Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 25, 2011

Aku tengah stress ni...

Aduihhh makin melampau la virus2 dalam lappy ni. Macam2 cara aku cari jalan untuk nyah kan dia..duk ketegaq situ. Nak soh aku format juga la tu. Haihh tak paham aku. asal aku guna wifi je....security proctection ni kaco. Aku nk wat keja pun susah. Ni aku ikut nasihat pakar, install Stopzilla. Perghhh nasib baik ok la skit ni. Cuma duk kuar msg minta reboot. ni aku takut skit nak buat. Kena tunggu pakar gak

Aku duk hitung jam ni..dok sabar nak balik awal. bos kasi balik awal sebab petang ada majlis buka posa untuk staff di hotel vistana. Ingat lagi 2 tahun lepas penah pi sana. Bawa Aqil....Aqil tak senang je duduknya. Geram gak aku. Kali ni tak tau laaa. Hope dia ok macam kat PGR hari tu.

Esok aku takut kembali stress sebab ada meeting ngan DO baru. Hope sume ok. Aku dah ready apa yang patut..harap2 aku tak kena fire ultraman dari bos aku..huhuh

Tuesday, August 23, 2011

Cerita checkup tadi

Fuhhh nasib baik dapat misi tak banyak songgeh tadi. Takut gak kang dia tanya macam-macam sebab apa aku tak pegi checkup last week. Malas nak bohong di bulan posa kan. Kang menipis aku nya pahle posa. Aku cuma cakap ada hal lepas tu dia tak tanya pa-pa lagi.

Best hari ni sebab masa aku duk tunggu turn, dapat kejutan...mat pezal bawa Aqil teman aku kat klinik. Yelahhh mai sorang-sorang, lepas tu tengok-tengok terjenggul wajah yang tersayang. Uihhhh suka la aku. Tapi aku tak bagi mat pezal ngan Aqil tunggu aku lama-lama...biasa la kan..kejap masuk bilik itu ini...mesti la lambat. Mat pezal ada 2 malam lagi keja shift malam..so,better dia balik tido dari duk tunggu aku yang tak tau amik masa berapa lama lagi.

Yang tak berapa nak best masa check perut tadi misi kata " ehhhh kepala baby ni..dah engage ni. 31 minggu ni..dah boleh bersalin tau. Bila-bila leh bersalin. Hati-hati tau"

gulppppp risau aku wes. Banyak menda aku tak ready lagi. Owhhh sayanggg..sabar ehhh. Tunggu la tul-tul masa due tu. Jangan kuar awal lagi.

Tadi scan...doc cakap uri ngan baby occay. Berat baby dah 1.45kg. Hurmmm occay la kot...


sekian.

Kisah : Mana mak...

Occay, meh kita layan sebuah kisah ni..Sangat menyentuh hati. Hargai mak kita.

***************************************************
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padangsekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Adasedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kanBang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpurtu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
*************************************************************************

Monday, August 22, 2011

Ntah pa-pa la Aqil ni

Sabtu hari tu aku ngan kawan opis berbuka kat PGR. Apa itu PGR? Penang Golf Resort. Nak tunggu compnya buka posa cam lambat..masing-masing gedikss nak jumpa...so, aku book 10 dewasa ngan 5 kanak-kanak. Ok la...nanti aku upload pics. Niat nk upload hari ni, lupa bawa camera kopak tu plak.

Occay nak ceta pasal Aqil..lani dah pandai Aqil minta upah mercun. Hangin aku. Skit-skit mercun. Ni bapak dia punya kerja ni duk beli mercun yang baling kat lantai meletup tu. Yang tu ja yang sesuai ngan Aqil. Bunga api sori..aku tak suka..tambah-tambah asapnya tu...ee aku rasa macam racun. Rasa teruk dari asap rokok la baiya!

Pagi tadi...cam besa la..sebelum salam ngan aku..budak kecik tu

Aqil : Mama....beli mercun na. Dua.

Dia angkat tangan kanan tunjuk 2 jari

Mama : Hamboiiii skit-skit mercun. Tak nak la..tak elok men. Bakar duit ja...lagipun mama tak da duit

Aqil : mama ada duit...tu-tu...

