Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, December 12, 2012

Digelak Aqil

Ada satu hari tu tinggal kami bertiga di rumah Tok timah. Tok timah gi umah kenduri. Masa ralit tengok TV ada satu moto ponnn...pon...pon...Maka aku jengguk la ikut tingkap. Aqil pun menyibuk sekali

Mat Motor : kak...acar limau...

Ye..orang tu jual acar limau..aku cakap taknak. Kalu aku tingin pun aku tak berani buka pintu...sebabb muka dia langsung aku tak kenal. Manusia lani kan ramai dah gila dan kejam. Hishh takut aku. Lepas mamat tu berlalu pergi.,. Aqil. gelak kuat. Heran aku

Mama : Apsal gelak ni?

Aqil : Hahhaha orang tu pangge mama KAK LIMAU. Pangge la Kak LIAA... ahhahahha

MasyAllah budak ni..salah faham plak dia

Mama : Lohh orang tu tanya mama..nak dak acar limau

Aqil : Bukan la...Aqil dengar orang tu pangge kak limau...hahhaha

Aduhhh Aqil bantai gelakkan aku sungguh. Nak ja sekeh tapi dalam hati aku tergelak gak. Apa la Aqil ni. Lurus! Budak2 kan... hmmmm :)

Wednesday, November 28, 2012

Malas

Jarang gila la ni aku update blok. Ekceli banyak sangat yang berlaku dan banyak peristiwa sepatutnya aku catatkan kat sini. Tak da yang menarik sangat...banyak perkembangan Aqil n Afiq. Tapi tu la..asal nak update ada je keja len nak buat. Kalu malam lagi la dok sempat. Sejak dua mejak ni asik balik umah sampai malam. Sampai dekat2 penghujung mangrib. Letey usah cakap la harung jem stoberi kat bridge PP tu. Masyallah...sampai sakit badan..lengguh kaki tak dapat bayangkan. Huhuh tapi apa boleh buat..ni ja rezeki keluarga kami.Demi kesenangan anak2. Boleh je kalu Mat pezal keja sorang...cukup je dia sara kami anak beranak...tapi orang macam aku ni..ohh tak boleh. Sia2 je aku study ... sampai berhutang PTPTN tu. Aku rasa kalu tak da hutang tu...rela je aku duk umah. Syok ooo berkepit ngan anak2. :) Berkepit ngan abah anak2 lagi la syok!! Ekkeke

Ni duk komtar lagi. Tunggu kawan abis saki baki problem untuk hari ni. Haihh mujur la tumpang bos hari ni. Selamat2. :)

Sunday, November 18, 2012

IShh mulut Aqil

Pagi tadi bawa Aqil gi umah tok jang dia ada majlis cukur rambut. Kecil2an je. Sibuk juga la Aqil tengok itu ini dalam umah tok jang dia. Pastu dia minta bahulu tengok sorang makcik tu makan. Tok Jang dia pun kasi sebijik. Aqil bangun menuju ke kusyen. Lepas tu terus duduk

Aqil : Ishhh kerasnya ni..mesti beli hat tak elok (kata aqil sambil tepuk kusyen)


Kurang asammmmmmmm....boleh dia komen kusyen Tok Jang dia tuh! Apa lagi kena la bebel ngan Tok Jang dia. Harharhar,..

Note: Benar la kata orang..budak2 tak pandai menipu. Apa dia rasa dia luahkan. Tapi tang dia kata "mesti beli hat tak elok" tu...muskil gak aku. Accaner dia pikir sampai ke situ? Aku tak ajar aaaaa

Wednesday, October 31, 2012

Pics : Carnival SP

Alahai aku dah rotate...terbalik gak gambar ni. Menci aku ....apsal aihhh jadi gini. Amy kalu hang tau nanti roger aku :P
 
 



Kegembiraan ...keriangan

Kalah anak

Budak mandi kolah
Banyak lagi gambar tapi aku malas nak tempek. K, nk tido gud nite

Afiq : Mandi manda

video

Aduyai....kemain suka Afiq di bawa berendam kat Carnivall SP. Ini kali kedua bagi Aqil pi sana..1st time bagi Afiq. Nampak je air ngelupor nak celup kaki dalam ayaq. Aqil plak cam besa...kejap je dia terjun masuk dalam ayaq. Huhuhu

Napa aku bawa budak2 ni gi mandi situ. Alkisahnya begini. Ada satu petang tu aku baru balik dari kerja...tetiba Tok Usop cakap " Ni tengok2an la Aqil ni..tadi abah nak masuk amik air sembahyang dengar bunyi macam2 dalam bilik ayaq. Tengok2 aqil duk berendam dalam kolah" Uwaaaaaaaaaaaaaaa dah la balik letih2 pastu dengar gitu terus jadi lagi letih. Nak marah pun jadi tak larat dah. Bukan nak marah pasal dia masuk kolah tapi aku nak marah sebab takut jadi pa2 kat dia. Kolah tu kan licin. Sudahnya tak da sapa mandi ayaq kolah tu..tok timah buat air basuh kain. Berkali2 gak aku tanya Aqil

Mama : Awat la Aqil masuk dalam kolah...nanti jatuh lemas ..masuk hospital nak ka??

Aqil : (diam)

Mama : Pasai pa masuk kolah Aqil??

Aqil : Dah mama abah tak bawa Aqil mandi air terjun

Hamboiiiiiiiiiiiiiiii pandai ehhh menjawab. Saja nak cari salah mama abah. Tak da janji pun. Pastu dia wat muka kesian. Dalam diam aku janji dalam hati nak bawa Aqil mandi situ. Alhamdulillah Allah bagi masa terluang hari tu untuk aku laksanakan. Syukur.











Tuesday, October 30, 2012

Macam-macam Aqil



Hurm lagi 2 bulan Aqil nak genap umur 4 tahun...kejap je anak mama dah besaq. Lani makin besaq...makin besaq akai dia. Macam2 la. Antaranya seperti di atas. Aku malas nak story balik sini..so nak senang capture sudah. Hope nanti Aqil dah pandai baca leh tunjuk kat dia. :)

Ada lagi satu aku rasa tak kan boleh lupa. Ada satu hari tu...aku balik dari keja ngan letih2 bercakap sorang diri (Aqil ikut bontot aku kat belakang. Masa aku duk pok pek pok pek sorang Aqil duk landing atas katil)

Mama : Ishhh hari ni berapa hari bulan aaa (cakap sorang...walau tau aqil ada dalam bilik sama)

Tetiba Aqil menyampuk sambil bibir gonggong botol susu ngan sebelah tangan pegang bantal busuk dia.

Aqil : Hari ni 23 hari ulan...hari selasa

Terkedu kejap aku. Macam betul je..terus aku kuarkan hepon dari handbeg aku. Rasa nak terlompat aku. Haaa memang betul pun! Malu gue, aqil lebih terer dari mama dia! Hahhahahahh Terus aku sms mat pezal tanya ada dia ingatkan date ngan hari ke kat Aqil. Laki aku cakap "tak...lagipun Aqil memang terer kan?" Huhhhh yelah tuuuu

So, aku assume kan kot tok timah la kot duk baca kalendar...dia dengar. Pastu dia pun save dalam pala otak dia. Bagus Aqil!

