Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, July 20, 2011

Ohhhh sedapnya kena marah...Nikmat!!

Pagi tadi aku ada medical checkup kat tempat biasa. Tapi ada yang luar biasa, elok aku belok keta nak masuk klinik...klinik tak da! dah ranap! Lori-lori besar duk angkut segala runtuhan klinik! Okes, jangan terkejut...ekceli maksudnya...klinik dah berpindah ke klinik baru. baru beberapa hari aku lalu situ, tak pasan plak klinik lama diranapkan. Arggg mesti selesa check kat klinik baru. Tak sabar aku menapak masuk.

Tolak je pintu depan lobi tu...mak datuk nenek mak tam mak longgggggg ramainya manusia. Lepas tu aku pandang ada 3 kaunter. ha sudah...kat mana nk tuju...terus tengok signboard Ibu dan anak. letak buku merah dalam bakul. Baru setapak pusing belakang


"heiiiiiiiiii pegi register kat sana dulu."

Aduesss dah kena tembak ngan misi. Spoil sekali. Ngan cover malu, aku bawa je ker kaunter dia tunjuk. Hurm...ada la dalam 5 minit nak dapatkan no giliran. Nasib baek dalam ekon. Panas hati leh dikurangkan. Dah dapat tu terus aku pi kat tempat aku tuju awal2 tu. Alhamdulillah ada banyak bilik untuk check mak2 buyung. So, tak da lama sangat nak tunggu. Dah timbang apa sume pegi makmal. Besa la...tadah ayaq kencing. Syukur-syukur...toilet baru cantik....selesa. Lepas tu pegi tempat awal balik...untuk misi check. Kena plak misi yang dah nak putuih haid..ker dah memangnya putuih haid. Ngan muka masam...haram dok mesra. Nak senyum pun susah? Dapat pahala tau!


Pastu kena plak bebel sebab aku salah mark carta gerak baby. Malas nk ceta mana salah dan yang pasti misi sebelum ni la yang ajar aku salah. Senggal.


Aku : Mana saya tau...misi ada ajar kata wat cam tu...tak da plak dia cakap kena mark satu tanda ni..kena tunggu lepas 10 minit. (tak paham? abaikan)


Lepas tu misi tu wat-wat muka. Ehhhh ingat aku reka cerita ka. Nak marah aku plak. Dah plak tu marah aku pandang2 la..ada la sorang akak tu ada sebelah aku. Slumber je gelakkan aku sebab aku kena marah. Woiiiiiiii tau la akak tu dah beranak banyak kali..dah ada banyak pengalaman banyak kali..men gelakkan orang plak. nak je aku pelangkung saat itu. Arhhhhhh Puan Leya sangat malu taw! Rasa nak selak kain bawah..serkup muka..ehhh tapi kang lagi malu!!!!!


Dah la kena bebel....pastu aku kena cucuk plak. Haiyaaaaaaa ni wat aku cuak ni. Lagi wat aku moody. Ekon yang sejuk tadi...terus wat aku panas. Kalu la misi "R" tu tegur aku baik2 tak da aku nak hot2! la-la tu gak aku ngadu kat laki aku. cam besa dapat balik esemes dia "sabaq2". Waaaaaaaaaaaa...masih tidak dapat menyejukkan hatiku ini.


Pastu minta MC..tak dapat plak. Eeeee tensen tul la...last2 esemes bos minta nak masuk keja lepas lunch. Mujur laa puan bos aku memahami. syukur...

No comments:

Post a Comment