Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, February 29, 2012

"Adakah kami kamceng?" -Aqil


"Kalu mood saya baik...saya sangat2 kamceng ngan adik. Itu kalu la...kalau tak, jangan harap saya nak tido sebelah adik." kata Aqil.

Gambar Afiq terkini

Yihaaaaaaa... debabnya saya. kuikuikuiiiii



Afiq : Kuat menyemboqqqq

Okes, hari ni afiq dah cukup 5 bulan. Dah pandai apa? meniarap tak leh lagi..kalu abang dia dah buleh dah kalu usia gini. Mana nak leh meniarap..berat badan. Hahahaha.

Yang dia tau apa? Ha, meh layan video bawah ni. Sori la pada yang siapa tengah makan...sapa soh tengok kan?



"jangan tiru saya" ~Afiq

Janganlah menjerit Aqil

Sejak 2-3hari ni aku perasan sangat, Aqil suka sungguh menjerit. Yang tak berkenan, time adik tido la dia nak wat bising2. Aku ni tau nak nek hangin ja. Bayangkan la, baru je tido Afiq 5 minit, Aqil mula jerit2...sengaja nak bagi adik bangun. Saja nak mendengki...saja cari pasal. eeeee

Ni aku dah dapat tip cam na nak atasi..aku dapat dari harian metro:


"Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu."


Aku kena tukar cara la ni..Selalu coklat aku beli kat dia time balik kerja. Tak da la beli selalu, kadang2 singgah beli roti..barang dapur ka..aku akan belikan sekali untuk dia. Kali ni, aku tak nak biasakan dia cam tu dah. Coklat hanya sebagai HADIAH. hahhaha abeh la hang Aqil, mama nak start jadi kedekut. Kalu hang baik2...baru la dapat coklat!

Tuesday, February 28, 2012

Afiq 5 bulan

Tadi bawa Afiq gi timbang. Wah beratnya 7.4kilo dah. Patut la tak larat nak dukung. Huhuhu. Yang best pegi klinik tak bawa Aqil. Rasakan. Satu hukuman. Kenapa?

Masa nak kuar gi klinik aku tengok kat rak kasut..abis ada titik susu. Aqil tuang susu kat kasut2 sume..pastu pandang plak keta pak usop..ada cam titik air ujan...tapi kaler putih. Air pa lagi melainkan susu Aqil. Hang siap Aqil! Terus ngadu kat Mat Pezal..apa lagi kena la sembur ngan abah dia. Abah dia marah2 pastu dia lari masuk dalam umah...terus cepat2 kami masuk keta dan

BYE-BYE AQILLLLLLLLLLLLLLLLL


HAHHAHAHHAHA...nampak dia melalak depan pintu umah. Ha, buat pangai agi. Sila duk diam2 ngan mak tok tersayang. :P

Friday, February 24, 2012

Aqil & Afiq : Aiskrim

Pagi tadi kalut je aku nak siap2kan Afiq. Disebabkan dia dah berak awal...:P..aku bagi mandikan dia terus. Dah siap ready air suam aku dapatkan Afiq. Tengok abang dia duk sebelah sambil makan aiskrim vanilla (tu pagi2 makan aiskrim dah. Tak serik2 batul). Afiq plak duk bebel sorang2 sambil pandang je abang dia makan aiskrim.

Elok aku tunduk je nak amik Afiq...terkedu kejap. Sebab apa?


Mulut Afiq comot..tepi2 mulut ada kesan aiskrim!

AQILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ha, aku jerit terus kat Aqil.

Mama : Aqil bagi adik aiskrim ehh?

Aqil : Skit ja (cakap pelan tanpa pandang aku. Muka orang bersalah kan..mana nak berani tengok muka mama dia dah jadi cam hulk)

Eeee geramnya aku. sabar..sabar..aku pandang mulut Afiq semula..mulut dia macam duk telan sedap. Macam nak lagi je gayanya. huhuhu.

Thursday, February 23, 2012

Bagai tongkang pecah

Serabut tul tengok opis..sian kawan2 opis laki duk sibuk packing segala bagai. Sabtu ni mau clear opis, segala2 perlu dihantar balik ke Shah Alam. Tak da opis la lepas ni. Kena duk kat komtar la jawabnya. Oh tidak.....mampus nak kena ulang alik pi komtar.

Monday, February 20, 2012

9 hari lagi

Alahai....tinggal 9 hari lagi ni aku digelar wanita bekerja. Lepas ni duk ceruk dapoq pakai kurung kedah, kain batik n bersanggul satu. Huuuuuuuuu. Cam makcik2 je kan. Haiyoooo.. Resume dah banyak la juga aku emel, seketul pun tak da respon. Nampak sangat tak layak! Kerja dah dekat 5 tahun pun orang tak nak. Dushhhhhhh!

Setakat ni aku dah plan skit2 nak wat apa. Hope apa yang di plan menjadi lah. Aku sendiri pun rasa tak betah kalu duk umah je.... tak leh la kalu tak pegang wet sendiri. Boleh je minta wet kat Mat pezal, tapi nanti dia soal macam2. Almaklum la...aku ni kadang2 boros kemain..:P


Esok ngan lusa ada misi nak round site. Nak abiskan sisa2 kerja yang tinggal. Lepas ni rindukan site la jawabnya. Huhuhuuuuuu...

Thursday, February 16, 2012

Aqil ikut mama

Pagi tadi Aqil asik kaco mak tok dia ja....bunyi bising sampai dalam bilik aku. Geram tul aku. Last2 aku siap2kan dia bawa mai opis mengenangkan Mak Timah pun tak berapa nak sihat. Asyik ulang alik masuk jamban je...kang mak timah masuk jamban, kaco plak adik tido. Bukan boleh diharap sangat dia ni.