Tapi kan Aqil...satu je mama tak berkenan sangat ngan perangai Aqil ni. Tiada rasa sabar. Kalu nak susu alahai tak leh tunggu kejap. Pada dia kalu nak..la-la tu gak mau dapat. Kalu kita duk sebut "sat....sat...sat lagi mama bancuh" haaa kalu kata gini memang dia duk melompat2 macam cina nari tarian naga tu. Haihh nek geram aku! Takat ni nasib baik aku tak bertukar jadi naga!


Tuesday, October 9, 2012

Besday Afiq

Uihhh dah lama terbiar blog ni. Seres busy sejak kembali kerja. Sampai umah pun kadang2 mangrib atas jalan lagi. Sampai umah terus layan anak2 walau bdan bau masam. Afiq lagi la...nampak muka mama dia ni...siap jerit "nenennnnnnnnnnnn..nenennnnn" ha tau tak tu apa tu nenen? Tak tau? Malas aku nak bagi tau. Cari sendiri. :P

Frust ni sebab pics besday afiq banyak ilang. Eh bukan ilang...tapi di sabotaj. Aqil la..abis delete folder pics adik. Sekarang yang tinggal hanya dalam hepon aku ja. Skit sangat. Sian Afiq...dah la wat majlis kecil-kecilan...abang plak sabotaj! Eeee geram aku.

Ini kek aku beli ada tanda harga rm38. Sekali bayar orang tu cakap rm58. Bodoh! tertipu aku.

Afiq tak teruja..aku yang lebih2...macam aku punya kek.


Wif Tok Sodah


Hishhh aku dah rotate pun jadi gini apa pasal aaahhh? Eh tak kosa aku nak belek lagi...sila rotate pala anda sendiri.

Friday, September 28, 2012

Tak tahu nak plan hapee

Wahhhhhhhhhh Afiq dan nak setahun!!! ahad ni cukup la setahun Afiq. Tapi yang sedihnya aku tak da bajet nak wat majlis Afiq. Ohhh sungguh sedih! Tak macam aqil dulu siap tempah satey segala macam lah. Tiba tang afiq, mama tak da modal plak. Mat pezal pun sama...kilang dia pun macam skit lagi mau bankrup. Asik bagi cuti je..mana mau masyuk poket.

Plan takat hari ni macam beli kek sebijik ngan kendurikan KFC dah la kot. Wat kecik2 dah. Alosss sian Afiq! Sori sayang..sop sop sop...Abang dulu siap dapat hadiah macam2 sebab mama jemput kawan2 mama. Kawan mama kan kaya2 harharharr takkan nak mai majlis tangan kosong...:P

Ingat nak beli la mainan kasi hadiah kat Afiq...tapi pikir balik...comfirm hadiah tu abang yang rembat punya lah! Hishhhh nak wat lagu mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Hadiah mainan tak dapat...tapi mama ada hadiah lagi satu untuk Afiq. Kejam skit hadiah ni sebab hari isnin mama nak bawa Afiq gi klinik. Situ ada hadiah..tadahkan paha je...nanti nurse kasi. Jangan demam sudah...:P

Thursday, September 20, 2012

Soalan untuk Aqil

Ada beberapa hari lepas bergolek2 tiga beranak atas katil...aku terfikir nak tanya Aqil satu soklan.

Mama : Aqil....nak tak adik lagi? 

Ntah tetiba aku tingin nak tanya. Padahal takut gak kalu ter ter ter kuar sorang lagi. Memang anak tu pembawa rezeki..tapi kalu boleh aku nak Afiq dapat perhatian secukupnya. Biar dia manja secukup2nya...sebelum nak bagi dia jd abang.

Aqil : Ni ada adik dah.

Mama : Cam ni...aqil ada adik dua la nanti. Satu adik Afiq...pastu ada lagi satu baby kecik dalam perut mama ni....Nanti perut mama besaq....aqil dapat la adik sorang lagi. Jadi la duaaaaaaaa

Okes lepas tu Aqil cepat angkat tangan sambil goyang

Aqil : ooo Aqil tak mau laaaaaaaa

Masa ni aku nak tergelak gila sebab nampak dia adalah sangat2 serius! Hahhahha

Mama : Apsal lak tak mau...mau laa

Aqil : tak mau la....mama tau tak..letih jaga adik!

Terus la aku gelak puas atas katil tu. Poyo gila jawapan. Bila masa Aqil jaga adik????? Buli adik ada laaa.

Thursday, September 13, 2012

Mama & Aqil




Dah lama tak tempek gambar Aqil kat sini...sampai Si Amy tegur aku.. ahhahah kamu jahak amy! Kasih anak..sama rata tau. Tak ada mana2 yang lebih. Cuma susah gila nak snap gambo ngan Aqil. Asik larikan diri jaaaaa...ni dalam keta, mana dia mau lari??? Buat plak umpan "nanti kita singgah pantai" terus dia senyum...:P

Makan

Now aqil dah kembali sihat syukur alhamdulillah. Dekat seminggu gak Aqil cirit...duk pikir tak ok nak check kat hospital. Tapi dah ok..syukur. Tak sanggup sebenarnya nak bawa dia pi hospital. Kalu pegi hospital biasa la...mesti nak wat ujian itu ini huhu aku sendiri takut jarum, apatah lagi Aqil!!!

Dah sihat ni aku ngan Mak timah dalam proses menggemukkan Aqil semula. Memang berat dia turun giler2 sampai nampak tulang rangka. Malam2 bila aku peluk dia..dalam hati "Ya Allah kurusnya anak mama" sedih sangat2!

Okes masa time dia cirit tu susah gila dia nak makan..puas aku pujuk

Mama : Aqil...makan la skit...Aqil nak jalan pun mama tengok Aqil tak larat

Aqil : Tak mau

Mama : Plezzzzz makan la skit. Kurus dah Aqil

Aqil : Lahhh biaq pi la...mama pun kurus tak pa pun

Haaa nak ambik kena aku sebijik. Hishhhh masa tu aku salah diri gila2..apsal la aku tak gemok????

Friday, September 7, 2012

Masih tidak ok

Hari masuk hari keempat Aqil cirit dan hari kedua Afiq bagi. Semalam syukur alhamdulillah tak da kerap sangat ciritnya. Bagus plak ubat yang aku amik kat klinik di Bertam tu. Serasi agaknya. Kalu ubat sebelum ni still tak jalan, selang 2 jam mesti cirit juga. Semalam lepas bagi ubat tu kul 5.30pagi baru start cirit balik. So...tak da la mengganggu sangat tido anak2. Pagi ni Afiq start cirit dulu. Kul 5.30 pagi. Ok tak pa, time tu nak subuh dah tu...tak da la aku nak lewat2 subuh. Setel bersih Afiq leh terus subuh. Lepas solat, Aqil plak mencirit. Bergilir2 dua orang ni. Macam malam kemarin 2 pagi 2-2  cirit serentak. Yang ni aku tak leh setel sorang kena kaco abah aku gak (tok timah demam..sian nak kaco). amik sorang satu bersih. Sian abah...:P Mat pezal gak terselamat sebab keja shif malam.:P

Semalam lepas balik amik ubat geram gak kat Aqil..kemain susah nak makan ubat. Yang aku geram time nak bagi air garam tu...Aku punya la pujukkkkk tak jalan2. Bila aku marah dia cakap

Aqil : Mama...jangan la marah. Mama baik kan

terus aku jadi tak marah lepas dengar dia membodek aku ngan nada yang sangat lembut dan menyentuh hati. Arghhhhhhhhhhhh. Pastu aku pujuk semula..dia minta cawan air garam tu

Aqil : Mama duduk laaa..jap Aqil telan

Aku tengok dia..pasti dia bangun...aku tak kata pa lagi sebab nak tengok dia nak wat apa. Sekali dia p sinki dia tuang! Bengangnya aku

Aqil : Ok dah..dah abis

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..geram tak terkata!!!! Pastu aku naik hantu, terus jadi hulk kejap, bancuh balik air garam tu. Memekik2 aku kat dapur tu dia soh minum. Haa tau takut bila mama jadi hulk. Dah pujuk tak jalan, memang kena tukar muka jadi gangster kejap.huhuhu.