Aqil tarik hangbeg aku tau! Dia nak amik purse aku..cepat-cepat aku ngelak. Kalu dapat kat dia..abis sume duit dia cabut kuar. Pandai la...tau tang mana aku simpan duit. Kalu dia ajak abah dia pi mana-mana pun selalu gitu..bila abah dia cakap tak da wet...haaa...siap dia seret handbeg aku bagi kat abah dia. Ha..amacam, bagus dak tingkah laku anak cam ni? eeeeeeeeeee aku rasa nak cekik mat pezal sebab aku tau, dia la yang ajar cam ni!!!!

Fizikal makin lemah

Now aku dah masuk 31 mggu. Terasa macam sarat sangat-sangat. Badan rasa sakit sana sini. Tak sabar nak gomol adik Aqil ni. Dalam perut ni beria2 dia aktif..kuar nanti cam na la dia...:)

Last week aku patut checkup kat klinik, tapi dengan tak larat punya pasal aku tak pegi-pegi lagi. Ni kalu aku p minggu ni sahih kena pok pek pok pek. tak tau nak cipta alasan apa. Apa-apapun aku memang tak larat nak menapak pegi klinik tu. Mat pezal plak asik keja, kalu ada orang temankan best!. Sepanjang aku preggy ni, mat pezal hanya sempat teman aku jumpa gynea je...untuk checkup klinik biasa ni..belum lagi. Sedey aa..tapi nak buat cam na, takkan dia nak amik cuti semata-mata nak teman aku checkup. Kan bagus cuti tu simpan untuk hari raya atau simpan untuk tolong aku jaga baby nanti.

Thursday, August 18, 2011

Malas Aqil...malas mama

Pagi tadi sesudah siap nak mai keja, Aqil cam biasa mesti mai dempek tepi aku. Ada la tu nak minta pa-pa.

Aqil : mama...beli eskrem dua naaa

Mama : Maleh

Aqil : malaih-malaih...mama ni laaaa!


oooo tau pun marah..Bila aku pujuk nak hantar pegi taska...duk bagi alasan tu kan..bila soh tolong amik barang pun duk jawab malaih..Kali ni, amik balik.

Memang spoil muka Aqil, aku jawab cam tu tadi. kehkehkeh..Padahal aku dah beli stok eskrem dalam peti aih tu..dia je tak pasan..Kalu dia pasan, lagi tak habis..lagi tu duk pulun.

Tuesday, August 16, 2011

Ha tu laaaaa

Dua tiga hari lepas, Aqil duk lepak ngan abah dia dalam bilik

Aqil : Abah...kena pa ni?

jari kecik dia tunjuk parut di betis abah dia. Selama ni dia tak pasan kot

Abah : kena ekzos motor

Aqil : Ha...tu la..buas lagi.

Kakakkakakkaaaa...ayat Aqil tu sebijik ayat abah dia masa kata kat Aqil kena ekzos motor. Nah, amik balik. Pandai ngata anak, diri sendiri pun terkena balikkan?

Syabas Aqil!!!

Monday, August 15, 2011

wowww dinar melambung tinggi!!


Tiap hari cam besa la aku ni, wajib buka website public dinar check pasaran emas terkini. Tengok bawah ni, bulan Feb tahun ni aku beli dengan harga rm610, tapi sekarang kalu mau beli rm756!!!. kalu aku jual plak aku leh dapat untung rm101. Ishhh nyesal aku beli seketul je dulu. Konon nak mencuba je..tapi tul la...untung gak. Kalu melabur ASB pun tak dapat untung cam ni wooo...

Cerita aku accident..huhuhu

Jumaat hari tu masa aku odw balik rest kat umah...aku accident. Wooooo. cetanya macam ni, selalu aku balik jalan biasa, tapi hari tu terlintas nak ikut jalan len plak sebab kalu jalan biasa tu time jmaat ramai orang balik rest kan..jem tu tak yah kata la....melampau-lampau. So, nak elak jem kononnya ikut jalan KB-kubang menerong. Lepas abedeen resort keta mula slow..adus pahal plak kan....Rupanya depan ada accident.

Dalam slow-slow tu..aku dah nampak keta depan berderet-deret brek emergency. Aku pun sama la....break sehabis mungkin, keta depa aku pun sama...brek bunyi..aku brek pun sampai bunyi terseret-seret. elok aku selamat brek


Gedegangggggggggggggg...

Aku rasa keta aku bergoyang macam kita nek perahu tengah laut! pala aku nyaris terhantuk kat streng tapi sebab aku dah cekam kuat stereng dah tadi masa brek ..guna kekuatan segala ada, tak bagi perut aku sentuh stereng.

