Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, July 29, 2011

Setel shopping

HUh, aku ni gaji blum dapat tapi perabih wet mana yang ada. Ha baguih sangat la tu. Gi sunway mall tadi cari kasut. Susah gila nak dapat yang berkenan. Penat jalan. Akhirnya kedai bata (kedai mula2 masuk) balik.

Kasut bata = rm59.99
buku Panduan syariat =rm50.00
Novel Bisik-bisik cinta (fauziah ashari) = rm25.50
Popular member card = rm12

Ha pandai aku berbelanjakan. Tinggal rm20 je dalam handbeg aku ni. Waaaaaaaaaaaa gaji cepat la masuk!!!

Lepak opis

haihhh macam-macam makan kat opis hari ni. Ada apa?

-bihun goreng
-mee goreng
-pulut
-serawa durian
-kopok
-donut
-puding
-teh tarik

Penuh perut ni haa.. Jap gi nak p jalan-jalan beli kasut baru. Kejap je lekang kasut aku ni. Letey aku beli. Mau mahal..murah ka..sama je. Nyampah aku. Aku cukup malas nak beli kasut sebab ngan kaki saiz cinderalela aku ni..tak banyak choice. Bila berkenan je tak da saiz. Ni yang buet aku malas beli kasut!

Thursday, July 28, 2011

Esok : agenda makan-makan sampai muntah

Dah tak sabar nak tunggu esok. Kaki gedik bukan main lagi. Lama tak jumpa TSOs.. Sekali jumpa mesti ada seisi luah perasaan dan gosip-gosip. Disebabkan esk last waktu berkerja sebelum sambut ramadhan, kami wat makan-makan kat opis. Ha...makan la sampai muntah ijau puple pun. Ceh, macam la bulan posa tak leh makan kan.

Ni dah laci aku pun banyak lagi stok makan. Tak leh jadi sat lagi nak kena bawa balik. Kang buat next week aku lupa, slumber aku tarik laci makan. Tau la aku mak labu tapi insyaAllah la...aku leh tabah dan sabar posa penuh. Azam ni! Sian baby. Tak per baby, time sahur mama pulun makan. Time berbuka pun mama pulun makan sampai time sahur. Occay??

Meh gosip : Elia ngan APek dah renggang?

Panas je tajuk ni..kena plak malam ni Apek kat pintu gawang...kuar plak ceta macam ni. Biar betul apek ni...mentang-mentang dah femes...perangai pun jadi len macam. Ni den tak gemar ni walau aku tak minat pun kat mamat ni. Aku minat skill dia terbang tangkap bola jerk

Nak tau cetanya? ampa leh pi kat page ni Klik sini

Bestnya hari ni

Selasa hari tu aku ada order kek buah kat user aku ni (dis my faveret..nyumi2)...So, hari dah dapat. Yang syoknya.....

USER KASI FREE!!!!!

Alaaa ni aku jadi tak best tapi BEST sebenarnya...menda free sapa yang tak best kan...tapi gue segan sih...Dah plak tu besaq plak kek ni. Susah tau nak wat kek buah versi user aku ni...aku dah try banyak kali, masih belum sampai ditahap perfect (ni aku try yang bakar biasa je. Guna pun tepung nona jerk). Yang user aku wat ni, siap ada petua lagi..rendam buah-buah sume dalam sunquick, bakar 2 jam lebih. Haaaaaa bukan senang ni. Tertiba dapat free. Terharu gila aaaa.. Sayang kak Ain!!! Sungguh...ikhlas jatuh sayang.

Wednesday, July 27, 2011

Perihal shopping

Sayang...
Baru petang semalam mama luah di sini kecik ati ngan abah tak bawa shopping kan. Tau tak, petang semalam, lepas abah ngan abang Aqi
l amik mama balik dari kerja..abah bawa kita pegi JJ queenbay! Sonok mama tau bila abah tala keta nek jambatan. Ingat abah nak bawa kita ronda-ronda kat tesco @ gaint @ ca4 jerk. Ekekkeke.


Sayang...