Wednesday, September 5, 2012

Sian Aqil

Start awal pagi kemarin Aqil muntah beserta cirit. Sian tengok. Makan pun tak lalu. Puas pujuk nak suap 1 sudu nasi...Kalu dia makan 3 kali telan aku dah syukur lega dah. Makan ubat buekkkkkkkkk kuar balik....Kul 4 pagi siap bawa jumpa doktor sebab aku tak sanggup tengok dalam tido dia leh muntah. Ishhh teringat aku masa time peknen..klu muntah alahaiii rasa hilang sume nikmat. Sangat tak suka ok. So, aku paksa mat pezal bawa dia p klinik 24jam gak. Dapat 4 botol ubat beserta 1 ubat sumbat bontot kasi ilang rasa muntah.

Pagi tadi dia start muntah balik. Cirit pun ia jugak. Pampers tu kejap2 tukar. Huhuhuu..Tapi kan, dalam duk sakit tu ingat tak da la mood nak usik adik. Huh tak da maknanya. Pantang adik merangkak lalu sebelah dia..sempat je kaki @ tangan dia men kuis2. Yang adik plak pantang dicuit..mestibunyi punya la. Manja la sangat.

Pic hiasan puan blog and anak2 puan blog

Thursday, August 30, 2012

Pic raya : Dah basi sudah

Lawa dak?. mat pezal edit guna hepon dia. :P

Alohhhh lupa rotate plak. Sila rotate pala anda




Masanya sudah tiba!

Tinggal berapa hari lagi ni nak masuk keja. Kejap masa berlalu aku lepak kat umah selama 2 bulan. Wahh macam orang bercuti bersalin ja. Sungguh enjoy dalam cuti 2 bulan ni sebab dapat tengok anak depan mata.

Aqil ~ Walau tak banyak perubahan diri Aqil....tapi satu je aku perasan. Makin banyak akal dia. Pandai beralasan, pandai amik hati, pandai sakitkan hati mama pun ada (sungguh tak berkenan), makin pandai mengusik adik...bla bla bla... Ada kalanya dia "matang" la juga layan adik. Time mood bagus la. Tapi rasanya mood bagus dalam 30% dalam melayan adik. Selebihnya asik mengenakan adik ja. Ohh satu lagi....masih pakai pampers! Pagi ni aku test dia lagi..sudahnya selai suar lencun dek kena ayaq kencing. Pastu aku pakaikan suar lagi tanpa pampers dia. Ngamuk gak dekat sejam tiyak. Aku pesan kat tok timah jangan layan dia. Buat pekak je dengar dia melalak.okkk dia letih dia stop tiyak.

Afiq ~ budak debab ni dah tak leh tinggal dia sorang2. sangat bahaya sebab dia gila nak berdiri. Tak padan ngan lutut lembut. Bila berdiri..kaki pun duk bergoyang lagi. Ada hati tu nak panjat meja sofa...:P

Saturday, August 18, 2012

Apa la Aqil ni...

Tadi sedang sibuk di dapur Aqil mai dekat aku

Aqil : Mama...adik hilang.

Erkkk baru aku pasan..tadi meriah mulut Afiq blablaaaa bababbaba mammama tetiba sepi. Aku lari ke depan umah...Takut dia tarik2 barang kat depan. Sekali ehh tak da. Pi mana?

Mama : ehhh mana adik ni?????

Aqil wat muka seposen..tak jawab. Pastu aku dengar bunyi walker kat luar umah! Tu dia...gembiranya Afiq pijak tanah. Aqil kurung Afiq kat luar! Pintu tadi aku tutup elok je..maknanya Aqil buka pintu then tolak walker adik dia kat luar. Apa la Aqil niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Kena penampar sedas ngan aku tadi. Ha buat lagi!

Thursday, August 16, 2012

Wahhhhhh....dah nampak $$$$$$$

Syukur alhamdulillah...berkat doa di bulan ramadhan ni...dipenghujung ramadhan aku dapat 1 berita/emel dari bos

Salam Leya and mokhtar,

With regards to the above matter, you are required to start work on 1st Sept and your Unpaid Leave will end on 31st Aug 2012.

Thank you

Fuhhhh 2 bulan tak da wet poket...nasib baik ada wet simpan skit...dah terguna. Sian plak tengok akaun aku tu. Tak pa bulan depan start menabung balik. PTPTN aku pun 2 bulan tak bayar...nanti kena bayar lebih la..nyampah plak tengok kos pentadbiran. Adesss...

Monday, August 13, 2012

Nyesal tak sudah

Gila posa kali ni...ketara berat aku menjunam jatuh. Fobia aku nak timbang. Berat aku kembali macam zaman anak dara dulu (kurus kianggggggg). Rasanya sebab aku nyusukan Afiq sama...sebab tu berat aku terus jatuh dan jatuh. Tak pa la...demi anak, aku sanggup ja. Walau apa2 terjadi, aku okey lagi asalkan anak aku sihat.

Ceta pasal sihat ni kan..sabtu hari tu aku ngan mak timah bawa Afiq gi bazar kepala batas..Bayangkan sepanjang tu aku je dukung Afiq. Waaaaaaaaaaaa tak tahan gila sampai nak beli pa2 aku terpaksa kata gini "Adik tolong akak, bagi akak dulu. Akak tak larat dah dukung anak ni" Hahahha hilang abis malu. Aku kan pantang orang potong2 line sekali kena debik kat batang hidung aku. Aku plak potong line orang...tapi ni kes terdesak gila. Gila tak larat okey! Memang ada yang wat muka tak puas hati...lantak la..janji aku minta baik2. Tak baik tau marah dalam posa. Kahkahkah (mentang2 kena kat aku kan). Sepanjang beli tu aku siap pesan kat tok timah...beli ja mana yang tul2 nak beli..jangan survey2. lepas zap sana sini....last2 mak aku nak beli apa ntah. Aku tinggal je dia..aku terus lari masuk keta. hahahha. Lepas letak Afiq dalam keta...fuh. lega! Ni saat aku menaip badan aku still ada rasa sakit2 tang belakang. Sian Afiq...apa punya mak tak larat dukung anak sendiri. Sori sayang...huhuhu

Okey kembali kepada berat badan...Abis suar aku longgar gila. Ingat nak beli tali pinggang tapi pikir balik posa dah nak abis. Mesti nanti berat naik balik (berharap sangat laaa). Pastu tingat suar2 levis yang aku jual dulu...adusss dah la mahal nak beli, aku p jual plak. Kalu aku tak jual dulu...kan boleh pakai balik? waaaaaaaa nyesalnya. Sekarang aku nak beli levis pun berkira gila...keja tarak ma. Wet simpanan aku tak nak kacau. Nak beli pa2 senggih kat mat pezal ja. Nasib baik dia faham! Tapi hat mahal2 aku simpan ja dalam hati...wat pa nak beli mahal kalu yang murah pun dah okes. Bersederhana la time2 gini kan. Nanti kalu ada kerja...kita kembali melaram balik!kehkehekeh. Aku dah berjanji dalam diri..taknak jadi isteri yang kuat meminta2 sebab aku penah keja..tau macam mana susah cari duit!


