Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, August 9, 2011

Bisik-bisik gelora


Meh ceta pasai novel ni. Aku dah abis baca..lani tengah khatam baca lagi sekali. Uihhh sedap ceta ni. Tapi tak puas hati la..napa la JAD ni jahat sangat. Wooooooooooo dah plak tu part Arumi ngan Jad berbaik pendek sangat. Sini aku tak puas hati. Ceta ni kalu wat film/drama sedap gak kalu layan.


Apa-apa pun karya FA memang best lah. Sekarang aku tinggal nak cari setia menanti. Ni kawan aku cakap pun best. Hari tu tak berkesempatan nak beli, wet gaji belum masuk. Sop sop sop. Ni ha...siap wat kad popular dah. Untung wes ada kad ni, ada diskaun. Lagipun memang aku ni gila beli buku, so...dah alang-alang wat je terus kad.

ni sinopsisnya :

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mertuanya jauh dari kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang keluarga mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula membenci pada Jad yang dianggapnya menjadi punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbatkan ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?



Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi ‘menantu hantu’. ~ Tuan Akalil

“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku tak suka bela pelacur. Kau duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~ Jad Izzuddin

“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat system barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa.” ~ Banin Arumi.
*************************





No comments:

Post a Comment