Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 4, 2011

Persiapan raya

Tahun ni aku macam tak da semangat je nak raya. May be sebab peningkatan umoq kot. Dulu-dulu best la siap plan ngan kawan-kwan (masa budak)..raya pertama nak start rumah dari kiri ke kanan. Misi kutip duit raya la katakan. Dulu jenuh nak kutip wet raya nak dapat banyak..sampai berpeluh-peluh ngan ketiak nek masam..lani budak-budak bukan nak duit syiling. Sorang-sorang kena bagi singgit. Aku dulu paling banyak dapat kat 1 umah 5 kupang. Balik kumpul wet...tak sampai pun sepuluh hinggit. Yelah..mana nak sama nilai matawang dulu ngan lani.

Last year ada aku saja je men bagi 2 kupang kat budak-budak yang mai raya umah mak aku. Geram sebab pangge masuk makan kuih raya tak nak..fenat aku kacau planta tapi tak da sapa mau makan. Tau budak-budak tu kata pa

"2 kupang je kak? kedekutnyaaaaaaaaaa" Rasa nak lempang je sekor-sekor. Cuma nasib dia pangge aku kakak...aku cool skit. Wakakakka..perangai yang jelik. Disebabkan keceluparan budak-budak tu..aku kasi wet singgit guna siling. Hambik! biar berat poket suar tu!!

Occay dah melalut ke laut aku merepek. Ceta nak pasal persiapan raya..terbabas ke lain plak. So far..dah banyak aku siapkan.

1. Baju raya
Aqil ngan abah dia dah ready baju melayu, cume nak cari sampin kat Aqil. Dulu tak da saiz kali ni aku yakin mesti ada! Abah dia tak yah sampin2..aku tau, kejap je kang dia londeh. Huh...tang nikah dulu..ntah2 nak londeh sampin pun sayang..duk pasan seri pengantin kannnnnnnnn. Cuma aku kata "abah nikah la sorang lagi"..aku rasa tak samapi setengah hari dia dah siapkan apa. Tul dak? haihh berani mat pezal nak wat gitu!?? Now, tinggal baju aku je tak da lagi. Tak tau nak cari baju apa ngan perut besaq cam ni. Ingat2 nak rembat jubah ja kot.

2. Duit raya
Ni siap awal2 dah. Tau aku wat cam na..sangat leceh tiba nak dekat raya..pakat serbu bank. Rimas aku. Buat plak duk berangan nak dapat wet kertas keras baru..tapi bila pi tukar dah abis...dok pun dapat yang lembik2 jugak. sakit hatikan. So, awal2 aku shopping 2,3 bulan lepas...dapat je wet keras2 aku simpan terus. Takkan guna. Balik simpan dalam peti besi. hahhaha...sebelum posa aku ada check..stok wet mencukupi. Setel dah...angpau pun masih ada stok last year. Ha....sempoi..tak pikir bab ni.

3. Kuih raya
Cam besa, yang order ada..dalam perancangan nak buat pun ada. Bergantung kepada last minit. Bukan susah pun nak wat semperit ngan almond london. Ni wajib. Tak nak wat banyak2 sebab aku ada order kat tempat kerja dah pun mencecah rm200 untuk umah mak aku ngan mertua. Jadi la...tak cukup, sumbat makan ketupat dah. Tak cukup gak, nanti aku cari biskut kering wat backup. :P


Apa lagi aaaa? nanti2 la aku tambah pikir. Wet nak kena simpan lagi ni, lepas raya nak sambut baby plak. Insyallah nak bersalin tempat Aqil dulu, so...kos dia pun ber-K jugak. sop sop sop...Nak sangat orang layan bagai ratu kan..so sila sediakan wet mencukupi.

No comments:

Post a Comment