Tapi mama kecik hati gak sebab baju-baju untuk sayang tak da choice. Ada yang biasa-biasa je. Yang luar biasa pun ada tapi harga pun luar biasa! Bukan mama kedekut..tapi rugi tau kalu beli mahal-mahal tapi sayang sempat pakai kejap je..lepas tu sayang dah besar. Tak pe, banyak masa lagi..nanti mama cari lagi. Tapi kan...mama tetap beli 2 pasang kat sayang kaler putih dan hijau muda. :)

Sayang,
Baju raya kat abang Aqil pun mama dah beli. Abah pun sama. Tapi abah yang bayar
la kann. Mama tukang pilih ja. hehhe. Sian kat mama ni...tak sempat nak cari baju raya padahal berlonggok-longgok baju new arrival. Mama letih sangat jejalan untuk cari baju kat 3 orang yang mama sayang. Mama tak da hati nak beli baju untuk mama..ntah kenapa. May be rasa penat buat mama spoil nak memilih. Mama kan cerewet skit. Kadang-kadang mama suka...tapi abah tak suka. Mama tak ready nak kena komen ngan abah. hehhehe. Tak per la sayang...len kali mama cari baju untuk mama.


Ni ha...pic masa kat JJ

Aqil ngah drive rapid penang...:P


Try baju raya. Adakah baju ini menjadi baju raya Aqil? Tunggu la gambo2 raya nanti yerk!!



Tak leh control dah...dia lari jauh-jauh nak nek motor penuh kepalsuan ini juga. Perghhh memang ada gaya aaa.



Pandai menjawab la Aqil ni

Pagi tadi siap-siap nak bfast....bertembung ngan Aqil baru kuar dari dapur dengan bawa secawan milo. Aku letak handbeg ... terus amik cawan kat rak...capai teko..tengok-tengok

Mama : Aqilllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

Aqil : Ha

Dia menjawab di hujung sana

Mama : Kan mama pesan, kalu nak ayaq bagitau mama atau maktok! Ni Aqil bagi tumpah ehhhh????

Hishhh bengang aku...satu hal nak bersihkan. Tumpah setengah teko ni. Eeeeeeee

Aqil diam, dia toleh aku dari pintu dapur.

Mama : Awat la Aqil ni tak dengar cakap aaaaa????

Aqil : hurmmmm....tak tau laaa..

Dia buat muka slumber je menjawab. "tak tau la" ?????

Tuesday, July 26, 2011

Oh baby sayangggg

Sayang...
Usia sayang dah 27 weeks tau... mama tak sabar nak tengok wajah sayang.
Dulu masa abang Aqil kan...mama ngan abah gigih pegi scan 4D kat Bagan specialist tapi untuk sayang mama ngan abah taknak sebab..banyak sebab lah.... mama tau anak mama mesti comel!!! :)

Sayang tau...
sayang ni kuat sangat la tendang perut mama
kadang-kadang mama terkejut tau bila sayang tendang.... kuat sangat la sayang. Slow-slow la skit...sian mama. Kadang-kadangkan bila mama tidur mengiring terasa macam sayang duk lari setempat! Hahhahahha mama gelak je walau ia buat mama tak leh nak lelap mata mama tak marah sayang...:)

Mama kecik hati la...abah masih belum ajak mama ngan abang Aqil beli barang-barang sayang.
Hurmmm may be abah sibuk...pastu abah pun mungkin nampak mama pun sibuk. Sayang jangan kecik hati tau. Mama dah ready list nak beli macam-macam kat sayang Biar terbeliak bijik mata abah. hahhahahhaha Abah tak leh marah....kalu abah tak bagi beli...mama guna wet mama! degilkan mama ni tapi...untuk sayang...mama tak kisah. Selagi mama termampu..mama akan buat Macam tu gak untuk abang Aqil...

Sayang....

mama tak sabar peluk sayang... tak sabar nak cium sayang... mama rindu sayang...:)

Hang saja yang betul!

Ada sorang hamba Allah ni...aku masih tak faham kemahuan dia. Bukan diri aku saja...orang sekeliling dia pun masih tak paham ngan sikap dia.