Aku terkedu kejap..lepas tu pandang belakang, nampak bonet depan keta kancil macam beralun cam ombak. haaa..hambek..langgar belakang keta lagi. Lepas tu aku tak terus kuar, aku capai handbeg cari hp. Mak aihhh baru tersedar aku tak bawa hp rupa2nya. waaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Masa ni nak gelabah tapi still aku control. Seelok kaki aku jejak jalan tar, baru aku pasan keta aku dah dikeliling mamat-mamat runner. Haiya...masing-masing pakat hulur kad. Ni yang aku tak berkenan ni. Aku terima je la...tapi aku cakap siap-siap aku tak leh wat keputusan la-la tu gak. Yang aku hangin keta depan aku tetiba melulu kat aku cakap aku sondol keta dia...dia minta rm100. Aku ada nampak garis panjang (cat tertanggal) tapi tiada kemek. Aku check depan keta...memang tak langsung tanda kemek. Macam mana kata aku langgar keta dia plak??? Aku cakap tak xda duit. Memang aku tak tipu...aku ada duit tapi tak sampai rm100. Ada rm30 je. Memang aku dah terbiasa kalu pegi kerja aku tak suka bawa banyak wet sebab aku ni kejap ke hulu ke hilir..kepercayaan nak tinggal handbeg tu....sangat la tipis. Tak berani nak bawa wet banyak-banyak ke tempat kerja. Shooping len ceta la kan..hehhehe

Lagi aku pelik....

Aku : Saya sempat brek la bang..memang tak langgar keta abang. Tengok, keta ni langsung tak da kemek pa-pa. Body keta ni tak sekuat keta wira abang tu

Abang Wira : Cik langgar keta saya,...nampak tu cat terkuar tu..Lani cam ni la...disebabkan keta saya ni dah buruk pun...saya tak moh la report polis dan claim-claim ni. Cam ni la..cik bagai saya rm100....saya jadi saksi cik kata keta depan brek mengejut

Aku : Hah??

Aku terus jadi blur..tadi kata cam len,.ni cam len. Time ni memang temp aku HOT gila. Aku terus tak layan...pastu abang wira tu pegi belakang keta aku pegi marah orang yang langgar belakang. Macam-macam dia maki..aku tengok je malas nak amik pusing sebab sah-sah dia salah. Hentam belakang macam tak brek langsung. Bumper belakang kemek sampai terpenyek kat tayar ngan ekzos patah. Huh...


Abang wira : tak pa la cam tu..cik setel la ngan dia.

Abang wira tu blah..Aku memang geram kat bini dia sama...wat muka sombong..siap sokong laki dia minta rm100 kat aku. Oh No...occay selamat rm100.

Pastu dia terus blah...Lepas tu aku duduk kejap, belum ada kekuatan nak cakap ngan abang kancil belakang keta tu...aku buntu sebab tak da hepon. Cam lawak plak..aku langsung tak heran bumber kemek belakang tu...

Last-last aku bangun pegi kat mamat runner sorang tu

Aku : Bang...pinjam hepon buleh. Saya lupa bawa hepon

Occay...time ni wat muka kesian giler. Memang terdesak. Mujur la dia kasi pinjam kan. Blackberry tu. Kaya mamat runner ni. hak3x. Opss lupa nak ceta,...aku ada minta nak pinjam kat abang wira tu...dia buat dek. Memang dia tak bagi. Dasar hantu duit..berkira!!!!

Lega dapat kol laki aku...pastu tunggu mat pezal mai. Mujur la mat pezal tak pegi keja jumaat tu. Rasa macam lama tunggu baru aku berani berdepan ngan abang tu


Aku : Bang memang tak sempat brek langsung ker?

Abang kancil : eh saya dah brek la..tapi paham-paham la keta kancil ni, mana la nk pickup sangat kalu brek..mesti terbabas gak.

Aku : So cam na ni...abang langgar saya ni?

Abang Kancil : tak pa la..claim atas insurans saya

Lepas tu aku mati kutu...Aku duduk kat kusyen belakang keta. Rasa gelap mata ngan panas terik gitu. Rasa nak pitam. Sian baby, masa aku drive tu galak dia men kick boxing..tapi saat tu dia diam terus. Aku plak nek risau. Aku gosok-gosok pun dia tak kasi respon...Ahh cuak!!

