Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, September 9, 2011

Hati tersentap bercampur sedey

Ni kisah aku MC 2 hari 6 &7hb. 6hb tu aku kena wat medical checkup biasa kat kat klinik KB ni. Hari tu plak suara aku serak campur seksi....heheh sakit tekak punya pasal...pastu pala plak duk pening. Tak la napa..tak larat pun 1 hal gak.

Alhamdulillah hari tu tak ramai sangat orang dan paling best mat pezal cuti. Lepas dia drop aku kat depan lobi klinik tu dia bawa aqil p bank. Bank in wet raya Aqil kat bank rakyat ngan saham didik dia.

Occay masa nurse check tu hati sentap wes...

Nurse : ehhh apsal ni jantung baby gerak laju sangat ni. Saya refer awak kat doktor ya

aku terus je angguk pala. Tak tau laju mana..dia cakap 167. kalu normal 140-160. Occay lebih skit tapi reaksi nurse buat aku cuak. Yelah ..aku tak da ilmu kebidanan..so tak tang mana seresnya tu.

Jumpa doktor..terus dia cakap dia nak wat surat..refer aku kat hospital KB. Hah sudah...tak nak aku kena tahan wad. Tapi dia xplain tak sampai kena duk wad just p wat ujian ECG ke apa nama ntah...aku bab2 ayat medical memang fail. Yelah aku orang IT...bukan budak farmasi ke hapa ke....Lepas tu aku sempat tunjuk surat pengesahkan aku ngidap tirod kat doktor..dia kata gini


Doktor : Saya tengok dari result ni..tak seres sangat la..ni peringkat awal sangat-sangat. Nak bagi ubat pun belum tentu boleh lagi...apa2 pun lepas awak bersalin nanti kembali sini kita buat ujian darah lagi. Ujian darah sebelum ni...hasil normal. So..kita kena amik masa lama skit ye.

Huh...gitu plak..fenat selama ni aku susah hati duk wat research pasal penyakit ni. rasa macam nyawa hujung tanduk je dulu. Ni lega skit..lega tak lega pun tapi hazab jantung baby degup laju ni..satu hal.

Lepas hantar Aqil balik umah mak timah kami berdua tergesa patah balik ke hospital plak. Penat la cam nii....hishhh sampai kat wad kecemasan aku serah surat doktor. Ada pegawai kaunter tu tnya

Dia : rasa macam mana..ada rasa penat tak?

Aku blur kejap...penat macam mana dia maksudkan..aku redap cakap..memang aku tenagh penat. penat ke sana ke sini!

Terus dia soh aku masuk dalam tunggu nurse kejap amik tekanan darah. Dalam 10 minit gitu tunggu datang sorang nurse bawa wheel chair. haiya...kena jadi LEYA WILCHA kaaaaaaa??????


Nurse soh duduk aku pun duduk je. Aku sempat tengok muka laki aku antara nak gelak ngan tak gelak lepas dia tengok reaksi aku macam terkejut. Ker sebab aku cakap aku penat..sampai nak kena orang tolak aku., haiyaaaaaa..aku plak serba salah..patut bersyukur la kan..tak yah jalan. hak3..

Rupanya...bukan dekat aku nak kena jalan...jauh gak ke tempat wad bersalin (aku belum nak beranak yer....cuma ujian tu kena buat dalam wad bersalin tuh). syukur2..tak yah jalan. keh3x. Sampai kat wad bersalin ada 4 orang nurse sambut aku. haiiii tetiba gatai nek segan. Ngada2 aku. Terus aku dibawa masuk dalam bilik yang tak da nama. Aku baring pastu ada wayar2 lilit kat perut. Dalam 25 minit buat ujian apatah namanya tuh...

Last result


Nurse : Ehhh ok je jantung baby..result 140 je ni.

Aku : tak tau la...risau saya dah nurse sana kata jantung baby degup laju sangat.

Nurse tu pun tak kata pa2..pastu dia kuar sembang ngan kawan2 dia yang len


Sini aku heran la..kenapa doktor tak check aku sekali lagi sebelum aku di refer ke hospital KB???????


Aku lega sebab baby tak apa2. masa doktor soh aku p hospital KB tu..memang sebak di dada. macam2 aku pikir anak dalam perut ni. Tak patut depa wat kat kita cam ni kan sayang...

No comments:

Post a Comment