Kalu dia nak sesuatu...hamboi skit punya push. contohnya macam anak kita la kata nak makan nasi...terkocoh-kocoh kita masak nasi...lepas siap, ngan siap moi-moi nasi panas tu kasi suam...bleh plak kata tak mau. Ni la situasi aku hadapi. Kalu anak aku, dah lama aku cubit-cubit geram. Panas tul hati aku.

Monday, July 25, 2011

Nak kawin perlu buat LOAN?

Sekarang ni, orang nak kawin macam-macam kena ready kan. Kalu artis len la...siap ada orang taja. lagi glemer...lagi la tak payah serabut pala. Sume orang mai sua nak taja itu ni. Kita ni orang biasa...macam-macam nak pikir nak kena beli itu ini..booking itu ini.

Pada aku kalu kawin biar la ikut kemampuan. Kalu dah gaji ciput cukup untuk diri dan tampung famliy skit-skit...perlu ka sampai buat loan yang mencecah puluhan ribu. Mak datuk...mampus nak bayar. Plak tu ada yang berani buat loan, tang nak bayar amik masa berbelas tahun! Oh ini kerja gila!!!

Baik kawin ala kadar...lepas kawin tak da nak perlu pikir bayar utang. abis kenduri..abis dah pasal bab kawin ni. Pikir bab pulun buat anak ja kan. hakhakhak. Ni ada orang...lepas kenduri..ohh sibuk duk kira bayar utang, pastu anak kuar sorang..oh lagi kalut nak korek duit. Tak ker menyiksa jiwa dan raga?


pada bakal-bakal nak jadi somi dan bini orang, nak kawin tu tak yah la pikir pasal kenduri gah-gah. Tak kemana pun. Wat la gah mana pun, sesempurna mana pun...mesti ada gak orang komen itu ini. Manusia tak penah puas occay, walau kita dah cuba buat yang terbaik. Baik kawin ala kadar...orang nak ngata pun..lantak la...lagipun, depa tak da nak sumbang wet ke apa-apa kan?


Kenapa aku tetiba buat entry cam ni? sebab aku sedang berhadapan ngan insan ni dan aku tak tau nak tegur dia macam mana. Nak kata lebih-lebih...bukan aku nak kena bayar kan..dia yang bayar. So, tengok je la...


*Jauh di sudut hati....kesiannn*

Aqil yang tak serik-serik

Jumaat hari tu tergerak hati nak cabut balik kerja awal. Tapi tak da la awal sangat. Dalam 5 minit awalnya. Tak da la ketara sangatkan?????

Occay, sampai je umah aku dengar Aqil melalak-lalak dan mak tam aku duk kalut semacam kat depan pintu..siap bertudung macam nak kemana- mana. Semacam je, sepupu aku plak dah ready dalam keta abah. Ehhhh cuak giler. Lepas tu aku cepat-cepat kuar dari keta, bertembung ngan mak aku kuar dari rumah sambil dukung Aqil yang pulun tiyak. Just pakai pampers je.

Aku : Apsal mak?

Mak : Ni tangan aqil terseliuh kot. mak nak pegang dia tak bagi. Dia kata tangan patah. Jatuh belakang umah aunty

Adus...pandai la Aqil kata patah. Macam la dia tau patah tangan tu cam na. Sahih terseliuh ni. Nampak bengkak skit kat siku dia

Aku : Ni nak bawa Aqil pi mana?

Mak : Jom pi umah Tok Siah. Kena pi ngurut ni, kalu tak bawa, malam kang tak lena la kita.

Aku masuk umah simpan beg keja pastu kunci umah, terus masuk dalam keta abah. Chik yang drive. Aku dah menggigil-gigil dah. Dada pun sebak semacam dah tengok Aqil tiyak macam tu.

Sampai umah tukang urut tak da plak. Terpaksa la call kawan-kawan tanya kat mana lagi tempat ngurut. Nasib baik tak da sapa suggest aku soh pi urut kat SPA. Kalu ada cadang gitu....memang nak kena maki ngan aku berkawah-kawah!

