Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011 ~ 1st day raya



Emmmm malas plak nak taip panjang2..aku tempek dulu la gambar2...nanti aku rajin aku story...:P (dasar pemalas tapi ada hati nak berblogging)

Ni gambar sebelum balik umah mertua. Sian mak mertua aku..kejap je balik sana..Aqil ngamuk nak balik umah mak timah. Dalam 3 jam je kami balik umah mertua...petang tu Aqil tak tahan ngantuk...kn balik umah mak timah gara2 mama dia ni lupa bawa susu! hahhaha Sori ya mat pezal...bukan i sengaja nak sabotaj kepulanganmu ke pangkuan ibu ayah tercinta. Dah memang terlupa nak wat cam na...kena bawa Aqil balik mak timah gak..hehehhe



Ni tetiba majuk pastu tiyak. Ada hati nak pegang camera nak tangkap gambar mak bapak padahal tak reti. So Mat pezal rampas kamera kat tangan dia nak snap gambar aku ngan Aqil. Mau tak memberontak budak kecik tu. Tak sempat nak tunjuk kepakaran fotografi dia...abah dia dah patah2kan kepakaran dia. Sabar anak aku...hehhehehe


Haiya....carca merba gambar aku upload ehh.. Ni gambar dipagi raya. Lepas orang sembahyang raya..aku sembahyang ke tak...jujur ku mengatakan tidak. Dasar pemalas...yelah kalu aku pi sapa nak jaga Aqil. Bawa Aqil..sapa leh jamin Aqil nak duk diam dalam masjid tu..kalu mak bapak dia tak jamin..ada yang berani jamin? meh sini...



Aqil ni kannn susah tul nak pandang camera. susah-susah-susah!


Okes, ni pic malam raya (cewahhhh Aqil pakai jubah tu. Kemain sibuk dia nak tukar baju tido pakai jubah bila dia dengar orang masjid nak mai umah.. bagus kan..anak sapa la niiiii...hihihih). Abah aku bawa balik segombolan orang masjid balik umah. Buat takbir rumah ke rumah. Tak silap, umah mak timah jadi umah no 3 depa takbir. fuhh letey wes angkat itu ini hidang bagi makan. Tak da pa2 sangat pun just sediakan lemang bersama kari daging. Serunding ada buat...tapi aku ngan adik aku tak kasi mak aku hidangkan! hahhaha dekut siut ...yelah..kawan abah aku ni, kalu jumpa serunding....buat macam makan nasi. merantah je lebih. Bukan tak tau betapa hazab nak cubit2 daging tuuuuu...pedih jari2 kuku nih. Esok rayanya..kang tak sempat nak hidang serunding kat sedara mara. So simpannnnnnn....(dasar dekut..hakhakhakhak)




Ni dah selesai majlis takbir raya. waktu menjamu selera. Time ni Aqil kalut nak jug aangkat lemang2 anto kat depan. Aku kasi je..tak bagi tiyak guling2. Susahkan dapat anak rajin cam Aqil ni kan...hahhahaha




Waktu takbir....sebak didada dengar takbir raya bergema seluruh umah.



Sume dalam 35 orang. best depa...abah kasi wet raya tiap sorang. Tua2 dapat wet raya...:P


No comments:

Post a Comment