Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Aqil : Dah pandai tension

Ahad hari tu, Kenakalan Aqil di tahap menguji kesabaran. Ada je nak buat aku marah-marah. Sakit hati tul tapi bila pikir anak kecik agi...jerit-jerit je la plus cubit skit-skit. ekekkeke

Mama : Aqil...jangan la main barang tu.kang pecah

Aqil : (Diam. Lepas tu main barang len plak.)

Mama : Aqil...jangan la main yang tuuuuu

Aqil : ishhh mama ni... ( dia kaco barang len plak)


Mama : Yang tu pun tak leh. nanti rosak!

Aqil : eeeeeeeeeeeeeee (dah nampak muka dia geram)

Mama : Ha...jangan duk kaco adik plak.

Aqil : eeee mama ni...ensian Aqil! (memberontak tuh)

Mama : ensian? ensian tu apa?

Aqil : ensian la..

Mama : hurmmm tension kot?

Aqil : haaaa ension aqil.


Kakakkakakakak...sabar la anakku dapat mama yang macam ni sampai nek tension ehhhh? Ekekkekekeke

Friday, January 27, 2012

Ceta budak debab

Hishh geram plak aku sepupu sepapat..mak2 sedara aku pangge Afiq macam2. Tau pangge apa?

DEBAB


GEMOKKKKKKK


UBI KEMILI (sebab lengannya berketul2)


ada satu lagi yang buat aku rasa nak nek hangin

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


AYAM DAGING.



Sedap ehh pangge anak aku ayam? abes aku ni mak ayam??? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Meh saksikan Afiq posing.









Makan penumbuk tuh...huhu



Kalu tido asik nak nek ndoi je. Nak goyang ndoi ni amik masa setengah jam..tapi tido 15 minit je. hukhukhuk...

Thursday, January 26, 2012

Lama menyepi

Cuti raya cina sungguh aku ni. Selama 5 hari tak sentuh lappy. Bukan tak rindu tapi kesibukan sebagai bini ngan mak orang terpaksa melupakan kejap.

Cuti tak pegi mana2 la sangat. Ronda Queensbay, lepak kat RnR pantai bersih dan semalam lepak kat mengkuang dem. Gambar ada malas nak tempek.

Esok jumaat macam best je dapat shopping baju afiq. Rest panjangkan esok...huhu TAPI wet tak da plak. Ada cukup untuk makan ngan minyak keta je. Jenis aku, kalau wet simpan...tak yah la cucuk aku soh ambik kat bank. Nama pun wet simpan kan..WAJIB simpan. Kad ATM aku pun tak transfer jadi debit...takut suka hati je kang aku berbelanja. Kerja aku ni tak tau la bila berakhir. Bos cakap tunggu sampai bulan 3, maknanya kalu bulan april tak dapat feedback dari putrajaya...gulung tikar la aku. Aku percaya, rezeki anak2 masih ada. Tak da di company sekarang...mungkin kat tempat lain...

Tuesday, January 17, 2012

LEGA!!!

Alhamdulillah akhirnya ada gak kerja setelah awal bulan hari tu asik lepak opis je. NI buat SI ANON tu...aku bukan saja-saja duk saja kat opis..dah tak da keja tahu!!! Jadi.., tang mana mai wet haram seperti dakwaan hang tuh.?? Pandai2 soh aku tobat segala. Senggal nak mamposss

Betul la kata penulis Fauziah Ashari (setia menanti)..hidup ni tak seronok kalu tak da masalah. Aku setuju sangat-sangat.

Monday, January 16, 2012

Catatan : Aqil 3 tahun


~ Dah pandai cakap berbalas-balas. ~ Dah pandai perli mama

cth : Bila aku on PC dia tengok dan berkata "mama ni...ebuk-ebuk.." kakkaka. Ni ayat dia copy dari abah dia. Abah dia pun kuat pesbuk..nak ngata mama.

~ Dah pandai kenakan abah

cth : "baby mama dah kuar kan..baby abah tak kuaq-kuaq agi pun..." kakkaka..Aqil, jangan letak harapan perut abah akan kempis balik..ekekke

~ Dah mula sayang adik Afiq. Dah pandai jadi peranan sorang abang. Gud Aqil

~ Hurmm ni tak suka...berak dalam pampes agi!


~ Dah ramai kenal nama-nama sedara


~ Dah pandai ajak abah jalan-jalan. Tima kasih..asalkan abah cuti je...kita mesti kuar jalan-jalan..hatta pi gaint pun...Tapi kali rasanya Aqil takut nak p gaint dah kot..

Aqil : mama...aqil tak mo pi gaint dah..ada singa..Aqil takut...Aqil tiyakkk..Abah pun akut...