Friday, August 3, 2012

Tentang anak-anak

Now Aqil dah nak dekat masuk 4 tahun...Afiq skit lagi nak masuk setahun. Kejap masa berlalu. Rasa baru je dapat Aqil...tup2 aku dah jadi mak kepada 2 anak. Baru perasan makin tua...:P

Aqil sekarang makin lasak ..bak kata orang tau2...buaihh kemain. Hari2 makan penampaq aku. Larang langsung tak nak dengar. Kalu dia lompat sampai jatuh berguling, kejap je tiyak..pastu ilang sakit buat balik. Ni dalam posa ni, sampai perit anak tekak aku duk menjerit. Dah 3 hari lepas sahur aku amik ubat sakit tekak. Ubat yang hisap tu. Nasib baik sedap...huhuhuh. Aqil ni ada satu perangai, pantang tengok adik bersenang lenang...mula la dia mengacau. Sakit hati plak aku tengok bila Afiq duk best main2..tetiba si abang datang terus rampas barang main adik. Apa lagi, yang tu pun kepala angin..melalak tak sudah. Penin2

Afiq plak kemain laju dia mengesot (mengesot ehh? alaa yang macam mat askar darat tarik badan bawah duri tu..).... merangkak tak buleh2 lagi. Nak kata badan besaq..aku tengok dah makin kecut sebab tido kurang...asik nak main je. Badan dah tak berketul-ketul dah. hukhukhukkk...Mulut dah pandai bebel...paling sedap bila dia tengok abah dia..."Bahhhhh" alahai...tang mama plak " mamammamamma" skit punya panjang panggil aku..Merajuk NO. 1!

Thursday, July 26, 2012

Best TAPI...

Best! sebab syok plak duk umah ... tak kerja...Duk umah jaga anak2. Penat memang penat layan karenah depa..tapi kalu lelama cam ni macam nek lemak plak hero dua orang ni. Tambah2 Afiq...hamboi kemain dia asik nak berkepit ngan aku ja. Kadang2 nagn maktok dia pun tak moh dah. 24jam nak berdempek ngan mama ehhh...

Pastu,..dah tak kerja ni..aku minta mesin jahit...kain langsir...nak makan itu ini...nak jalan sana sini..sume dipenuhi (ujian untuk mat pezal..hehhe). Pastu 2,3 hari lepas cakap nak oven..sekali kul 3 tadi dia ajak p gaint. Aku cakap nak wat apa...dia cakap ikut ja kalu nak. So, zup zup zup siap sampai pakaikan baju Afiq dalam keta punya nak cepatnya. Yelah, kul 5 dia dah nak kena siap2 masuk shift malam.

Sampai gaint SP nampak dia p kat bahagian oven. Soh pilih. Wowwwwwwwwwwwww...syoknya. Penin gak nak amik oven biasa ka...amik microwave. Harga lebih kurang je...last2 aku amik yang oven grill tak sampai pun rm300. Nak amik yang mahal2 takt tak terguna..kang diperli kaw2 oleh mat pezal. Ohhhh tidak sanggup aku. Ehehhehe

Saturday, July 21, 2012

Ya Allah mulut anakku ini

Siang tadi sebelum tengahari bawa Aqil pergi market ikan kepala batas. Bukan nak beli ikan tapi nak jumpa apek kedai jual barang jahit. Aku bawa kain langsir aku untuk jahit tepi. Kain aku beli sekali gunting..berjela2 benang bersepai. Meluat plak aku tengok. Mak aku soh ayur kat lilin..hishhh mana vouge mak. Dok klas langsung dih.

Saja aku usung Aqil sekali padahal malasnya nak bawa budak cakap banyak tu. Kang banyak cekadaknya. Tapi memang ia pun....lepas aku anto kain kat apek tu...apek tu soh aku ronda dalam market tu dulu sebab dia amik masa jahit dalam 15-20 minit gitu. Aku ingat petang2 karang baru nak amik balik. Dah dia cakap gitu tak berbaloi aku nak mai petang so tunggu je la. Bawa Aqil ronda dalam tu konon2 nak la beli udang ka, sotong ka...sekali baru sampai kat tangga

Aqil : Hishhhhhhhhh tak mau la Aqil masuk...busuknyaaaaaaaaaaa

Tang dia kata busuk tu..kemain kuat lagi. Ramai tengok aku. Sudah, anak aku berlagak tak bertempat. Hishhhhhhhhh aku ni malu pun ada. Okes lepas setel amik kain kat apek...masuk keta drive kuar dari market. Sekali duk pok pek pok pek ngan Aqil, sekali aku cam langgar apa ntah..tak da la kuat sangat..aku agak  cam jalan tu lubang je skit

Mama : Hishhh mama langgar apa ni Aqil?


Aqil : Haaaaaaa mama lindih owang pa (jari tunjuk dia digoyang2 depan muka aku)


Mama : Hishhh takkan kot...mama tengok tak da pun orang ( aku jengguk side mirror..berlakon ja ngan Aqil..ada plak langgar orang)

Aqil : Ha la..owang tak nampak la ...kan mama lindih dia..lekat kat tayar la. mama pi la turun tengok

Mama : (Speechless. Pala otak plak gigih pikir.. tertanya macam mana la Aqil boleh terpikir gitu. huhuhu. Memang nak kenakan aku sungguh budak ni)



Friday, July 13, 2012

Ohhhhhhhhhhhhh

haiyaaaaa...ingat duk umah saja tak da la memenatkan tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aduh bisa capek juga sih. Langsir aku lagi 4 keping belum disentuh..tu belum campur ngan anak langssir. Design macam manapun belum pilih lagi. Ingat bila anak2 dah tido leh la wat keja...tapi bila sorang tdo...sorang berjaga... tak da maknanya juga. Ini pun taip sambil riba Afiq. kemain dia pun nak taip sama. Ha afiq... ce taip tengok



  ub m rfh jlh , n


ok dah... tu Afiq taip. pantang letak jari dia kat keyboard...suka dia. Anak IT la katakan. Haaa sudah...semacam je Afiq kentut ni...bergegar paha mak. Hurmmmm Afiq berak. Tadi baru basug bontot abang..ni adik plak. So, tak da maknanya nak rileksssssssssssss

Monday, July 9, 2012

Buat projek

Asalkan aku tebarkan kain ni panjang2...cepat je dia nek atas kain dan rampas pembaris atas kain.

Aku tinggalkan kejap je kain ni depan TV, lepas tu naluri tak sedap hati...datang tengok..Uwaaaaaaaaaaaaaa.. Aku dah sorok gunting tapi pandai plak Aqil cari. Sampai hatimu Aqil buat mama gini.



Aku ada cakap kat mat pezal, jangan marah kalu langsir untuk raya taun ni siap lagi 2 tahun! Huh

Afiq Makin LASAK

Nak tido kena buat kubu. Huhuhu

Dah pandai sepahkan barang. Yang jadi mangsa kutip abang dia. Bebel je abang dia bila dapat arahan mamanya ni.


