Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, January 9, 2012

Beris Lake Vineyard

Sabtu lepas boring duk umah..mat pezal pun cuti gak..maka zasssssss wat plan...Gi melawat Ina-Mat Cet dalam berpantang. Sian Ina, kematian anak tapi aku tengok dia tabah betul. Yelah kan takkan nak nangis siang malam. Mana nak tau lepas ni sekali beranak dapat kembar berderet-deret.

Tak banyak aku tanya pasal dia bersalin tu...sembang pun bab kawan-kawan len. Aku nampak dia tak da la sensitif tapi dalam hati orang siapa la tahu. Aku cuba letak diri aku dalam diri dia..mesti sedeykan. Berpantang..tapi anak tak da. huhu


Lepas gi melawat dia kami cakap nak pegi ladang anggur. Sian si Aqil asik ajak pi helen-helen (Cameron Highland). Ladang anggur tu pun ala-ala CH gak la kan. Hihihi cuma tak sejuk je. Masa kat umah bertam sebelum kuar sempat Aqil tanya "takmo bawa baju sejuk?" Aku rasa nak nangis je sebab tipu dia. Jauh la Aqil..plak tu tak sempat nak book hotel..ngan Afiq agi...tokleh la aku nak men redah pi helen-helen dia tu.

Okes...ni ha gambar2 kat sana. Bagi aku tempat tu sangat la menarik. Tenang..aman damai. Nak pegi situ exit tol gurun ..then amik kanan...terus je..amik masa lebih kurang sejam. Jauh gak kan?

Ina cakap awal-awal dulu masuk free je. Lepas tu nek singgit..singgit...sekarang dah jadi rm4 haa...

Ni pintu masuk. Sapa yang tinggi-tinggi nasib la kena jalan macam nenek bongkok tiga. ekekke


Gambar ni tangkap masa nak balik dah..masa awal masuk ramai makcik-makcik duk posing depan ni..

Banyak ikan dalam tu. Tak pasti ikan apa. Aku kenal ikan kembong ja. hehehee. Sebelum balik Aqil minta wet syiling kat abah dia. Abah dia tanya nak buat apa..dia jawab "Nak boh lam tabung ikan"..Maksudnya nak baling dalam kolam tu ler. Terpengaruh ngan kolam rama-rama ikan kat CH. Asal je ada kolam..ada je syiling.



Susah nak snap pic Aqil..ini je la yang terbaik...huhu


Sepanjang dalam ladang ni, Mat pezal je dukung Afiq. Aku tak larat..dukung pun bila nak snap pic ngan Afiq.



Tu haaa nampak tak?? Jangan duk gatai petik.



Sungguh banyak anggurnya..rasa cam nak lompat2 telan makan.



Afiq ni cam tak da perasaan. Mujur tak banyak karenah. Occay je dia.


Permandangan kat luar. Hujung ladang ni ada restoran ngadap tasik tapi tak sempat nak pegi sebab Afiq dah buat perangai nak tido.


okes, tu je...

No comments:

Post a Comment