Hahahhaha...mat pezal ceta, masa dia bawa aqil beli barang2 ada tarian naga depan gaint..Kecut aqil tengok cina naga tu lompat sana sini.. Tak pa Aqil..kali ni kita "lepak" tesco je. ehheheh

~ Dah pandai buli mak uda. Aqil ni selalu aku ajak ke sana ke sini..tapi maaf mama tak dapat tunaikan.

Mama : Tak boleh Aqil...abah kerja...sapa nak jaga Afiq
Aqil : Laa....mak uda ada..mak uda la jaga...
Mak Uda : Apadia?? banyak cantik!


hahhahahha

~ Dah pandai ngorat .. :p Jangan jadi playboy besaq nanti

cth : hari tu masa kuar nak lepak kat pantai merdeka..on da way tu selisih awek dua orang nek skuter

Aqil : Abah-abah..tu awekkkkk...
Mama : Apa dia Aqil? Pandai la dia tuh!

Aqil : lahhh biaq pi aaa


Hamboi..marahkan kita balik. Tak padan ngan kecik. Abah yang ajar la ni...huhuh

~ Dah pandai pakai baju + suar sendiri.

Apa lagi aaa cam banyak je.. nanti mama update lagi..:)

Wednesday, January 11, 2012

Buku Aqil : Smart brain

Disebabkan Aqil belum diterima masuk taska, aku kena la jadi 'cikgu' kat umah. Baru-baru ni singgah popular, belek2 nampak buku ni haaa...Sangat menarik. SMART BRAIN. Harga sebijik rm19.90. Aku dapat diskaun rm1.99 kalu tak silap.


Kaler maler buku ni. Suka Aqil bila aku kasi buku ni kat dia. Terus ajak baca. Tapi buku ni bukan untuk dibaca..tapi penuh aktiviti. Meh sini nak ajar..

Dalamnya macam ni. ce tengok gambar kotak, segitiga atas tu...then kat bawah tu cari la gambar yang sama gambar kat atas. Contoh seperti dibawah

Ha....cam ni la..jenuh gak nak selak sekeping-keping cari gambar yang sama. Hehehhehe.



Buku ni sume ada 9 buah..tapi aku beli 2 buah je dulu. Biar Aqil abis explore dua buku tu..nanti aku topup lagi. :)


Untuk anak mama Muhammad Aqil Darwish ...selamat belajar.

Tuesday, January 10, 2012

Buku : 1 hari 1 resepi



Sebelum ni asik duk beli novel ja kan..kali ni aku sambar buku ni. Elok sangat aku beli buku ni...masa pun tak terer2 agi. Asik ulang masak menda yang sama ja..kang laki lari..hukhukhuk...

Ahad hari tu ada aku masak amik dalam buku ni..bila tanya mat pezal okes ke tak..dia balas ngan senyuman dan angguk. YES! dok sia-sia. Harga buku ni rm39.90...ingat jadi member popular dapat la la diskaun..tapi TAK ADA yer. tak pa la..demi ilmu masakan...rembat je lah.


P/s : resepi dalam buku ni tak da yang mengarut...sebelum ni kalu tengok buku resepi bahan masak..susah gila nak cari..aku bab cari-cari ni..jawabnya tak berasap la dapoq umah..:P

Monday, January 9, 2012

Beris Lake Vineyard

Sabtu lepas boring duk umah..mat pezal pun cuti gak..maka zasssssss wat plan...Gi melawat Ina-Mat Cet dalam berpantang. Sian Ina, kematian anak tapi aku tengok dia tabah betul. Yelah kan takkan nak nangis siang malam. Mana nak tau lepas ni sekali beranak dapat kembar berderet-deret.

Tak banyak aku tanya pasal dia bersalin tu...sembang pun bab kawan-kawan len. Aku nampak dia tak da la sensitif tapi dalam hati orang siapa la tahu. Aku cuba letak diri aku dalam diri dia..mesti sedeykan. Berpantang..tapi anak tak da. huhu


Lepas gi melawat dia kami cakap nak pegi ladang anggur. Sian si Aqil asik ajak pi helen-helen (Cameron Highland). Ladang anggur tu pun ala-ala CH gak la kan. Hihihi cuma tak sejuk je. Masa kat umah bertam sebelum kuar sempat Aqil tanya "takmo bawa baju sejuk?" Aku rasa nak nangis je sebab tipu dia. Jauh la Aqil..plak tu tak sempat nak book hotel..ngan Afiq agi...tokleh la aku nak men redah pi helen-helen dia tu.

Okes...ni ha gambar2 kat sana. Bagi aku tempat tu sangat la menarik. Tenang..aman damai. Nak pegi situ exit tol gurun ..then amik kanan...terus je..amik masa lebih kurang sejam. Jauh gak kan?

