Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, June 6, 2011

Malu ngan anak aaa

Petang kemarin, buat tour... pusing kedah dari Sungai Petani ke kulim...ke kulim ke Padang Serai..sampai umah adus...capetnya. Kenduri banyak sangat. Tu pun ada gak yang tak sempat pegi. Sampai umah terasa lemahnya..tambah-tambah lagi perut ni dah makin besar...dah terasa tul-tul ada isi. Masuk je dalam bilik....tukar pakai baju ngan suar yang kecik-kecik je...on ekon paling sejukkk...baju yang buka tadi main campak je ujung katil...laki aku pun perangai sebijik cam aku. Ha elok la ditakdir jadi laki bini. Serasi la sangat kan.


Pastu elok landing depan ekon, Aqil masuk. Tau apa dia buat. Dia bunyi "ishhhh" pastu hilang. Tak tau la apa yang ishhh nya tu. Buruk sangat kot perangai mak bapak dia..pastu terdengar bunyi menda diseret. Pintu dibuka. Kat tangan aqil ada bakul baju. Lepas dia tutup pintu dia kutip-kutip semua baju yang makbapak dia sepahkan. Aku apa lagi

Mama : Ya Allah bangggg malunya kat Aqil

Abah : Ha, bagus Aqil..ikut perangai abah. Rajin!!

Aqil yang dah abis kutip semua baju...pastu pandang kami.

Aqil : Haaaaa...cam ni!

cehhh konon-konon tegur kami la..kena wat cam tu. Baju jangan sepahkan. Masukkan dalam bakul. Adesss kena sebijik ngan anak sendiri. Sedap laki aku gelakkan aku Sebab dimalukan Aqil waaaaaaaa tau la sekarang ni mama bertambah malas!

**tapi dalam hati..bahagia tengok Aqil cam tu. Aqil..moga sikap rajin Aqil ni..kekal ke sampai bila-bila. Amin

No comments:

Post a Comment