Dalam 10 minit mat pezal sampai terus deal ngan depa sume. Aku jadi pemerhati. Kejap tu abah plak sampai. Aku makin tak tahan panas..memang rasa nak down..terus minta kunci kat abah, aku cakap tak tahan sangat...abah soh balik dulu nek kembara abah. Masuk dalam keta buka ekon kuat-kuat..cari kekuatan nak drive. Mujur ehh aku tak trauma. Syukur alhamdulillah. Cuma cuak ngan baby tak gerak je ni. Sampai umah masuk bilik..bukan ekon kuat-kuat..aku tepuk-tepuk perut

Aku : baby...ok ke tak ni..mama risau ni... tolong kasi respon..

Kejap tu aku dapat rasa dia gerak skit-skit. Syukur alhamdulillahhhhh..

Petang tu sembang ngan mat pezal

mat pezal : tau tak masa lia kol abang tadi...abang tengah duk delete-delete gambar dalam hepon ni...rupanya petanda nak tangkap gambar-gambar keta accident tadi

Aku : cissssssss...tak yah nak perli-perli atau nak mengata occay.

Terus aku layangkan 2,3 bijik bantal. Huh..Malam tu aku dera dia urut tangan aku dari bahu sampai jari2..rasa lengguh yang amat sampai tak leh lena. effect accident tu la kot.











Friday, August 12, 2011

Blogspot = injil ?

Adusss....sakit hati bila dapat tau blogspot yang aku duk guna hari2 ni rupanya ada agenda sembunyi oleh puak kafir. Ramai yang dah tau, ramai yang tak tau lagi maksud aku ni. Yang belum tau leh try ni:


1. cuba anda buka mana-mana blog samada blog anda, blog kawan atau mana-mana blog sekalipun anda yang menggunakan platform blogspot sahaja....
contoh : www.xxxx.blogspot.com


2. kemudian, buka semula blog tadi itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspot
contoh : www.xxxx.blogpot.com

Apa yang terjadi?
Licik betul mereka ni...... Sebarkan.



lepas aku cuba, terkejut sangat-sangat! Anda cuba lah.

Wednesday, August 10, 2011

Baling anak ke dinding. Eh psiko ke hapa??

Ishhhhh ibu jenis apakah ini? Apa salah budak tu? kalu dah marah sangat laki hang tu, amik lesung batu baling kat laki...apsal melibatkan anak? Baru 2 tahun, dia mengerti apa? Anak aku jatuh basikal luka skit pun duk merungut sakit 2-3 hari sakit....ni ngan patah kaki segala...masyaAllah....Tak letak plak bangsa apa ibu ni. Kalu la melayu islam...mana la imannya sebelum buat sume tu? Kot stress sangat pun, kawal la diri tu dari dera anak. Aku kalu marah sangat kat anak...cepat-cepat aku tinggalkan Aqil. Duk jauh-jauh. Bukan apa, kang ringan tangan aku naik. Kadang-kadang manusia susah nak kawal perasaan. Selalu aku guna mak aku la..cepat-cepat aku serah Aqil kat mak aku sebelum aku jadi lagi marah. Tambah-tambah ngan penangan pembawa budak ni, aku jadi baran skit bila mengadap tingkah laku Aqil yang bertambah2 nakalnya tu.



Petikan metro : Baling anak ke dinding

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.


“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.


***********************************************


Tuesday, August 9, 2011

Bisik-bisik gelora


Meh ceta pasai novel ni. Aku dah abis baca..lani tengah khatam baca lagi sekali. Uihhh sedap ceta ni. Tapi tak puas hati la..napa la JAD ni jahat sangat. Wooooooooooo dah plak tu part Arumi ngan Jad berbaik pendek sangat. Sini aku tak puas hati. Ceta ni kalu wat film/drama sedap gak kalu layan.


Apa-apa pun karya FA memang best lah. Sekarang aku tinggal nak cari setia menanti. Ni kawan aku cakap pun best. Hari tu tak berkesempatan nak beli, wet gaji belum masuk. Sop sop sop. Ni ha...siap wat kad popular dah. Untung wes ada kad ni, ada diskaun. Lagipun memang aku ni gila beli buku, so...dah alang-alang wat je terus kad.

ni sinopsisnya :

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mertuanya jauh dari kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang keluarga mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula membenci pada Jad yang dianggapnya menjadi punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbatkan ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?



Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi ‘menantu hantu’. ~ Tuan Akalil

“Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku tak suka bela pelacur. Kau duduk sini, jadi orang gaji aku!” ~ Jad Izzuddin

“Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi, aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat system barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa.” ~ Banin Arumi.
*************************





Aduss perutku

hahhhhhhhhhh lega, banyak keja dah aku setelkan. Tunggu jam tunjuk masa tertentu aku nak cabut balik. Malas kuar lambat2..sat gi jem..mak oiiii. wat kurang pahle aku posa je duk maki orang.

Hari ni sangat tak selesa. Baby gerak sangatlah agresif. Banyangkan bila aku sandar kat kerusi, renung perut...nampak perut aku berombak2! Baby ni...tak leteh ka men dalam tu...tidur la sayang....huhuhu...

Aku pelik la skit ngan baby ni, bila Aqil sentuh perut aku...agresif gak dia gerak-gerak sampai Aqil tersenggih-senggih pastu sayang tak henti-henti (elehh sekarang tunjuk sayang adik ehhh...nati adik depan mata....tak tau la cam na. Tolong la terima adik seadanya occay?). Bila mat pezal pegang je...terus dia diam. Apsal baby? malu ngan abah ka? Sian abah....selalu berusaha pegang sana sini..kacau sana sini nak rasa tendangan ala-ala safee rembat bola tu....tapi sangat la susah. Nak kena aku kaco-kaco dulu..ada respond baru mat pezal cepat merasa tendangan dia tu.


Ni saat aku taip ni, rasa nak mengeliat aku dibuatnya. Memang kuatlah...Napa ehh baby? lapar ker? Sian anak mama.

Susahnya nak pujuk Aqil

Pagi tadi sesiap aku nak mai keja ni Aqil baru bangun dari tidur. Cam besa...cium pipi dia dulu pastu bantu dia bangun (turun dari katil)...tapi sebelum aku buat itu aku sembang dulu dengan dia kejap

Mama : aqil....bangun, cepat siap-siap mama nak hantar Aqil pegi sekolah

Aqil : hahhh? hurmmm baju tak da

Occay time ni aku tak leh tahan gelak, dia dah wat muka spoil lagi menarik simpati

Mama : ehh tak pa la..mama pakaikan Aqil baju baru ngan suar jean. cikgu tak marah la tak da baju sekolah lagi.

Aqil : Aqil nyegan laaa...

Occay abis ceta, ternyata anak aku ni memang bakal liat nak pegi sekolah. Macam alasan dia bagi. Kang kalu aku tanya lagi pasti dia bagi alasan sakit kaki la..sakit perut la...hurmm cam na ehh nak pujuk dia lagi.

Niat next year nak anto Aqil masuk taska permata....hurmm cam na niiiiiii

Friday, August 5, 2011

Adakah penyakit itu milik aku?

Lagi sebulan aku akan tau samada penyakit tu milik aku atau tidak. Aku dah mula google mencari segala petanda dan kesan. Juga aku cari bahan-bahan tindakan susulan kalu aku disahkan hidap penyakit tu.

Sebenarnya aku risau dan takut tapi depan suami dan anak aku wat slumber. Aku tak tau apa reaksi laki aku setelah doktor ada terang-terang skit hasil keputusan ujian darah pada kami berdua. Masa on da way balik dari klinik hari tu..dia langsung tak tanya aku apa-apa. Aku plak naik rimas. Dia ni tak risau aku ker..ker still tak faham??

Awal bulan depan aku nak kena buat ujian ultrasound bagi sahkan betul2. Berdebar-debar aku hitung date tu. Kalu aku positif maknanya aku ada 2 pilihan (ni lepas aku dapat maklumat di google)

1. Perlu ubat seumur hidup. Penyakit ni takkan hilang kalu sekadar bergantung pada ubat.

2. Operation. Ini aku takut..sebab masa untuk operation ni leh mencecah 6 jam! Walau dah operate..belum tentu penyakit ni sembuh selamanya dan mungkin akan memerlukan operation lagi. Lagi satu....untuk operation ni, aku perlu ditahan wad 3 hari! Aku jangkakan, kalu aku perlu dioperate..macam mana anak2 aku nanti. Buntu aku!

Lagi yang menakutkan aku...jika tiada sebarang tindakan di ambil....boleh hilang nyawa jika penyakit ni sampai tahap kronik.

Aku perlu pilih anta 1 @ 2.