Ina cakap awal-awal dulu masuk free je. Lepas tu nek singgit..singgit...sekarang dah jadi rm4 haa...

Ni pintu masuk. Sapa yang tinggi-tinggi nasib la kena jalan macam nenek bongkok tiga. ekekke


Gambar ni tangkap masa nak balik dah..masa awal masuk ramai makcik-makcik duk posing depan ni..

Banyak ikan dalam tu. Tak pasti ikan apa. Aku kenal ikan kembong ja. hehehee. Sebelum balik Aqil minta wet syiling kat abah dia. Abah dia tanya nak buat apa..dia jawab "Nak boh lam tabung ikan"..Maksudnya nak baling dalam kolam tu ler. Terpengaruh ngan kolam rama-rama ikan kat CH. Asal je ada kolam..ada je syiling.



Susah nak snap pic Aqil..ini je la yang terbaik...huhu


Sepanjang dalam ladang ni, Mat pezal je dukung Afiq. Aku tak larat..dukung pun bila nak snap pic ngan Afiq.



Tu haaa nampak tak?? Jangan duk gatai petik.



Sungguh banyak anggurnya..rasa cam nak lompat2 telan makan.



Afiq ni cam tak da perasaan. Mujur tak banyak karenah. Occay je dia.


Permandangan kat luar. Hujung ladang ni ada restoran ngadap tasik tapi tak sempat nak pegi sebab Afiq dah buat perangai nak tido.


okes, tu je...

Malas

Rasa dah malas nak berblog la ni lepas hamba Allah sorang tu serang aku. Tak penah aku kaco hidup orang...orang kaco hidup aku. Dengki tang mana pun tak tau. Biar la aku block kejap blog ni dari tatapan orang. Tak terjangka aku ada orang baca blog sepi ni.

Niat di hati blog ni disimpan sebagai catatan harian aku...dan simpan gambar2 peristiwa dalam hidup aku dan kuarga.

Thursday, January 5, 2012

Happy Anniversary

Abang,

Happy anniversary yang keempat.
Alhamdullillah hasil kasih sayang kita...Allah SWT hadiahkan kita Afiq dan Aqil..:)
Maap andai diri ni masih belum sempurna menjadi isteri yang abang impikan.


Abang,
Moga kasih abang pada diri ini terus mekar sampai bila-bila hatta kulit-kulit ni dah berkedut beribu.
Lagi penting abang, semoga kita menjadi suami isteri dunia akhirat.




Dari:
Yang menyintaimu

Qeja melangut hari-hari

Minggu ni lepak opis je. BEST, BEST, BESTTTTTTTTT sesangat. Haman gila! Kalu tak serabut gila ngan user yang bermacam-macam songgeh. Tapi walau macam-macam songgeh aku tetap sayang user aku. Ekekkekek.

Dah dua hari berturut2 keja shopping belakang opis ni. Nasib baik ada Sunway Mall je..kalu ada bermacam-macam mall jenuh gak nak menapak round sume. Macam jadi kewajipan plak. yelahhh dah tak da keja...maka jom kerjakan wet gaji yang ada. Tengah bulan melanggut tengok poket kosong plak...huhuhu

Hari ni plak nak p sunway agi sebab adik aku yang masih dalam pantang tinggin nak makan muffin kenny rogers plak. Kang tak beli meroyan.. mampus aku. Hakhakhakkkk

Wednesday, January 4, 2012

Happy besday Aqil : 3 years


Suka benar aqil tengok kek dia. Apatah lagi aku tempah kek tema angry bird.Kek tu plak letak bird berekor...syok je dia cabut sekor2 makan...kek nya skit pun xjamah. Dia syok potong2 je.

Amacam, lawo tak kek ni? Rm 45 jerr. Perisa coklat.

Mudahnya....puiii

Tengah berpesbuk..muncul hamba Allah sorang ni menegur kat chat


hai salam...sory klu gangu.....berminat nk joint bisnes infinity downline, sila pm inbox saya..hanya dftr rm100, dh blh buat duit semur idup...tidk perlu jual brg, tidk perlu jumpa org, ini bukan sistem MLM....hanya duduk dpn FB, dh blh jana pendptn yg lumayan.....jika tidak berminat, sila abaikan.....tq


Eeeee tolonglah..nak kaya bukan macam ni. .Dapat duit hanya ngandap pesbuk...???ehhh nak muntah aku seyyy. Tolong la cari rezeki ngan tulang pat kerat bukan gini. Minah ni kan..selalu tayang wet dalam pesbuk dia. Aku bukan dengki..tapi tak boleh la terima cari duit guna cara ni.


TUIIII....TUI....TUIIIIIIIIIIIIIII