Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, June 20, 2011

Father's Day

Tak sambut meriah pun hari bapak sebab...ada la banyak sebab kalu orang tu asik keja je. Dah plak tu cuti tak serupa orang. Kita keja, dia cuti. Kita syok cuti dia plak kerja. Tak kose aku nak plan sakan-sakan. Last-last aku nak keja celebrate ngan Aqil. Motif? anak aku tu baru 2 tahun setengah...tak kan aku nk celebrate dia. Khatan pun blum agi, apatah lagi mejadi sorang bapak!

Tapi aku still beli hadiah kat bapak Aqil. Nak ajar aqil hargai hari bapak. Hari tu pun abah dia ajar aqil cam na nk celebrate hari ibu. So...takkan aku tak rai pa2 kan. Jumaat tu kebetulan meeting kat opis, sempat la aku cari hadiah kat sunway mall tu. Bungkus ngan kertas kosong je (kedekut nak mampus....padahal kertas bunga singgit je. Tu la kalu berkira sangat kan. Tapi kalu beli pun..laki aku koyak-koyak..pastu campak masuk dalam tong sampah ...rugi je. Singgit tu aku dah leh beli air soya sebungkus. Maka hargailah singgit!)

Masa mat pezal nak tido (dia keja malam, pagi hari bapak baru dia sampai umah)...Aku panggel Aqil...aku sua hadiah untuk dia kasi hadiah tu kat abah dia. Yang aku geramnya...elok dia melompat atas katil nak bagi hadiah kat abah dia leh dia berkata begini

Aqil : adiaahhh. abahhh adiahhh...ari bapa.....

Aku ajar dia sebut "happy fathers day" dia tak reti-reti. Sian ngat aihhh..so aku ajar dia wish hari bapa je...senang.

Laki aku buka mata..songgeh la nampak hadiah. Belek-belek kejap...pastu

Aqil : niii baju!

adoi laaaaaaaaaa. pecah rahsia plak. Bukan nak diam tunggu abah dia buka dulu. Suprise apa namanya

Mama : Aqillllllllllll...jangan la bagitau abah. Biaq la abah buka dulu.


Abah : Ntah aqil ni...abah dah tau ni baju.

Aqil senggih je. huh, tak leh simpan rahsia betul. Len kali kalu aku nak balut hadiah, aku kena pastikan dia tak da depan mata aku! kang rosak segala kejutan-kejutan. huh

No comments:

Post a Comment