Thursday, August 4, 2011

Persiapan raya

Tahun ni aku macam tak da semangat je nak raya. May be sebab peningkatan umoq kot. Dulu-dulu best la siap plan ngan kawan-kwan (masa budak)..raya pertama nak start rumah dari kiri ke kanan. Misi kutip duit raya la katakan. Dulu jenuh nak kutip wet raya nak dapat banyak..sampai berpeluh-peluh ngan ketiak nek masam..lani budak-budak bukan nak duit syiling. Sorang-sorang kena bagi singgit. Aku dulu paling banyak dapat kat 1 umah 5 kupang. Balik kumpul wet...tak sampai pun sepuluh hinggit. Yelah..mana nak sama nilai matawang dulu ngan lani.

Last year ada aku saja je men bagi 2 kupang kat budak-budak yang mai raya umah mak aku. Geram sebab pangge masuk makan kuih raya tak nak..fenat aku kacau planta tapi tak da sapa mau makan. Tau budak-budak tu kata pa

"2 kupang je kak? kedekutnyaaaaaaaaaa" Rasa nak lempang je sekor-sekor. Cuma nasib dia pangge aku kakak...aku cool skit. Wakakakka..perangai yang jelik. Disebabkan keceluparan budak-budak tu..aku kasi wet singgit guna siling. Hambik! biar berat poket suar tu!!

Occay dah melalut ke laut aku merepek. Ceta nak pasal persiapan raya..terbabas ke lain plak. So far..dah banyak aku siapkan.

1. Baju raya
Aqil ngan abah dia dah ready baju melayu, cume nak cari sampin kat Aqil. Dulu tak da saiz kali ni aku yakin mesti ada! Abah dia tak yah sampin2..aku tau, kejap je kang dia londeh. Huh...tang nikah dulu..ntah2 nak londeh sampin pun sayang..duk pasan seri pengantin kannnnnnnnn. Cuma aku kata "abah nikah la sorang lagi"..aku rasa tak samapi setengah hari dia dah siapkan apa. Tul dak? haihh berani mat pezal nak wat gitu!?? Now, tinggal baju aku je tak da lagi. Tak tau nak cari baju apa ngan perut besaq cam ni. Ingat2 nak rembat jubah ja kot.

2. Duit raya
Ni siap awal2 dah. Tau aku wat cam na..sangat leceh tiba nak dekat raya..pakat serbu bank. Rimas aku. Buat plak duk berangan nak dapat wet kertas keras baru..tapi bila pi tukar dah abis...dok pun dapat yang lembik2 jugak. sakit hatikan. So, awal2 aku shopping 2,3 bulan lepas...dapat je wet keras2 aku simpan terus. Takkan guna. Balik simpan dalam peti besi. hahhaha...sebelum posa aku ada check..stok wet mencukupi. Setel dah...angpau pun masih ada stok last year. Ha....sempoi..tak pikir bab ni.

3. Kuih raya
Cam besa, yang order ada..dalam perancangan nak buat pun ada. Bergantung kepada last minit. Bukan susah pun nak wat semperit ngan almond london. Ni wajib. Tak nak wat banyak2 sebab aku ada order kat tempat kerja dah pun mencecah rm200 untuk umah mak aku ngan mertua. Jadi la...tak cukup, sumbat makan ketupat dah. Tak cukup gak, nanti aku cari biskut kering wat backup. :P


Apa lagi aaaa? nanti2 la aku tambah pikir. Wet nak kena simpan lagi ni, lepas raya nak sambut baby plak. Insyallah nak bersalin tempat Aqil dulu, so...kos dia pun ber-K jugak. sop sop sop...Nak sangat orang layan bagai ratu kan..so sila sediakan wet mencukupi.

Artis ni memang sombong ehh?

Hari selasa hari tu aku ada pergi checkup kat gyne aku tu. Pegi-pegi je dia tak da, on call la pulak. So, malas nak balik...aku jumpa gyne lain.

Syukur alhamdulillah baby occay, tapi doc sampai tergelak-gelak tengok baby aku masa scan. Aktif sangat. Kaki dia laju je berkayuh macam orang pecut lari sampai doc nak ukur kaki dia pun tak leh. Dapat ukur kepala je. Now, berat dia dah 1.2 kg. Hurmm patut la mama rasa dah makin berat je perut ni. Bila tidur, nak pusing-pusing tak leh rancak sangat. Kena slow kalu nak alih posisi. huhuhu

Occay, lepas jumpa doc tunggu nak bayar bil dan amik MC (MC tu...padahal tak da la teruk sangat keadaan aku...tapi dah lewat...mood nak masuk kerja pun dah terbang entah ke mana..aku minta je MC. Lagipun bukan sennag nak MC, kalu kat gomen....BERTUAH la nak dapat!).