Ni dah dekat kul 12 tgh hari dia nampak okey je. Penat kawan2 aku layan dia. Mulut pok pek pok pek...aku letih dah layan dia. Siap ugut dia, kalu bising aku kurung dia dalam stor. :P

Tuesday, February 14, 2012

@ Batu Feringgi

Ni sempena cuti baru2 ni..aku tingin nak makan pasemboq padang kota. Dah awal lagi pegi lepak pantai dulu. Balik baru singgah makan. Manusia punya ramai sampai meja berkongsi ngan orang. Nak beli makan beratur panjang...dah sampai kena gak la gigih tunggu. Tak snap pun pic sebab suasana serabut yang amat...hilang selera nak snap2.



Wif Abah gebu :P


tak larat dukung debab ni haaa...


Abang tak abis mengacau adiknya.









Okey dah. Malas nak ceta banyak2.

Senyuman Afiq

Senyuman Afiq..ni masa odw gi kenduri umah kawan Pak Usop kat SP. Aku nak abadikan kat sini sebagai kenang2an. Suka bila tengok Afiq gelak mengkehkeh.







Sambil gelak, sempat lagi isap jari. :)


Ni time tido..geram tengok berketul2.

Friday, February 10, 2012

Apam Kemek

Masa cuti 4 hari tu bosan tak tau nak buat apa. Mat pezal plak kerja..so saja cuba buat Apam. Dah lama aku beli bahan2 nak buat tapi tak sempat je..yelah hero dua orang tu ada je ragam tersendiri. Ha tengok....nampak cun je lepas aku isi tepung dalam cup comey ni



Occay lepas kukus selama 15 minit...hasilnya jeng jeng jeng jenggggggggggggg

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v



TARAAAAAAAAAAAAAA...JADI DAH. APAM PA NI?


INI LA APAM KEMEK!!! hangin giler aku..semangat berkobar2..,dah siap tak jadi plak. Berdebar2 aku tunggu mat pezal rasa. Masa dia buka tudung saji, aku nampak dia senggeh len macam. Elehhh laki aku nak ngata aku la tu.

Mama : Amacam? Jangan komen lebih2 aaaa...nanti tak mo wat apa2 kuih dah.

Abah : Hurmmmm walau tak berapa nak jadi..rasa still sedap ni..ok-ok

Dia senyum2...tak per- tak per...tau dalam hati you tu...kutuk i kaw2 kan.

Mama : Alahhh abang saja nak amik hati ni kan...

Abah : Eh ok lahhh... Rasa okey ni. Tak pe...cuba lagi. Buat sekali belum tentu jadi, wat banyak kali nanti pandai lah. Jangan putus asa!

Fuhh sejuk hati mendengar kata-kata Chef Faizal. Aku rasa plak...hurm ok sedap. Ni buka kes nek lif tekan sendiri..memang rasa ok. Aku rasa apam ni kemek sebab aku tak cukup masa pukul telur ngan gula sampai kembang ngan gebu. Buat pun kelam kabut. Kejap2 Afiq tiyak..kejap Aqil minta air la..nenen dia la..cari bantal busuk dia la...dugaan tul nak jadi terer. huhuh

Hurmm nasib baik la dapat laki macam mat pezal ni..kalu aku dapat laki baran sahih dia baling apam aku ni kat dinding pastu jerit2 "macam ni you masak..kucing pun blum tentu makan!" Ahakssss.

Kena tegur ngan Aqil. Sedas terkena...

Semalam sedang aku sibok tidurkan Afiq, Aqil mai sebelah aku.

Aqil : Mamaaa...tengok tangan Aqil ni...buang la sat.

Dia tunjuk jari telunjuk dia...hujung jari hantu dia macam terkoyak skit.

Mama : Alaaa skit sangat, kang mama kepit buang...berdarah plak (aku pandang sekilas lalu ja)

Aqil : Alahhh dak lah..buang la sat

Mama : Tak boleh sat lagi berdarah, nak makan nasi cam na?

Aku terus ndoikan Afiq.

Aqil : Ishh mama ni...makan nasi tangan ni la. Bukan makan ngan tangan ni! Ni tangan ke'ey la

Aku baru pasan dia tunjuk tadi tangan kiri. Adesss...dah kena tegur ngan anak sendiri. Kalu ada mat pezal ni...sahih aku kena kaw2 kutuk. fuh selamat2..

Thursday, February 9, 2012

Rezeki sampai sini saja

Hurmmm dah tak da mood aku nak ngadap PC hari2. Sume gara2 next month aku akan "gantung lappy" ~ tak da kerja dah. Duk survey kerja...banyak nak yang aku tak da. Aku ni kerja dekat 5 tahun dalam bidang IT, tapi rupa2nya banyak lagi yang aku tak explore. Haihhh tul la..belajar ni sampai bila pun tak habis.

Aku sian kat mat pezal, kalu aku tak kerja..dia lagi kena kerja keras. Mana nak bayar keta, rumah, bil itu ini, belanja anak2..belanja kuarga...Aduhhh bila hitung2 balik gaji dia...ntah ada wet simpan ke idak. Macam takkan ada wet simpan kalu dia kena tampung sume tu. Zaman sekarang ni, dah tak releven laki tanggung sorang..masing2 kena kerja. Lain la kan kalu laki kita tu CEO.

Tiap malam aku pandang muka anak2...dalam hati sedey sangat sebab lepas ni kami berdua dapat membahagiakan Aqil dan Afiq ke idak. Yelah..selama ni gaji yang aku dapat bulan2 ni diguna untuk anak2..bawa jalan sana sini. Lepas ni dah kena kurang aktiviti jejalan tu. Ntah2 3-4 bulan baru sekali leh jejalan. Sedeynyaaaa.. T_T