Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, September 12, 2011

Komen : Lafazkan kalimah cintamu

Fuhhhh sesak di dada baca novel kali ni karya Siti Rosmizah. Memang best sangat2 ditambah2 lagi aku ni suka baca novel tebal. Tak men aa yang nipis. Sekali bersin dah abis..mana nk sempat feelingkannn. Tebal2 ni baru la puas baca...siap berangan2 lagi, macam haku plak heroin dalam novel. Hakhakhak

sinopsis ~Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



ha nak tau ceta selanjutnya? Meh aku ceta sikit. Dalam citer ni Qila kawin ngan Ryan sebab bapak Ryan letak syarat kalu Ryan nak harta kuarga kena kawin ngan Qila. Ryan tak nak tapi tasha dengki sangat ngan adik dia...dia soh kekasih dia tu kawin ngan adik dia. Demi cinta, Ryan kawin gak untuk tempoh 6 bulan. Mula2 kawin tu...sian Qila...macam2 la Ryan buat. tapi lawak gila laa....asik gelak je. Bab sedey toksah citer..leleh2 air mata. Aku ni susah bab nak leleh airmata..tapi baca je novel ni memang sebak yang amat!

Dipendek ceta...Ryan terima Qila...pastu tolak plak...pastu terima balik...Memang ego la Ryan ni sampai Qila makan dalam oooo....Ryan sedar tul2 cinta bila Qila jauh dari dia. Sedey masa Ryan halau Qila..pastu terhegeh2 cari balik Qila. Bila dah jumpa dia nyesal giler bila tengok Qila terlantar atas katil tanggung breast cancer pastu ngadung plak. Last sekali cam suspen ingat Qila mati..tapi syukur alhamdulillah Qila sembuh. happy ending la..

Seminggu lebih gak aku nak abis baca novel ni. Yelahhh takkan nak belek 24jam baca..mana nak layan laki ngan anak aku kan.. So, lambat skit nak abiskan. Bagi aku tak rugi aku beli. Harga RM26.90. tapi aku ada card popular...dapat 20%. Berbaloi2 aku buat card. Hehhehehhehe


Aku kasi 4.5/5 bintang. Best!

No comments:

Post a Comment