Ingat dah tak kerja duk umah...leh rest GILA SIOT... tapi rupanya LETIH SIOT BERSIOT. Fuhhhhhhhh.... Tapi letih pun buat hati sangat2 la syok. Dapat tengok anak membesar depan mata. Afiq sekarang kemain ehh tak nak kat sapa2...dia layan mama, abah ngan mak tok dia ja. Kalu orang len nak dukung sori ehhh dia tempis je tangan anda. Now, dia dah pandai angkat bontot...gayanya nak merangkak plak. Afiq slow skit dari abang dia masa baby. Kalu abang dia dah leh merangkak kalu time ni. Tak pa la Afiq, asalkan afiq sihat mama abah syukur sangat. Alhamdulillah.

Wednesday, July 4, 2012

Majlis Akikah Afiq dan Durrani

Senyum Afiq

Tepi la skit Durrani...Afiq nak posing ni

Eeeee suka tul awek ni berdempek ngan abang afiq

Tengok...sampai Afiq nak bergambar pun dia kaco...tepi tepi tepiii

Tukang masak. Ekkekek

Doa

Sian budak sorang ni..dari start majlis sampai selesai dia berkurung dalam umah ja. Aman sume orang, Tima kasih la WAHID sebab takutkan wahid (sepupu aku) Aqil takut nak kuar umah.

Tuesday, July 3, 2012

Marahkan Aqil

Geram tul dengan Aqil  semalam. Ada ke patut tetiba dia masuk dalam almari baju kain (dah lama beli sebab malas nak menyemak bilik tambah almari kayu...)..pastu jerit2 panggil nama aku. Sekali kaki dia tersadung dekat kain dalam tu..terus jatuh kuar..abis terkoyak almari tu. Waaaaaaaaaaaaaaaaa...Aku malas dah nak beli baru. Hishhhhhhh saja ja dia nak cari pasal ngan aku.

Mama : tengok...dah terkoyak. Esok abah balik kerja tanya..nak jawab apa?


Aqil : laaa nak jawab apa...jawab kena beli baru la.

Erkkkk terbeliak la kejap bijik mata aku. Pandai menjawab..ada je idea hang ehhh. Bab beli2 sume hang pandai..lepas tu pasal duit...tala mama je. Macam la mama ni menteri kewangan malaysia!

Video Afiq

video

Sangat2 suka dengan video ni. Ini baru skit dia punya gelak..ada lagi dasyat. Tapi bila tang dasyat tu...meraba2 nak cari hepon...dok jumpa. Hishh melepas..

Monday, July 2, 2012

Pistol

Baru2 ni bawa anak2 pegi pasar malam. Selalu gitu la kalu tak da apa2 aktiviti lepas asar...JJCM..:) Pegi ronda pasar malam sg dua..niat nak beli murtabak rm2..perghh ramai manusia beratur. Eeee sangat2 xkosa aku. Hari tu aku jadi manusia yang tiada sabar..maka jalan2 cari makan yang senang dibeli. Titik

Ohhh jalan2 ada pegeras untuk Aqil. Sepanjang jalan tu banyak plak orang jual mainan. Eeee tensen aku. Lagi tak beli duk kena tarik2 tangan dia kasi jalan. Apa sangat kudrat aku ni..malas nak marah..upah la pistol sebijik. Hishhh kalu mama beli mutabak dapat 5 bijik Aqil oiii! Melayang rm10..tapi tak pa...bukan duit aku. Duit bapaknya. hak3x. Len kali pilih la yang mahal2..apa la aqil ni. Ekekkeke.

Duk 2,3 hari lepas tu..aku lepak ngan Aqil depan TV. Bapaknya duk lepak kat luar. Ada la perbualan antara dia dan aku ini

Mama : Aqil...boring la..jom pi pasar malam. Ajak abah


Aqil : ha...jom..jom


Mama : Ishhhh nak beli apa?


Aqil : Ha...beli pistol!

Satu perangai Aqil..kalu mula beli lori...mesti lepas tu dia minta lagi lori..kalu gitar,..duk minta lagi gitar. Pesyen apakah tu? Ntah aku pun tau tau walau aku ni mak nya :P

Mama : Hishhh kan dah beli. Lagipun mama tak da wet


Aqil : laa hari tu beli guna wet mama...sat gi kita beli..kita guna wet abah plak

Hahhahhahaha...kalu abah dia dengar sahih saat dan minit tu hang kena pulas tinga Aqil. Hari tu guna wet abah la...Aqil ja tak nampak masa Abah bagi wet. Dah dapat pegang pistol...ada peduli sapa bayar???

Penang Hill part II

Di atas sana

Tak masuk pun Owl museum tu,tiket sorang rm10. Huh..kan mahal?


Bagus Afiq..langsung tak banyak songgeh

Aqil ajak nek buggy ni. Dah tak da aktiviti apa atas tu...maka nek la juga. RM30 untuk 25 minit. Perjalanan dalam 2km atas tu..round2 tengok umah orang kaya..huhu


Dalam taman burung. Kena bayo gak. RM5 per entry

Dalam gambar nampak biasa2..tapi kalu kat sini..ohhh cantiknya ciptaanNYA

Dekat nak balik Afiq ngantuk sangat2 sampai terlentok kat bahu abah dia.

Jom turun. Snagt best...dapat duk depan sekali.

perjalanan nak ke parking. Cantik lanskap situ. Tak macam dulu.

Thursday, June 28, 2012

Penang Hill



















Alahai nak tempek gambar2 pi Penang Hill asik tak sempat ja. Ni pics 2 minggu lepas. Dah lama tak lepak situ..last masa awal2 aku kawin dulu. Nek pun train slow melow tuh. Disebabkan adik pinat aku pi baru2 ni..balik dia panaskan ceta dia..mau tak berasap aku. Maka perlu la bertindak untuk mengcoolkan balik kena la pujuk memujuk mat pezal bawa pegi situ. Alasan "Sian Aqil...selalu sebut nak nek keretapi." Thanks Aqil. Hihihihi

Wednesday, June 27, 2012

Aqil nak gitar lagiiiii

Masa layan Dejavu di kinabalu..Aqil tengok Akasyah petik gitar terus Aqil cakap

Aqil      : Mama...nanti beli kat Aqil satu na
Mama  : Kan dah ada sampai 2
Aqil     : Aqil nak yang macam tu plak
Mama : Ishh tu untuk orang besaq macam abah
Aqil     : Tak pa la..mama beli kat abah, nanti boleh la aqil pinjam sat kat abah.


Hurmmm dah pandai jet mama lani hang aqil oiii

Tuesday, June 26, 2012

2 Hari lagi

Lagi 2 hari aku bersama kawan2...lepas ni aku akan bawa haluan sendiri. Dah apply UL masih tak dapat feedback, sangat2 meresahkan jiwa. Sambil2 tu aku dah cuba cari peluang kat company lain..macam biasa asalkan dah anto resume pastu dapat respon dah closed. Memang pala hotak letak kat bontot, kalu dah close duk open iklan apsal? Sangat membazirkan masa aku!

Plan dah ada cuma nak laksanakan tu macam payah. Susahkan bila nak mula apa2 yang dirancangkan. Takut tak jadi pun ada ni. Tapi aku takmo la lewat  sangat bertindak..masa adalah segalanya bagi aku. Lambat bertindak..maka lambat la hasilnya kan? Modal dah ada ni...ishhh sayangnya nak guna wet simpanan! Huhuhuh

Terkena lagi dengan Aqil

Lepas dinner tadi sekeluarga lepak depan TV. Aqil tak join pun makan sebab dah kenyang makan kuih apa ntah tok ayah dia beli kat pasar malam. Masa aku lepak main ngan Afiq...Aqil ada panggil aku

Aqil : Mamaaa...


