Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, August 5, 2011

Adakah penyakit itu milik aku?

Lagi sebulan aku akan tau samada penyakit tu milik aku atau tidak. Aku dah mula google mencari segala petanda dan kesan. Juga aku cari bahan-bahan tindakan susulan kalu aku disahkan hidap penyakit tu.

Sebenarnya aku risau dan takut tapi depan suami dan anak aku wat slumber. Aku tak tau apa reaksi laki aku setelah doktor ada terang-terang skit hasil keputusan ujian darah pada kami berdua. Masa on da way balik dari klinik hari tu..dia langsung tak tanya aku apa-apa. Aku plak naik rimas. Dia ni tak risau aku ker..ker still tak faham??

Awal bulan depan aku nak kena buat ujian ultrasound bagi sahkan betul2. Berdebar-debar aku hitung date tu. Kalu aku positif maknanya aku ada 2 pilihan (ni lepas aku dapat maklumat di google)

1. Perlu ubat seumur hidup. Penyakit ni takkan hilang kalu sekadar bergantung pada ubat.

2. Operation. Ini aku takut..sebab masa untuk operation ni leh mencecah 6 jam! Walau dah operate..belum tentu penyakit ni sembuh selamanya dan mungkin akan memerlukan operation lagi. Lagi satu....untuk operation ni, aku perlu ditahan wad 3 hari! Aku jangkakan, kalu aku perlu dioperate..macam mana anak2 aku nanti. Buntu aku!

Lagi yang menakutkan aku...jika tiada sebarang tindakan di ambil....boleh hilang nyawa jika penyakit ni sampai tahap kronik.

Aku perlu pilih anta 1 @ 2.

2 comments: