Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, June 16, 2011

Hackers : otak harap je genius tapi tak berhati perut!

Ada aku terbaca dalam blog-blog pagi tadi..ada yang kata kelakar..macam-macam lah.

Motif hackers ni sebab nak ugut kerajaan sebab kerajaan sekat kebebasan bersuara..kebebasan berinternet. Abis...klu dah korang lantang sangat sampai mengugat keamanan negara, tak kan kerajaan nak duk diam bodoh. Tak paham aku...bergema-gema blog minta tukar kerajaan. Ingat senang ker semua tu. Kenapa sampai cam tu sekali? Malaysia ni dah teruk sangat ker? dah berapa ratus rakyat mati kebulur? Kerajaan kejam ka? Aku selesa keadaan begini. Susah memang ada ngan kenaikan macam-macam barang. Tapi bukankah sebagai hamba Allah, kita patut terima ini sebagai ujian untuk hidup kita. Kalu semua senang lenang..bagi aku tak cabaran dalam hidup kita ni. Ujian ni sebenarnya untuk kita jadi lebih kuat..lebih kita dekatkan diri padaNYA!

Aku bukan la penyokong BN...dan aku bukan sokong sesiapa. Bagi aku dunia politik kebanyakan kotor walau politik ini perlu dan PENTING untuk diamik tahu. Cukup la aku cakap..sume parti 2X5 je. Tapi...tolonglah sayang kerajaan kita yang dah banyak buat yang terbaik untuk kita. Kenapa kita nak perlu geram pemimpin itu ini makan rasuah? Biarlah....akan ada balasan padanya kelak. Memang duit-duit yang terlibat itu hak rakyat, tapi kita serah pada yang berkuasa siasat seadilnya. Ya, akan ada bunyi-bunyi pihak berkuasa pun sama saja. Abis kalu kita tukar kerajaan sekali pun...gejala-gejala ni akan hapus 100%??? ada sesiapa berani jamin?

Oh...emo plak aku hari gara-gara hackers ni. Kepada hackers tu...anda memang bijak..tapi gunalah akal kepada jalan sebaiknya. Bukan pilih cara ini. tahukah anda...tangan kotor anda itu telah menyusahkan ramai pihak.


#Tunggu kerajaan block web lucah. Bila lagi pak menteri??



No comments:

Post a Comment