Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, July 25, 2011

Aqil yang tak serik-serik

Jumaat hari tu tergerak hati nak cabut balik kerja awal. Tapi tak da la awal sangat. Dalam 5 minit awalnya. Tak da la ketara sangatkan?????

Occay, sampai je umah aku dengar Aqil melalak-lalak dan mak tam aku duk kalut semacam kat depan pintu..siap bertudung macam nak kemana- mana. Semacam je, sepupu aku plak dah ready dalam keta abah. Ehhhh cuak giler. Lepas tu aku cepat-cepat kuar dari keta, bertembung ngan mak aku kuar dari rumah sambil dukung Aqil yang pulun tiyak. Just pakai pampers je.

Aku : Apsal mak?

Mak : Ni tangan aqil terseliuh kot. mak nak pegang dia tak bagi. Dia kata tangan patah. Jatuh belakang umah aunty

Adus...pandai la Aqil kata patah. Macam la dia tau patah tangan tu cam na. Sahih terseliuh ni. Nampak bengkak skit kat siku dia

Aku : Ni nak bawa Aqil pi mana?

Mak : Jom pi umah Tok Siah. Kena pi ngurut ni, kalu tak bawa, malam kang tak lena la kita.

Aku masuk umah simpan beg keja pastu kunci umah, terus masuk dalam keta abah. Chik yang drive. Aku dah menggigil-gigil dah. Dada pun sebak semacam dah tengok Aqil tiyak macam tu.

Sampai umah tukang urut tak da plak. Terpaksa la call kawan-kawan tanya kat mana lagi tempat ngurut. Nasib baik tak da sapa suggest aku soh pi urut kat SPA. Kalu ada cadang gitu....memang nak kena maki ngan aku berkawah-kawah!

Akhir sampai gak umah tukang urut. Orang pangge Pak cik Uduh. Alahaiii tak da la huduhnya pakcik tu. Awat la depa pangge dia huduh...


Masa dia ngurut aqil, Aqil dalam riba aku...menjerit-jerit dia masa kena urut tu. Aku ni tahan je la ayaq mata. Sian tengok anakku ni. Budak sekecil tu tahan sakit nak urut betulkan urat-urat


Pak cik uduh : hermmm urat lari skit ni. Ni mesti dia jatuh, siku terhempas kat tempat keras ni. Nasib baik bawa mai cepat..ni kalu simpan lama-lama..lagi sakit....masuk angin

Amik masa gak dia urut. Pakcik tu pun tak berani urut sangat sebab kat mulut dia duk sebut kesian-kesian. Jarang sangat dia urut budak besaq aqil. Lepas tangan Aqil dah leh bengkok, Aqil pun dah makin reda tiyak.

Malam tu aku ingat Aqil nak duk diam....tapi.....dia lompat-lompat balik. Aku plak duk seriau tengok aqil cam tu. Waaaaaaaaaa cume la duk diam Aqil. Tak penah nak serik!

No comments:

Post a Comment