Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, September 7, 2011

keramat 6 sept 2011

Semalam hati berdebar2 masa sampai di unit radiologi hospital seberang jaya. Aku jejak unit tu dulu sebelum laki aku. Biasa la hospital tu nak cari parking kemain seksaaaa..So, aku menapak dulu mencari Unit radiologi tu. Tertanya-tanya aku kat orang itu ini. Penat wes....rupa2nya unit tu hujung sekali. Sesak dada. mana nak tahan debaran yang akan aku lalui.

Occay dah sampai kat kaunter...aku terus kasi surat dari klinik Kepala Batas. Lepas tu kena tunggu, sambil tunggu aku esemes kat mat pezal aku kat mana. lama gak tunggu. Sian...mesti susah nak dapatkan parking. Duk lama tu baru dia muncul...puas tunggu giliran. Dekat 2 jam baru turn aku. haihhhhh tu pun mat pezal duk bangun tanya misi. Agaknya takut kena tanya banyak kalo ngan mat pezal...misi yang kata tunggu lagi 2 orang...terus pangge masuk bilik ujian.

Buka tudung...scan.

Hasilnya?


Agak meremukkan hati walau penyakit yang aku risaukan tu tidak laperingkat serius. Apa2pun aku kena refer doc kat klinik balik. tapi sempat aku tanya pakar ultrasound tu dia cakap

Pakar : sini saya tengok, tak da yang seres. Pada saya ia biasa saja atau normal...atau menda ni akan hilang dengan sendiri.. Tapi boleh jadi biji ni akan membesar.

Ayat last sangat merisaukan aku.

Aku sakit apa? suspen je kan...






Tiroid!!!


okes, nanti aku sambung apa kata doktor klinik Kbatas. Aku ada jumpa tadi.

No comments:

Post a Comment