Akhir sampai gak umah tukang urut. Orang pangge Pak cik Uduh. Alahaiii tak da la huduhnya pakcik tu. Awat la depa pangge dia huduh...


Masa dia ngurut aqil, Aqil dalam riba aku...menjerit-jerit dia masa kena urut tu. Aku ni tahan je la ayaq mata. Sian tengok anakku ni. Budak sekecil tu tahan sakit nak urut betulkan urat-urat


Pak cik uduh : hermmm urat lari skit ni. Ni mesti dia jatuh, siku terhempas kat tempat keras ni. Nasib baik bawa mai cepat..ni kalu simpan lama-lama..lagi sakit....masuk angin

Amik masa gak dia urut. Pakcik tu pun tak berani urut sangat sebab kat mulut dia duk sebut kesian-kesian. Jarang sangat dia urut budak besaq aqil. Lepas tangan Aqil dah leh bengkok, Aqil pun dah makin reda tiyak.

Malam tu aku ingat Aqil nak duk diam....tapi.....dia lompat-lompat balik. Aku plak duk seriau tengok aqil cam tu. Waaaaaaaaaa cume la duk diam Aqil. Tak penah nak serik!

Thursday, July 21, 2011

Terkantoi ngan mat pezal

Last week aku ada beli novel online. Novel apa?

Ombak rindu + Rindu cintaku

Ingat tak sampai kat tangan mat pezal. Last-last aku balik dia layang2 bungkusan tu depan mata aku. Siap ada sedikit koyak. Huh dia la koyak tu nak tengok menda apa. Senggih je la aku...tapi sentap gak kena tarbiah


Mat Pezal : mama niiii..tak yah la membazir beli menda-menda cam ni. Baca alquran lagi bagus.

waaaaaaaaaaaaa nak nangis aku. Selama ni lepas mangrib memang aku baca quran apa. Sop sop sop...u, tu duit i. I penat2 kerja, bagi la I peluang guna skit wet untuk hiburkan hati. Lagi pun novel ni bukan sume merapu..dalam tu ada macam-macam nasihat dan teladan....ada juga yang berlaku dalam kehidupan kita dan ada juga penyelesaian macam mana nak atasi masalah. Ada baik juga. Tak sume buruk. Macam sebelum ni, dia ada tegur aku beli stanza cinta...nak je aku kasi dia baca...dalam stanza cintu....banyak gila ilmiah. Macam baca buku agama. Nak bela diri tapi tak berdaya. Sop sop sop...

Sembang ngan Aqil sebelum tidoq

Semalam, hampir-hampir mata ni menutup rapat...Aqil merapat diri kat aku. Terasa tangan kecik tu menepuk bahu aku. Auwww sakit la. Tepuk dekat aku kena cucuk ngan misi pagi kemarin

Aqil : mama-mama...jom lakawi..aqil nak nek bot

Aku : Hahhh? (bulat bijik mata aku ni. Ni sapa yang ajar plak ni. Dah pandai ajak jalan-jalan sampai langkawi)

Aqil : jom-jom...pi ngan abah

Aku : jauhhh la Aqil. Mama pun dah tak larat nak jalan. Kita tunggu ada adik, adik besar...nanti kita pegi ehhh

Aqil : jom la...nek bot besaq

Terkelu lidah aku ni. Sapa la yang duk citer pegi langkawi kena nek bot segalanya ni.

Aku : tak moh la...jauh aaa. dah la...tido

Aqil : jom pi adang teh

Aku tepuk dahi. Haiyaaaaaaa macam-macam la Aqil

Aku : Nak pi cameron highland lagi? Kan baru je kita pi

Aqil : bestttt sejuk ooooo

Eeeeeeeeeee dalam bilik tu aku rasa dah buka ekon kasi sejuk, nak pi tempat sejuk lagi? aku layan laa Aqil sampai dia tertidur. Pagi tadi bagun terus tingat langkawi. Hurmmmm kalu la keadaan mama tak macam ni, lepas raya mama kompom bawa Aqil pi sana. Insyallah Aqil, ada rezeki lebih nanti kita pi. Bawa maktok sekali. Moga-moga, rezeki tahun depan mencurah-curah lagi walau aku sendiri tak pasti, masih adakah kerja untuk tahun depan.


*Inilah nasib seorang pekerja swasta*

Wednesday, July 20, 2011

Ohhhh sedapnya kena marah...Nikmat!!

Pagi tadi aku ada medical checkup kat tempat biasa. Tapi ada yang luar biasa, elok aku belok keta nak masuk klinik...klinik tak da! dah ranap! Lori-lori besar duk angkut segala runtuhan klinik! Okes, jangan terkejut...ekceli maksudnya...klinik dah berpindah ke klinik baru. baru beberapa hari aku lalu situ, tak pasan plak klinik lama diranapkan. Arggg mesti selesa check kat klinik baru. Tak sabar aku menapak masuk.

Tolak je pintu depan lobi tu...mak datuk nenek mak tam mak longgggggg ramainya manusia. Lepas tu aku pandang ada 3 kaunter. ha sudah...kat mana nk tuju...terus tengok signboard Ibu dan anak. letak buku merah dalam bakul. Baru setapak pusing belakang


"heiiiiiiiiii pegi register kat sana dulu."

Aduesss dah kena tembak ngan misi. Spoil sekali. Ngan cover malu, aku bawa je ker kaunter dia tunjuk. Hurm...ada la dalam 5 minit nak dapatkan no giliran. Nasib baek dalam ekon. Panas hati leh dikurangkan. Dah dapat tu terus aku pi kat tempat aku tuju awal2 tu. Alhamdulillah ada banyak bilik untuk check mak2 buyung. So, tak da lama sangat nak tunggu. Dah timbang apa sume pegi makmal. Besa la...tadah ayaq kencing. Syukur-syukur...toilet baru cantik....selesa. Lepas tu pegi tempat awal balik...untuk misi check. Kena plak misi yang dah nak putuih haid..ker dah memangnya putuih haid. Ngan muka masam...haram dok mesra. Nak senyum pun susah? Dapat pahala tau!


Pastu kena plak bebel sebab aku salah mark carta gerak baby. Malas nk ceta mana salah dan yang pasti misi sebelum ni la yang ajar aku salah. Senggal.


Aku : Mana saya tau...misi ada ajar kata wat cam tu...tak da plak dia cakap kena mark satu tanda ni..kena tunggu lepas 10 minit. (tak paham? abaikan)


Lepas tu misi tu wat-wat muka. Ehhhh ingat aku reka cerita ka. Nak marah aku plak. Dah plak tu marah aku pandang2 la..ada la sorang akak tu ada sebelah aku. Slumber je gelakkan aku sebab aku kena marah. Woiiiiiiii tau la akak tu dah beranak banyak kali..dah ada banyak pengalaman banyak kali..men gelakkan orang plak. nak je aku pelangkung saat itu. Arhhhhhh Puan Leya sangat malu taw! Rasa nak selak kain bawah..serkup muka..ehhh tapi kang lagi malu!!!!!


Dah la kena bebel....pastu aku kena cucuk plak. Haiyaaaaaaa ni wat aku cuak ni. Lagi wat aku moody. Ekon yang sejuk tadi...terus wat aku panas. Kalu la misi "R" tu tegur aku baik2 tak da aku nak hot2! la-la tu gak aku ngadu kat laki aku. cam besa dapat balik esemes dia "sabaq2". Waaaaaaaaaaaa...masih tidak dapat menyejukkan hatiku ini.


Pastu minta MC..tak dapat plak. Eeeee tensen tul la...last2 esemes bos minta nak masuk keja lepas lunch. Mujur laa puan bos aku memahami. syukur...

Tuesday, July 19, 2011

Ooooo....baru aku tau

Semalam MC jumpa Dr Azura (best doc ni..lama dia check aku sampai aku puas hati), check sebab perut aku macam ada angin semacam je. Kejap2 memulas je perut. Sekali pegi jamban, hasilnya skit je (sori..ceta pasal jamban..kekekke). Nak makan ubat takut, kang salah ubat. So kena la gak pegi klinik untuk dapatkan ubat yang betul.


