Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, August 10, 2011

Baling anak ke dinding. Eh psiko ke hapa??

Ishhhhh ibu jenis apakah ini? Apa salah budak tu? kalu dah marah sangat laki hang tu, amik lesung batu baling kat laki...apsal melibatkan anak? Baru 2 tahun, dia mengerti apa? Anak aku jatuh basikal luka skit pun duk merungut sakit 2-3 hari sakit....ni ngan patah kaki segala...masyaAllah....Tak letak plak bangsa apa ibu ni. Kalu la melayu islam...mana la imannya sebelum buat sume tu? Kot stress sangat pun, kawal la diri tu dari dera anak. Aku kalu marah sangat kat anak...cepat-cepat aku tinggalkan Aqil. Duk jauh-jauh. Bukan apa, kang ringan tangan aku naik. Kadang-kadang manusia susah nak kawal perasaan. Selalu aku guna mak aku la..cepat-cepat aku serah Aqil kat mak aku sebelum aku jadi lagi marah. Tambah-tambah ngan penangan pembawa budak ni, aku jadi baran skit bila mengadap tingkah laku Aqil yang bertambah2 nakalnya tu.



Petikan metro : Baling anak ke dinding

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.


“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.


***********************************************


No comments:

Post a Comment