Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, May 25, 2011

Aku dan Nur Kasih The Movie


Okes ni gambo jumaat lepas. Sian aku, dalam selesama..terpaksa masuk kerja demi selesaikan masalah user. Maksudnya selesai masalah user, aku kena selesai masalah public. Nak tak nak gagah diri masuk opis. Dah asik bersin tu sorang user kasi aku mask ni. Apa lagi rembat je. Hidung aku ni kalu tutup, reti plak stop bersin. Aku ada tunjuk pic ni kat Aqil...hahah tak kenal mama dia

Mama : Sapa ni Aqil...teka-teka?

Aqil : hurmmm ni doktor!


Hoh pakai gini wajib dipanggey doktor. Aku amik mask yang aku tak pakai lagi dalam handbeg..aku pakai

Aqil : mama?

Heran plak dia...kuikuikuii

Lepas setel problem user (padahal tak setel pun lepas aku kenalpasti tu prob data dan perlu semak dengan programmer S.Alam...Aku minta kasi masa seminggu untuk betulkan prob dia. Alhamdulillah..mengerti apek tu. Lega-lega). Pastu pedeqaih pi opis plak..ada meeting. Saat tu dah kul 11 lebih dah. Sampai aku sempat meeting dalam setengah jam je.. Fuhhhh...tak payah aku dengar bos aku leter banyak-banyak. Maka berkerak-kerak la taik tinga...tak dan nak cair sume. kehkehkehkeh.

Okes, pastu rest. Jumaat rest panjang. Maka...ini kerja aku ngan kawan-kawan.


Tadaaaaaaaaa.....nampak tu "Now Seating" ahah layan wayang walau selesema. Ha, penat aku booked tak kan nak lepaskan peluang. Apatah lagi film yang aku nantikan. Film apa?


Ni dia.... Nur Kasih



Bagi aku ceta tu tak best sangat macam drama dia. Drama dia lagi buat aku leleh ayaq mata. Ni tak sempat nak layan sedih...cepat-cepat bawa kita ker scenes len plak. Buleh la. dari 10 bintang aku kasi 8 sudah. Spoil la sebab gambar ni ceta sampai amina, adam ngan aidil smapi tua. Ending tak bagus. Yelah...aku rasa mesti ramai yang mengharap ending dia cukup sekadar Nur ngan adam dapat baby akhirnya. ohh so sweet. pastu leh buat sambung-sambung lagi kan. Apa-apa pun ceta ni dah tamat. Adam pun dah mati. Nur ngan Aidil pun dah tua...buat pa nak sambung lagi kan...sop sop soppppppppppppppp

No comments:

Post a Comment