Mama : yeaaa ( aku tengok dia sekilas pastu sambung main ngan afiq)


Aqil : Mamaaa tengok la ni aqil buat apa

Mama : Ishhh apa tu? ( aku tengok block kayu berselerakan je depan dia bersila tu. Ntah...langsung aku tak dapat teka dia buat susun atur apa)

Aqil : Buat bodo ( jawab Aqil tanpa pandang muka aku dengan menggunakan nada perli ; aku la rasa macam nada perli sebab tak endahkan dia)

Haaa kureng asam pedas tul anak bertuah ini kan???

Wednesday, June 20, 2012

Sungguh aku tak layak

Aku ni asalkan pakai emas2 ni mesti tercabut...hilang. Hari isnin gelang hadiah anniversary ketiga HILANG. Wuaaaaaaa....letih dah aku cari sana sini. Yang pasti gelang tu hilang dalam rumah mak aku. Aku yakin sangat! Tapi bila aku jejak segenap ruang..masih tak jumpa. Aku penat la cari...sehingga hari ni tak jumpa2.

Sebelum ni cincin kawin hilang. Dua kali hilang...dua kali jumpa balik. Ini kali ketiga aku hilangkan harta pemberian suami tercinta...sungguh, aku tak layak la pakai emas2 ni. Sop Sop SOpPPpppppp..


Mana gelang ni!!!!

Wednesday, June 13, 2012

Sungguh aku tak faham!!!

Time cuti adalah hari2 yang aku nantikan. Rasanya bukan aku je..sapa2 pun suka cuti. Time ni la nak main ngan anak2. Sejak dua mejak ni aku pasan sangat, Afiq ngan Aqil kamceng giler. Afiq ni..asalkan abang dia men apa pun depan ni...dia melonjak2 badan nak duk dekat abang juga. Pastu kalu abang wat lawak ntahpapa..amboi kemain gelak suka. Aku acah dia, kadang tu dia buat dek. Terasa macam dia kata "ntahpapa la mama aku ni wat lawak. Langsung tak lawak. Tak kosa la nak gelak" huhuhuhuhu

Kalu Aqil wat kasar2 ngan dia..tak la plak dia nak tiyak..kalau sakit sangat baru dia tiyak. Punya la baik ngan abang dia. Ada petang tu...aku golek2 depan tv ngan Afiq...(masa tu afiq tu jamah ibu kaki dia..ekkekek) Aqil masuk umah...terus mai dekat kami. Ngan muka slumber kata "Woiii budak gemok!" Sedapnya mulut berkata2!. Afiq terus gelak mengkekeh.Tak paham betul aku hero2 aku ni.

Ada lagi orang macam ni...sedih!!!!

Tadi kawan aku ada paste satu cerita..cerita dari FB kawan2 dia. :


"nak story,anak tok tiri sy mmg agak ssh.die xleh susu kan anak die sbb die pon mkn xckup susu kering cpt.husband die tglkan masa preg lg.kesian tgk baby die kdg2 xckup susu.fm kan mhl.skg ni anak die 7-8bln cmtu.mase die 3bln cmtu pnh xckup duit beli fm die hanya bg minum air msk hari2.segan nk mintak tlg org.

Baru ni sdare sy p jenguk baby die dan tgk botol susu die hitam,puting pon hitam.die tanye la nape smpai itam cmni?mak baby tu jwb,susu da sbulan xbeli.baby hari2 minum air kopi.erk,xpe ke.mak baby tu kate die kenyang je.bj pon xpkai time tu mlm ujan.
Pastu g dapo die tgk msk air atas kayu api.gas da abes lame dah.mkn nasik pon tunggu ade kenduri.
Sedih pon ade,nak bg ebm fridge pon die xde.muda lg,br 21.die malu nk ckp kt org.xtau cane lg nk tlg die."




Sedihkan?

Tuesday, June 12, 2012

IPAD

Ada dua tiga hari lepas...mat pezal duk melawak sakan dengan Aqil. Masa tu aku baru je switch off lappy aku..pastu nek atas katil lepak ngan Afiq. Tak amik pusing pun Aqil dan abah dia melawak ntahpapa..pastu 2,3 saat kemudian aku nampak mat pezal terpijak lappy baru aku. Uwaaaaaaaaaa geramnya aku. Menda baru kan...sapa2 pun sayang

Mama : Abanggggggggggg laptop i tuuuuuu. Waaa rosak kang.


Abah : Alahhh kalu rosak abang beli len laa


Mama : Kalu mama buka tak leh on...abah beli ipad!


Abah : Alos....setakat ipad tu abang boleh bagi la...cakap nak yang macam mana? yang ada wing ka...tak dak wing? 

Katanya dengan penuh semangat sambil buka almari amik barang yang dalam plastik kaler biru. Uwaaaaaaaaa...faham kan maksud dia? Loyar buruk tak sudah2. Nasib la aku. pastu dia layang2 menda dalam plastik tu depan mata aku. Soh aku pilih. la-la tu gak dia kena penampar aku. Huh! kasi i marah lagi.

Thursday, June 7, 2012

Politik

Makin lama, makin nek loya aku bila baca pasal politik. Tak kira ler kerajaan sendiri atau pembangkang. Sama je 2x5. Kotor dan jijik. Tak habis mengata sana sini. Orang politik ni macam dah jadi orang pendendam. Sebelah sini bom sana, di sana berusaha bom balik sini. Gitu la..tak penah sudah2. Macam budak2 gaduh gayanya. Ni kalu PRU sok lusa...mau aku lepak depan TV je. Buang masa je kalu aku pegi pangkah wat undi rosak. Wat kotor baju aku je.

Anak2 muda sekarang kemain rancak la ngata sana sini tak kira la orang politik tu tua..kot la nak hormat. Ngata sedap mulut. Contoh anak muda berani ngutuk Tun M...weiiiiii tolong ingat skit jasa orang tua tu. Kalu tak boleh respect dia sebagai orang politik...boleh tak hormat dia sebagai orang tua. Bukankah hormat orang tua itu ada dalam TUNTUTAN AGAMA?? Jangan la over sangat sampai moral letak bawah ketiak masam anda.


Wednesday, June 6, 2012

Emel berhantu

Akhirnya apa yang ditunggu dah kunjung tiba.

++++++++++++++++++++++++++++
STAFF RELOCATION

This is to inform with effect from 01st July 2012, you will be relocated to HQ Shah Alam branch.

Apart from the above changes, your existing terms and conditions of service as set out in the contract of employment will remain unchanged.

The company wishes you will continue to discharge your duty and responsibility with care, dedication and integrity towards the company’s goal and objective. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mode : Segala macam duk pikir ni. Tapi berat pada print je surat resign. Sungguh aku tak sanggup berpisah dengan orang tersayang. Nehiiiii!

Friday, June 1, 2012

Mencanak bulu roma

Lepas isyak tadi niat nak makan tapi mengenangkan Tok Timah asik mengalah tiap kali nak makan...aku didahulukan...kemudian baru dia. Malam ni aku soh dia makan dulu dan aku main2 ngan Afiq. Afiq ni ngada skit, asik ajak main ja..kalu bolayan mula wat perangai.

Occay lepas mak aku siap makan, giliran aku plak kan. Aku kasi Afiq kat Tok Timah dan aku melangkah ke dapoq dengan senang hati sambil menyanyi ~lalallaalaaaaa~ lagu yang aku sendiri tak pasti..:P Sampai di meja makan aku terdengar bunyi plastik bergerak..eh apa tuh? aku pandang sebelah kiri aku. Mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terlompat sekejap aku sambil jerit (guna volume paling tinggi. Gila kau kalu guna volume rendah..itu dinamakan gila yang tak dak ubat!)