Di kesempatan tu aku tanya doc

Aku : kenapa ehh saya baru 25 weeks tapi perut saya macam orang sarat 8 bulan. Sakit kat bawah..macam nak dekat bersalin je.

Doc : ohh ya ka? orang sarat je akan rasa macam ni.

Aku : kadang-kadang rasa nyilu...rasa cam berat. Baby saya besar kot?

Doc : ohh cam ni meh la kita scan dulu laaa...takut berkaitan rahim


Lepas baring tu..dia ceta satu persatu. Rupa2nya air ketuban aku sangat la banyak. Ni la buat aku rasa bawah macam tertekan. Berat air. Berat baby normal lepas doc ukur panjang dan kepala baby. Scan tu nampak la jantina bby. Hamboiii nyala tunjuk dia nya sulit tu. kehkeehkehe. Hari tu masa scan kat pakar kemain dia kepit. Malu kat abah ehhh? ook-ok....mama faham. kehkehekeh


Nak tau jantina apa? Ohh tak kose aku nak hebah sini...sebab mat pezal pun tak tau lagi. Tunggu la aku bersalin nanti aku dedahkan yerk.

Wednesday, July 13, 2011

Ohhhhh gila la cam ni..

Memang kopak nanti wet aku. Free tadi sementara tunggu tenet pulih aku check fail my pic dalam PC aku ni. Dalam 500++ aku blum anto ke kedai kodak untuk dicuci. Aiyakkkkkkkk....

500 X 0.50 = rm250
atau
500 X 0.60 = rm300

Hurmmmm duit tu aku leh makan 2 bulan. gigih lagi duk posing kat sana sini. Pastu gigih nak pi cuci. Tak cuci cam sayang plak. Takkan takat nak tayang kat pesbuk je. manatau satu hari nanti pesbuk dah tak leh buka ka pa...apa kenangan yang tinggal. Takleh-takleh...kena anto pi kodak gak ni

Memang Jerk lah!!

Aihhhh makin geram aku ngan tenet sini. Aku nk buka gmail dekat setengah jam tak buleh-buleh. Dah la segala kerja aku kena refer emel. Melambatkan aku wat kerja tul la. Memang BIOL aaaaaa..
Ni aku nak wat apa ni? ok-ok tenang leya...shoot blog dulu sementara nak tunggu tenet kembali sembuh. Huh!

Tuesday, July 12, 2011

Madah


Aku tidak layak mengungkap ketaatan andai tiada padanya selautan keikhlasan..

Monday, July 11, 2011

Kesal

Pagi tadi sebelum aku nek opis aku lalu kedai TOTO. Tau TOTO? Bukan TOTO lapik tidoq yer. Tau kan TOTO yang satu lagi? Aku selisih ngan sorang mamat yang tak kurang ensem la juga. Kesal sebab dia baru lepas tikam nombor. Tapi muka ada melayu...ada cam pakistan. Tau la agama apa.

Aku nek tangga, mamat tu ikut belakang. Aku ke tingkat atas, tapi sempat dengar laki tadi jerit Assalamualikummm kat opis tingkat bawah tu.

Huh, sekali lagi aku kesal. Orang islam rupanya, bangsa tak tau. Pagi-pagi orang cari rezeki halal...dia pagi2 dah tikam nombor!

Wednesday, July 6, 2011

Cerita Buku Aqil

Meh sini tengok...aku pupuk minat aqil suka buku. Alhamdulillah...tak sia2 aku menapak pinjam buku ni kat library Bertam.