Sedang tunggu nama dipanggil ada segembolan laki dan pempuan masuk. Pakaian pelik-pelik. Ohhh lepas laki aku terpandang Faizah Elai..baru la tau akan ada shooting kat situ. Sombong la artis pempuan tu. Ngan pakai reben itam besaq (nampak macam nak cover muka...hello cik kak...tak hingin nak serbu awak)...pastu henyak badan diam-diam kat sofa. Muka memang sombong habis..tak tau la kalu muka dia memang cam tu. Dalam tv nampak comey lote...bila kat luar...macam orang kebanyakkan ja. So, tak da yang perlu dibanggakan sangat. Pastu ada 2 lagi artis yang aku tak tau nama...pun wat muka sombong. Kot la masuk tu senyum2 kat orang yang duk tunggu nak checkup...huh..haram.. Lantak ampa la kan.


Lepas bayar balik singgah parkson kejap. Kebetulan tak bawa Aqil...so, leh la shopping skit cari barang baby. Tapi keciwa la...baju newborn ada skit sangat-sangat. Plak tu patern lama..tak update langsung. Hilang semangat nak beli. Just beli botol susu ngan towel je. Lepas tu beli baju aqil 2 lai. Balik....sampai umah..ZzzZZZzzzzz cuti rehat la katakannnnnn....

Wednesday, August 3, 2011

Tolong la jangan ganggu kami

Aku tak tau la sorang makhluk ni asal je aku ngan laki aku on9 pesbuk, cepat je dia tegur. iye, walau bertanya khabar, hati aku sangat cemburu. Tegur tu ..tak sempat nak satu minit kami online..macam tertunggu je antara kami online.

Walau itu sejarah lama, aku tak boleh lupa apa dia buat kat aku! Tanpa meminta maaf dia slumber je tegur aku. Aku sekarang duk berkira-kira nak nyahhhh je dia dalam list friend aku ni.

Monday, August 1, 2011

Menu buka posa

Segala-gala menu nak buka posa petang ni adalah:

Kita pi tunjuk-tunjuk je kat bazar ramadhan!!!


Sian baby...perut aku duk sakan bunyi ni. Mesti tangan comey dia duk tutup tinga. Sabar la sayang...time berbuka nanti mama makan banyak. Time tunjuk-tunjuk sat gi, mama nak tunjuk-tunjuk je mana nak makan. Abah plak ditugas bayar apa yang mama tunjuk. Aci kann???

1st POSE ~ Penin

Semalam tido tak menentu. Natijahnya pagi ni bangun je terasa macam baru turun bot. Aqilnya pasal, kejap sakit perut la...kejap gatai la...nyamuk la..macam-macam alasan dia kejut aku bangun. Tak silap aku, Aqil kejut aku kul 2.20 pagi, pastu kul 3.30 pagi, pastu kul 4.45 pagi...

4.45pagi memang tak terdaya nak bangun tolong mak aku kat dapur siap sahur...sebab berdenyut-denyut pala...sampai niat tak mo sahur. Last-last mak timah ketuk pintu bilik gak soh bangun kul 5.15 pagi. Pastu baru aku tingat baby...sian baby kalu aku tak sahur. So, gagah diri bangun gak. Pastu sementara tunggu subuh...terlelap plak. 6 lebih baru kerjakan subuh. So, kejap bangun kejap tido...kan menambah kebiolan pala aku ni. hukhukhuk

Semalam laki aku last day shift malam...pagi ni nak ngada-ngada la soh anto p kerja...tapiiiiiiiiiiiii

Abah : aqil...cepat mandi. Jom hantar mama

Masa tu Aqil duk gonggong botol susu dia sambil guling-guling sebelah abah dia..Dia cabut puting lalu berkata ngan 'sopannyaaaaaaa'

Aqil : Mama pi la sendiri

Occay, nada tegas tu. Bertuah punya anak. Mat Pezal dah berdekah-dekah gelakkan aku. Tak per-tak per....sampai hati layan mama cam ni. Gagah la diri mai keja sendiri drive. Sop sop sop