Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, February 29, 2012

Janganlah menjerit Aqil

Sejak 2-3hari ni aku perasan sangat, Aqil suka sungguh menjerit. Yang tak berkenan, time adik tido la dia nak wat bising2. Aku ni tau nak nek hangin ja. Bayangkan la, baru je tido Afiq 5 minit, Aqil mula jerit2...sengaja nak bagi adik bangun. Saja nak mendengki...saja cari pasal. eeeee

Ni aku dah dapat tip cam na nak atasi..aku dapat dari harian metro:


"Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu."


Aku kena tukar cara la ni..Selalu coklat aku beli kat dia time balik kerja. Tak da la beli selalu, kadang2 singgah beli roti..barang dapur ka..aku akan belikan sekali untuk dia. Kali ni, aku tak nak biasakan dia cam tu dah. Coklat hanya sebagai HADIAH. hahhaha abeh la hang Aqil, mama nak start jadi kedekut. Kalu hang baik2...baru la dapat coklat!

No comments:

Post a Comment