...sini saya mau check

Cam haram ja. Nak je aku kasi penampor. Buta ka tak nampak amoi yang kuar dulu tu, apsal lak aku kena. Setakat novel sebijik ingat aku tak mampu beli ka? Eee memang haram sungguh. Nampak sangat dia menaruh sah wasangka kang bangsa aku kan?

Sedih

Sedih lepas tengok TV pasal berita budak hilang tu. Polis dah jumpa mayat budak tu (Nurul Nadirah Abdullah)..manusia binatang mana la tergamak bakar budak ni. Memang babi punya perangai...tapi aku rasa babi lagi baik dari manusia ni.

Manusia2 itu, patut dibako je balik!

Aqil demam

Petang semalam...lepas tidorkan Aqil, aku main2 ngan Afiq. Dua orang ni tidur bergilir-gilir sampai aku tak leh merasa tido petang2 dah. Bila sorang tido, sorang berjaga.. HUhuhuhu. Agak sejam lebih Aqil tido, aku masuk bilik check dia..nampak dia terpisat2 nak bangun tido ngan keadaan tak bermaya.

Mama : Napa Aqil?

Aqil : Aqil tak larat aaa

Mama : Lorr..apsal?

Aku baring sebelah dia..terasa bahang panas, letak tangan kat dahi dia..PANAS!

Mama : Aqil demam ni. Jom kita pi beli ubat...tak pun kita pi jumpa doktor ja lah

Baru tingat ubat Aqil dah abis..tinggal stok ubat selesema ngan batuk ja.

Aqil : Tak mau la jumpa doktor..Aqil makan ubat lega ja la..bei ubat dah la

hamboi..pandai usul kat aku..penakut jumpa doktor. Macam la bontot tu nak kena cucuk.

Bangun siap2 pegi farmasi je. Kul 6 lebih cam tu..tetiba aku terkejut. Mat pezal dah sampai umah. Hamboiii kalu anak sakit kemain cepat dia balik, kalu aku sakit? Hurmmmm "makan la ubat" tu je ayat dia. sop sop sop..Anak dah dua kan...uwaaaaaaaa

Thursday, March 8, 2012

Tensen bila....

Bila anda mempunyai banyak kerja dan anda yakin dapat menyelesaikan dengan masa yang singkat....dan...apabila hampir selesai baru anda tersedar anda membuat kesilapan. Bukan satu...bukan dua, tapi kesemuanya. Bestkan?


Ini la yang terjadi kat aku! Senggallllllllllllllllllll

Tuesday, March 6, 2012

Hilang semangat

Syukur alhamdulillah, walau projek sebelum ni dah abis kontrak, masih ada projek yang belum habis..aku dapat join masuk projek tu. Maka ada lagi rezeki aku ngan company aku kerja ni. Tapi...teruk skit dari segi bajet..nak kena ulang alik ke komtar. Maka sakit la wet poket. Sehari je dalam rm30 ongkos nak p kerja (minyak + tol + parking). Aku tak da pilihan lain, melainkan terpaksa juga la dari tak kerja langsung. Hishh aku cuti 2 hari pun tak tau nak wat apa (tapi letey layan anak2 yang kian lasak), bayangkan kalu aku tak da kerja langsung??

Sunday, March 4, 2012

Kosong

Hurmm tak leh lena plak malam ni. Tetiba rasa tak ngantuk. Selalu time gini aku dah siap mimpi sampai Jepun dah..ni terconggok depan PC. Dah alang2 xngantuk, layan blog2 ngan pesbuk. Mat pezal plak shif malam, selalu kalu tak leh tido dia jadi mangsa...Tolonglah dodoikan (cam gampang je statement...macam la budak kecik kan?)

Anak2 dah tido, tapi Afiq tidur belum nyenyak sepenuhnya. Asik ngigau je. Kejap2 aku lari tepuk2 bontot dia..Ni ikut gen abah dia la ni..kuat ngigau. Laki aku ni, bila aku cakap dia ngigau tak caya. Aku duk tertunggu gak, kali ni kalu dia ngigau nak je aku record, tunjuk bukti. Ngigau ntah pa2 disebut. Sebut nama pempuan, siap! Kang aku tolak masuk bawah katil. huahuahua.

Kisah Aqil : J

Satu hari tu Aqil minta vitamin..Aku pun bagi la 2 bijik. Satu huruf A, satu lagi huruf J

Mama : Ni huruf apa?

Aqil : AAAAAAAAAAA ( A ja hang terer ehhh. Tunggu sat)

Mama : okes, ni plak?

Aqil : (Senggih je. Amboi tadi hebat sangat)

Mama : ni huruf J

Aqil : Ooooo

Mama : Kalu J...apa?

Aqil : (garu kepala)

Mama : Kalu J..... JAM

Aqil : Bukan lah (sambil gawang2 tangan tunjuk tanda tak setuju)

Mama : Abis tu apa?betul la J .. JAM

Aqil : Bukan la...J...JAMBANNNNNNNN.. hahha kena...kena..kena.

Kurang asam nya budak, terkena aku kali ni. Huh. Perangai sapa ni?? Macam besa la kan...gen bapak dia kuat sangat.