Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, February 24, 2012

Aqil & Afiq : Aiskrim

Pagi tadi kalut je aku nak siap2kan Afiq. Disebabkan dia dah berak awal...:P..aku bagi mandikan dia terus. Dah siap ready air suam aku dapatkan Afiq. Tengok abang dia duk sebelah sambil makan aiskrim vanilla (tu pagi2 makan aiskrim dah. Tak serik2 batul). Afiq plak duk bebel sorang2 sambil pandang je abang dia makan aiskrim.

Elok aku tunduk je nak amik Afiq...terkedu kejap. Sebab apa?


Mulut Afiq comot..tepi2 mulut ada kesan aiskrim!

AQILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ha, aku jerit terus kat Aqil.

Mama : Aqil bagi adik aiskrim ehh?

Aqil : Skit ja (cakap pelan tanpa pandang aku. Muka orang bersalah kan..mana nak berani tengok muka mama dia dah jadi cam hulk)

Eeee geramnya aku. sabar..sabar..aku pandang mulut Afiq semula..mulut dia macam duk telan sedap. Macam nak lagi je gayanya. huhuhu.

No comments:

Post a Comment