Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, May 31, 2011

Hatiku gusar kerana sorang somiiii

Dah mencecah seminggu lebih mat pezal demam on-off. Aku pun tak pasti dia ni demam jenis apa. Geram gak, aku ajak pegi wat check darah tak nak. Takut jarum? kat aku kemain sedap lagi mengata ehhhh...kena tang dia, senang-senang wat dek. Hati isteri mana tak geram kannnnn

Tadi aku terima sms dari dia, doc kilang dia tu refer dia ker hospital untuk wat x-ray. Pelik aku. Sebab tang batuk tak lega...risau plak..lagipun aku minta jangan la ada menda yang bukan sebab mat pezal bukan sorang perokok. Kalu isap pun, main-main gitu je...bukan sehari tak merokok tak leh duduk. Dia bukan begitu. Tang batuk aku tak risau sebab aku kalu batuk pun susah nak lega..amik masa. Cuma kat demam ni...tak kebah-kebah.

Dugaan tul la...dulu masa aku ngandung Aqil...dia juga demam lebih kurang cam ni...ada satu hari tu langsung tak larat nak bangun. Demam plak bulan posa...degil nak posa gak. Last-last aku paksa buka gak..darurat kan...kena makan ubat. Kali ni, dia demam macam dulu gak..cuma kali ni dia leh gagah diri pegi keja..leh jejalan lagi. Bila malam...aku ngelupur panas...dia slumber pakai baju tebal-tebal..siap berselimut sakan...berstoking. haihhh.

Occay, ni aku nak suft tenet pasal demam laki aku ni. Apa punya demam daaa

Tarif elektrik naik??

Fenat aku taip pasal tarif letrik nek...tetiba laptop aku mampus. Kuar ajar la ni. Hempuk kang. Panjang plak aku taip tadi. Dah, aku malas nak taip macam tadi!

apa nak dikata...peduli hapa tarif letrik nek sebab :

SYUKURRRRRRR FAMILY AKU TERGOLONG DALAM BAWAH 300 kWj

Monday, May 30, 2011

Bertuahnya Aqil

Sabtu hari tu pergi kenduri kat Gurun. Adik user aku kawin. Dah kawan baik kan..so pegi la juga. Lagipun orang dah jemput wajib la pegi. Balik tu dh dekat kul 4 petang. Cuaca plak sangat panas Masyallah. Mat pezal ajak singgah umah mak bapak dia..tapi aku minta balik dulu sebab pala aku berdenyut giler dah ni. Ha...pakai lagi tudung hitam!

Balik umah tukar baju (cari baju yang skit kain sudey...:P) buka aorcond 16'c...haa terus nak lelap mata. Nak amik panadol sah-sah la mat pezal bising. So, apa lagi tidor la ubatnya. Tapi si Aqil ni masuk bilik tarik tangan soh bangun

Aqil : Mamaaa awai agi laaaaaa

Adus..aqil, mama tengah penin...tak kira la awal ka lewat mama nak tido gak. Mat pezal tengok aku pun dah semacam, terus bawa Aqil kuar. Tak tau la pi mana..dengar-denagr dah start keta. Selalu gitu..nak ke mana-mana susah sangat nak bagi tau. huh!

Mangrib masa aku duk siang ikan sekilo yang dibeli Pak Tam, aqil ngan abah dia balik. Lepas solat ngadap makan malam laki aku buka ceta

Abah : Baguih sungguh la anak mama tadiii

Mama : Napa?

Abah : Tadi bawa Aqil balik umah Tok Wahab...tok dia tanya mana la mama tak balik sekali. Abah ni cakap la..mama tak sihat. Tapi Aqil ni cakap "dakkk... mama tido...bukak aircond!" Hurmmm baguih la kannnnn

Mama : Adus Aqil niiiiiiiiiiii

Haihhh geram plak aku dibuatnya. Apa la mak mertua aku taksirkan ngan ayat Aqil tu. Huhuhuhu. Sayang ni la..tak leh cover mama langsung!

Duit depa dah abis joli..

Hishhh bulan ni lambat plak gaji masuk. Sengkek gila ni. Dalam handbeg tinggal rm18.60 je ni! harga handbeg mahal dari duit yang ada. huk huk huk..

