Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, July 21, 2011

Sembang ngan Aqil sebelum tidoq

Semalam, hampir-hampir mata ni menutup rapat...Aqil merapat diri kat aku. Terasa tangan kecik tu menepuk bahu aku. Auwww sakit la. Tepuk dekat aku kena cucuk ngan misi pagi kemarin

Aqil : mama-mama...jom lakawi..aqil nak nek bot

Aku : Hahhh? (bulat bijik mata aku ni. Ni sapa yang ajar plak ni. Dah pandai ajak jalan-jalan sampai langkawi)

Aqil : jom-jom...pi ngan abah

Aku : jauhhh la Aqil. Mama pun dah tak larat nak jalan. Kita tunggu ada adik, adik besar...nanti kita pegi ehhh

Aqil : jom la...nek bot besaq

Terkelu lidah aku ni. Sapa la yang duk citer pegi langkawi kena nek bot segalanya ni.

Aku : tak moh la...jauh aaa. dah la...tido

Aqil : jom pi adang teh

Aku tepuk dahi. Haiyaaaaaaa macam-macam la Aqil

Aku : Nak pi cameron highland lagi? Kan baru je kita pi

Aqil : bestttt sejuk ooooo

Eeeeeeeeeee dalam bilik tu aku rasa dah buka ekon kasi sejuk, nak pi tempat sejuk lagi? aku layan laa Aqil sampai dia tertidur. Pagi tadi bagun terus tingat langkawi. Hurmmmm kalu la keadaan mama tak macam ni, lepas raya mama kompom bawa Aqil pi sana. Insyallah Aqil, ada rezeki lebih nanti kita pi. Bawa maktok sekali. Moga-moga, rezeki tahun depan mencurah-curah lagi walau aku sendiri tak pasti, masih adakah kerja untuk tahun depan.


*Inilah nasib seorang pekerja swasta*

No comments:

Post a Comment