Aku : Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ULAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

Abis terlepas mangkuk..nasib baik tak sempat lagi tuang kuah sup (sian moi sup..aku tinggal kau begitu saja). Terus lari masuk ruang tamu. Cis betul la menatang tu...rilek je dia lepak melingkar atas kotak tempat Tok Timah aku letak barang2 (barang apa ntah..). Tok timah kalu bab ular mesti dia tanya soklan ni

Tok Timah : Ulaq tu kaler pa?


Aku : Hitammmmmmmmm...walau tak besaq mana..panjangnya mak!

Kata aku sambil wat gaya sotong yang lembek buat geli geleman (ampa bayangkan la sendiri aku wat gelagat cam tu). Aku kalu bab ular memang aku takut giler..kalu pi zoo ka mana2 yanga da ular...sori aku nak lalu dekat..Walau mat pezal tinggalkan aku semata2 nak tengok ulaq, aku langsung tak kisah malah bersyukur sangat2 sebab tak paksa aku. Eeeeeeeeee...sudah, bulu roma aku makin keras menegak ni. Aduss...penakut gila.

Tok timah rilek ja bila aku wat gaya sotong, dia bangun ngan tenang sambil jerit panggil adik umaq aku kat luar umah. Diarahkan umaq carikan buluh (buluh ni sentiasa ada kat umah). Masa ni aku lari masuk bilik...sebab terasa segala bulu menggembang...termasuk la bulu idung kebanggaan aku hakhakhakah.


Pastu terdengar la ketunggggggg ketanggggggggggggggg ketungggggggggg ketanggggggggggg..Haihhh berani gak Tok Timah ni sebab aku tak dengar pun dia jerit ke apa..dengar sora adik umaq aku ja pun. Hat tu sorang harap je jantan tapi penakut gak tu. Hakhakhakkk

Huemm ok la...dah ngantuk..nak tido


GUD NITE!



Thursday, May 31, 2012

Seluar dalam

Hakhakhakk apa punya tajuk la hari ni..:P Ceta ni dikisahkan oleh adik aku. Ceta yang benar dan benar belaka..bukan mereka cerita.

Adik aku ni kerja cikgu budak kecik (taska), banyak giler cerita budak2. Now dia tengah cuti seminggu dan ada di kampung bawa balik Durrani. Laki dia plak outstation kat Terangganu.

Dia ceta ada satu pagi tu ada budak girl taska minta ke bilik air nak buang air. Maka dia temankan lah...budak2 bukan leh harap kalu sorang2 kat toilet kan. Kang jadi pa2 cikgu juga salah. Masa budak tu nak londehkan suar keciknya adik aku berkerut dahi yang menimbulkan tanda tanya


Cikgu : Nina (bukan nama sebenar)..apasal spender ikat getah tepi?

Pelik la adik aku tengok suar cam semacam je ikat getah tepi pinggang. Tapi memang leh agak la mesti sebab besar kan..tapi terlintas di hati nak tanya jugak. Alahh spender budak2 berapa RM la sangat..tambah2 tempat adik aku, ramai mak bapak golongan kaya-raya..kerja hebat2. Takkan spender anak tak mampu beli?


Nina : Ni suar mama la..suar nina dah abis pakai, mama MALAS basuh. Dah longgar, mama ikat la getah tepi ni.

Kalu aku ditempat adik aku..sahih aku dah gelak guling2 sambil tepuk lantai.. HAHHAHAhah (teruk gila kan aku suka je gelakkan orang..:P)

Adik aku ceta sambil bebel...tak sangka ada manusia malas tahap yang tak da istilah dah ni. Aduss..maknya tu tak pikir malu ke? Ada lagi satu ceta, taska adik aku memang ekon memang sejuk giler...mak bapak pun ada kompelin ekon sejuk sangat. Dalam komen2 TAPI, bonggok tahap tak da ubat sebab still pakaikan anak suar pendek/skirt pendek. Adoiiiii...langsung tak kesiankan anak ker? Dia ingat cikgu2 ni leh betulkan ekon kat satu bangunan tu? (ekon ni bukan yang kita leh adjust ok, ekon bangunan...fahamkan?) Kalu nak story..macam2 adik aku ceta. nanti ada yang pelik2 nak letak sini lagi lah..hehhehe

Tuesday, May 29, 2012

Budak Debab



Budak debab ni dah nak masuk 8 bulan. Berat dah 8.2 kg (timbang masa awal bulan hari tu...sekarang dijangka bertambah lagi tu). Tak larat dukung aku. Kalu letak dalam stroller bukan nak duk lelama...sudahnya abah dia la kena dukung. Nak soh mama? ohhh takat 5 minit dah letih. Tak leh jadi ni aku kena menggemukkan diri lagi ni. Wat malu ja nak dukung anak pun tak larat.


Kalu aku gemuk macam aishwarya rai yang terkini, agak2 mat pezal lari tak? Ekekeke...

Monday, May 28, 2012

Kawin...kawin...kawin

kawan2 opis (sememeh gila muka aku...cuaca alhamdulillah panas terik)



Dah tiba! Ha musim orang kawin sampai poning pala nak tuju ke mana dulu..nasib baik la tak da banyak jemputan, so sabtu hari tu terjah ke Jitra. Pastu lajak pi Padang besaq. Sangat la menggeramkan hati dan perasaan kawe!

Aqil tul2 wat perangai bila sampai PB. Aku nak shopping pun tak sedap. Huhuhu ... punya nak pujuk sampai kena kasi upah dia baju askar selai ngan lori tanah skit punya besaq kat dia sebijik. Sop sop sop..nak beli baju kat adik dia pun tak leh siap dia nangis cakap "tak payah...takpayah" hamboiii kemain, dia rembat sampai 2 barang kat adik tak da satu pun. Sian adik...Mentang2 la adik tu kecik lagi..wat adik gitu..sop sop sop. Mat pezal lak sempat rembat suar kick boxing kaler merah nyala. Aku siap pesan, beli pakai sudah jangan sampai tetiba nak ajak aku lawan boxing. Kalu ada niat sebegitu, aku nak je terus beli selai kat aku. Hak hak hak ...

Apa2 pun selamat pengantin baru nana and Sam.

P/s : Sangat tersentuh hati bila menu kenduri ada kerabu serai. teringat arwah tok sofiah aku... :( Rindu tokkk.... T_T

Wednesday, May 23, 2012

Sangat sadis tul la hari ni

Hari ni sorang2 lagi drive mai komtar..maka fokus drive kembali 100%. Kalu ada kawan fokus tu mesti hilang skit sebab ada kawan, mesti sembang2...gelak merapu meraban segalanya kan...jadi fokus mesti hilang 10-30%.

Trafik lancar la jugak pagi ni..tak da la sampai aku drive semput2. Lepas turun bridge, kena hati2 sebab awal2 dah ada papan tanda 80km/j. Selalu sangat la aku nampak abang baju putih duk sorok2 dalam rimbunan pokok bunga sambil pegang "teropong panjang" tu. Tempat faveret abang baju putih di depan e-gate sampai tesco..hari ni aku tengok..eh tak da? Keta pun tak banyak..maka aku pun follow belakang BMW dengan senang hati. Dah lepas tesco aku tekan pedal minyak skit...line clear kononnya...tetiba BMW kasi isyarat masuk laluan tepi dan aku duk belakang dia apa lagi..lagi la tekan minyak nak potong dia..Sekali aku nampak abang baju putih kat tiang putih besar ja duk mencakung..pastu tetiba bangun "tembak" keta aku drive, Waaaaaaa mati la wa..kena tembak. Terus depan mata aku nampak burung bersayap not2 rm50 berterbangan. Arghhhhhhhhhh nak marah pun memang dah buat silap kan. Fadan muka laaa jawabnya!!!!!