Cerita Cameron Highland

At last...sampai gak aku kat Cameron Highland (CH) ni. Dah berkurun ngidam nak pi. Dulu dikira tak aci aku ngidam tanpa ada isi. Kali ni tul-tul ada isi, haaa baru mat pezal tul-tul bawa! ekekkee. Tak puas pegi sebab terasa kejap sangat. Seelok mau duk sana 3hari 2malam. Kos pun tak tinggi sangat. Cuma hotel la mahal skit dari biasa. Mana-mana tempat memang gitu kan. Asalkan weekend mencanak nek harga. Bukan takat 2,3 hinggit. Ada yang nek sampai rm50! So, pandai-pandai la pilih.

Okes...meh layan gambo aku snap ni.

Da signborad


Kat mana ni ha? lupa dah aku. Rasanya kawasan Kg Raja.



Sampai je kat Taman rama-rama Aqil minta eskrem. Ades...sejuk la Aqil!


Mama dan Aqil


Ini kawan Aqil. Syakir. Aqil pangge Cakir.


Masa ni tengok tikus comel duk makan jagung. Tak tau la apa yang buat aqil sampai cam tu


Dalam cermin tu tak silap ada Iguana


Aqil nak pegang tapi takut.


Dalam taman ni ada ular. Tobat aku nak pi dekat. Aku sangat takutkan ular ...apa menantang yang panjang-panjang. Aku tengok dari jauh je. Ceqing je bulu roma aku. geli-geli..


Ni kat ES stoberi sebelah hotel Equatorial. Buah stoberi dia..nala besaq!


Parking



Check-in dulu @Hotel titiwangsa. Dari 10 bintang aku kasi 7 bintang. Selesa. Lepas tu ada bfast + steamboat. Steamboat dia jenuh makan. Leh topup. Semalam rm188. Bagi aku sangat berbaloi.



Ni bilik untuk 2 orang. Katil King tu...




Apa nama tempat ni. tempat jual kaktus. Tak beli pun. Aku tak minat.


Budak ni kalu nampak menda ni...tak pa dah. Mulut dia asik prengggggggg..prenggggg..prengggggg...mat motor la katakan!


Ha, tempat ni cactus point. hehehhe


Kat tempat stoberi lagi. Dekat-dekat ngan hotel kami. Tapi still kena nek keta. Nyeri nak parking. Tempat ni berbukit.




Wajib pekena eskrem stoberi. Tapi stoberinya punya la masam yang hamat!. Rm5 kot . Ntah..mat pezal yang beli. Amacam...romantik tak? hahahhaha




Amacam..leh jadi model eskrem stoberi dok? wakkaka pasan + poyo = itulah aku!



Okes, gambar bawah ni gambar keesokan harinya. Siap bfast kami konvoi pi ladang teh boh. Mak oiii jauh bebenor. Kalah jalan balik pulau. Sangat-sangat la nyeri. perlu skill driving yang tinggi! Sapa yang baru belajar drive keta...sila la nangis...anda tidak layak! ahhahahhaha


Amacam...cantik tak view ni? Aku nek rasa macam tak moh turun. Nak duk lama-lama kat atas tu. Indah dan mendamaikan.

Okes...ampa layan la gambar-gambar bawah ni. Tak larat aku nak letak caption.



Belakang tu kilang teh boh. Aku masuk sekerat ja. Tak larat kepung Aqil.






Sini kat Bharat teh lak. Cantik! Bukan aku yang cantik...tu teh-teh kat bawah tu...



RM10.00!! Muqah gila kan? hahhahaha


Ha...gambar aku dah bercampur-campur dah ni. Ampa layan je la.. malas nak susun dah. hahhaha



Aqil gayat. Takut tengok lereng-lereng teh tu..


Haihh dah berkedut muka aku. Tua dah aku.. sop sop sop



Eh sesat plak gambar ni. Ni snap masa kat ES Strawberi.


Cantiknyaaaaaaaa....tak moh balik!!!





Tuesday, July 5, 2011

Lamanya aku bercuti


Lembab tul tenet hari ni. Ingat nak ceta pasal aku p Cameron ngan kawan-kawan. Tapi nampak gayanya kena postpone tunggu network laju. Kat umah susah nk on9. Kaki penyibuk ado. Payah nak story.

Apa-apapun memang best cameron! Gitu la kalu 1st time smpi sana kan. sop sop sop.....