Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, June 22, 2011

Check up lagi tadi

Hadoi la...3 jam kat klinik buat badan aku rasa nak pi tido je. Letey menunggu. Berapa banyak aku tunggu la tadi???

1. Tunggu nama dipanggil untuk timbang dan check tekanan darah

2. Tunggu nak amik bekas urine.

3. Tunggu nak masuk toilet. Orang ramai, toilet seketul je leh guna. Memang tak guna!

4. Tunggu nama dipanggil untuk buang semula urine.

5. Tunggu check darah

6. Tunggu misi panggel check perut

7. Tunggu misi sorang lagi sebab misi yang check perut aku macam tak reti. Pelik aku..terkial-kial dia check aku...last-last dia pangge kawan dia soh sambung!

8. Tunggu untuk dapatkan tarikh next appointment (sebulan akan datang)

9. Tunggu nak masuk jumpa doktor.

Haaaaa nasib baik 9 je. Kalu 10 angin kus-kus aku mesti menggila. Niat nak balik rest umah dulu, kul 2 masuk keja balik. Tapi cam malas plak nak patah-patah balik. Terus pegi kedai makan tapau nasi. Sekarang dah kenyang. Time mengulorrrrrrr...

No comments:

Post a Comment