P/s : Abang polis..saya lebih 10km/j je pun..jangan la berkira sangat. sop sop sop

Tuesday, May 22, 2012

Afiq dan cermin


Hari tu baru aku perasan, bila aku dukung afiq..then pegi depan cermin afiq gelak gila2. Konon2 macam orang duk usik dia. Lepas aku sedaq diri pasal kelakuan afiq ni...bila dia nak mengamuk aku bawa dia pegi depan cermin. mesti dia SENYUM terus!

Aqil buli adik

Semalam lepas balik kerja aku angkut afiq masuk dalam bilik sambil diikuti Aqil. Lepas tu aku kuar bilik kejap ... tak sampai 2 minit dengar Afiq melalak semacam, terus aku lari masuk bilik. Sekali aku tengok

Aqil sedang kepit pala Afiq celah kangkang dia dan afiq sedaya upaya tolak kaki abangnya (apa la sangat kudrat adik kan). Aku tetiba tukar jadi singa betina terus pulas paha Aqil. Haaaaaa tu nasib baik aku pulas paha ja, kalu aku baham dari kepala sampai kaki cam na? Geram tul aku. Suka buli adik. Lepas dapat "hadiah" dari singa terus si Abang plak sambung melalak sambil berlari cari mak tok dia kat luar umah. Huh, tensen aku kalu hari2 cam ni. Penat balik kerja ditambah lagi penat ngan perangai aqil macam2. Huhuhu. Afiq plak kalu nampak aku turun ja dari keta kemain lonjak2 soh dukung. Abis terbang penat drive bila tengok anak2 senyum dan minta dipeluk. :)

Thursday, May 17, 2012

Hishhhh sakit mata!

Haiyoooooooo geram aih aku ngan laptop ni. Apsal skrin ni kuar line2 kaler meqah ni. Dah loqat gamaknya. Sakit mata aku. Huhuhuu


P/s : Aku yakin ramai yang terkejut baca pengakuan Ady Putra nak ceraikan. Kesian. Hope masih dapat diselamatkan kalau tak...itu takdir tuhan sebagai manusia kita kena redha dan percaya pada qada dan qadarNya. Cakap memang senangkan..huhu

Tuesday, May 15, 2012

Ni la mee udangnya
 Meh kasi tayang sini Mee Udang paling popular kat kuala sepetang. Gambar ni dah lama (lama pun dalam 2,3 bulan lepas) baru tingat nak tempek sini. Kalu sapa terasa nak makan pi kedai Mee udang mak jah. Masuk paper tu kedai mak jah ni. Harga aku lupa. :P

Udang besaq tersorok bawah nasi



Yang mana sedap? Ok, dua2 sedappppppppppppp

Hujan

Ujan lebat tul malam ni..anak2 pun dah tido. Sejuk gila bilik. Aqil la niiii aku tutup ekon terus mata buka

Aqil : Jangan la tutup ekon..Aqil panaih ni

Cam tu la ayat dia. Tak kesian adik langsung. Kulit jenis apa ntah Aqil ni langsung tak rasa sejuk. Masa pi genting hari tu pun puas pujuk dia pakai baju tebal. Heran gak aku...badan dah la kering cam mama dia tapi tak lut sejuk. Ni mesti kulit spesis mat pezal ni...tu pun 2X5. huhuhu.

Mata lak tak ngantuk... nak login pesbuk pun rasa dah nek muntah. Tak tau nak tengok pa dah... Layan blog politik haihhhh nek loya tekak. Tak da ceta lucah tak sah..tak da fitnah macam tak cukup rancak...kotorkan politik ni. Dulu masa bergelar student suka gak amik pot bab politik tapi dah tua bangka cam ni baru dapat pikir tak da pun politik yang betul2 leh sokong 100%. PRU nanti tak tau la nak pangkah mana. Tak pi ngundi berdosa dak aaa?? :P

Aku nak merepek sini pun tak da modal. Huhuhuu. ALaaaa aku sambung baca novel pun tak pa..tak abis lagi ni baca novel 7 hari mencintaimu...tebal gila. huhuh. Kemarin baru abis baca novel Yes Bos..padahal dah lama aku beli baru abiskan semalam. Best gak ceta tu..baca leh gelak2. Masa aku gelak Aqil pasan

Aqil : Mama ni duk gelak apa?Mai Aqil nak tengok jugak

Aku tunjuk je.

Aqil : Mana yang gelak2? 

Ades puas gak aku nak explain kat dia sebab apa aku gelak. Kalu novel tu bergambar senang ceta la kan. huhuh Aqil bagi pandai ABC dulu...lepas tu nak menyibuk pun tak pa. :P

Monday, May 14, 2012

Hahahha...fadan muka Aqil

Semalam sedang aku menyusukan Afiq atas katil..Aqil lepak kat bawah sorang2. Pastu aku pasan dia macam sibuk ja kat bawah tu. Setau aku aku bancuh susu sebotol  kasi dia pump. Tapi muskil tangan dia macam rancak duk wat sesuatu.

Mama : Aqil buat apa tuh??


Aqil : Tak buat pa-pa lah


Mama : Macam ada keja ja tu..Cakap tul2 Aqil buat apa?


Aqil : Tak buat pa2 la

Pastu aku cepat2 bangun dari pembaringan tengok dia cepat2 sorok sesuatu di belakang dia

Mama : Haaa tu sorok apa tu? Cepat tunjuk!

Pelan2 dia kuar sesuatu. Haaaaaa Yoko Yoko aku nya..pastu ada bau Yoko Yoko

Mama : Aqil pakai ka????

Dia tak jawab ..hanya senggih. Okes tunggu berapa minit nanti tengok apa kesannya. Aku sambung nyusukan Afiq lepas tu...


Aqil : waaaaa mama....adoi laaa panaihh kaki Aqil

Hahahha start tiyak dah. Ha, rasakan!

Mama : haaa boh sebelah kaki tu plak. Tu baru letak skit kan


Aqil : mama jangan aaa. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa Adoi la...Adoi laaa

Seres aku rasa nak gelak guling2 masa Aqil sebut adoi la..adoi la. Kejam gila aku kan, gelakkan anak sendiri. Senggal punya mak. Tu la kan degil...memandai sangat. Pastu aku tak layan Aqil bangun pi melolong kat mak tok dia. Tok abah dia pa la..gelakkan dia. Tu la larang tak dengar. Sebelum ni aku dah pesan jangan main apa yang tak boleh. Pandai senyap2 amik. Ha amik hang Aqil. Lepas ni tobat tak nak sentuh dah barang2 tu.

Tengok dia tiyak tak henti aku amik tisu basah je la lap balik walau ubat tu dah pun serap masuk dalam otot kaki...:P Lepas setengah jam, dia start buas balik!

Thursday, May 10, 2012

Layanzzzzzzz gambo2 kat Cameron plak

Hai saya Afiq

Wif mama

@Kasimanis stoberi

Kasi upah kat Aqil & Afiq

ODW balik