Friday, May 27, 2011

Bukan Kita Seorang Nak Masuk Syurga

Bukan Kita Seorang Nak Masuk Syurga

kenapa perlu memandang negatif
dengan kebaikan yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik budi
masih ramai lagi yang budiman

kenapa perlu memandang negatif
dengan pertolongan yang orang lain hulurkan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik hati
masih ramai lagi yang dermawan

kenapa perlu memandang negatif
dengan baik budi yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang budiman
masih ramai lagi yang tinggi insaniahnya

kenapa perlu memandang negatif
dengan sopan santun yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang penyantun
masih ramai lagi yang beradap budaya

kenapa perlu memandang negatif
dengan sedekah yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang dermawan
masih ramai lagi yang ikhlas memberi

kenapa perlu memandang negatif
dengan pemberian yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik budi
masih ramai lagi yang tulus menghulur

Boleh tak, kalau tidak memandang negatif
dengan setiap kebaikan dan pemberian yang orang lain lakukan
mereka juga mendapat hidayahNya
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang hambaNya yang taat
masih ramai lagi insan lain yang sanggup berjuang
menegakkan Islam yang kita cintai.

Boleh tak
usah memandang negatif kepada orang lain?
Boleh tak
beri peluang kepada orang lain juga
mendapat pahala
kerna bukan kita seorang ingin masuk syurga.


~~Anyss~~
18 Mei 2011
Bandar Baru Bangi



Sama-sama kita hayati coretan di atas. Petikan dari blog sapa ntah. Aku rasa dia pun copy dari mana-mana. Pada penghasil karya ini...tahniah...anda berjaya sentuh hatiku ini. Terbaik!!

Grrrrrrrrrrrr

Time aku rajin ni la ramai user bercuti. Asalkan aku setle problem and nak test orangnya plak tak da. Maka pending lagi. Orang len sibuk-sibuk cuti aku plak terpaksa call pakej aku aku book...cancelkan. Ingat bulan depan leh jejak langkawi. Lama tak pi langkawi...apatah lagi lama aku dok shopping. Aku tak kira aku mesti sampai langkawi sebelum aku sarat!


Adik aku nya pasal la ni sampai kena cancel..pastu orang kampung jiran-jiran time tu gak wat kenduri anak kawin sampai mak abah aku pun cancel nak pi langkawi. huh. Lupa, musim mengawan sudah tiba!

Thursday, May 26, 2011

Kenapa harga RON95 tak naik?

Hurmm tertiba aku nak jadi minah politik sekarang..heheheh

Ni yang aku duk bincang ngan user-user aku la..so boleh disimpulkan...harga minyak takkan naik sebab PRU dah dekat? BN takut kalah dalam PRU. Rasa leh dikatakan 100% benar. BN takut? mungkin. Tapi masalah gak..parti pembangkang plak...duk hentam BN sebab duk tuduh BN penakut...kang BN naikkan harga minyak..korang gak la duk hentam...kata beban rakyat la..apa la...BN juga tersepit. Naik salah..tak naik pun salah. langkah lagi selamat jangan naik. BN mesti menang dalam PRU? ok, kita lihat nanti la

Okes...kenapa beria2 ada isu nak nek harga RON95 ni? dari pembacaan aku dalam blog...ada menyatakan duit susidi dah abis dicurah pada projek netbook 1Malaysia. Ini buleh jadi la. Aku tak nampak lagi apa penting netbook tu. Aku ngaku saudara aku pun ada yang terima netbook ni...tapi aku tak nampak pun apa gunanya melain mengguna sebagai alat peribadi untuk pesbuk? bagi aku ia cukup membazir apatah lagi..rata-rata yang menerima netbook ni..ada dikalangan mak bapak yang mampu beli notebook!


##pemerhati politik. aku bukan sokong sesiapa. Undi adalah rahsia! wkakakkaka

Nak makan pun susah noh

Kat paper makin galak plak isu makanan halal haram ni. Ada je cop halal tapi bila check semula ada BABI plak doh! Ni nak buat aku nak percaya halal yang dikeluarkan jakim ni. Jakim ni analisis lagu mana sampai leh terlepas menda-menda gini?

Yang paling sakit hati....Secret resipi..kek nya tu...dikatakan harammmm..ada DNA BABI. BABI sungguh aaa..Dah la selama ni aku suka kek-kek SR ni. Ades..nak kena samak perut ker? huhuh
Dalam paper semalam dia punya eksekutif apa ntah nafi tepung yang dikatakan ada DNA BABI...depa tak guna. Ades..apa-apapun..JAKIM cepat la bertindak

Para sainstis Malaysia...tolong la buat sesuatu. Mungkin leh hasilkan alat untuk rakyat test tiap makanan ada BABI ke tak da BABI!

Wednesday, May 25, 2011

Macaron???

Tadaaaaaaaaaaaaaaa...menda apa yang aku breakfast pagi tadi? Ni dia...tak main aa nasi-nasi lemak ni. Bekpes makanan italy wa cakap lu weiiii.



Macaron coklat. Manis skit. Tapi ok la...hehhehe


Aku order online je. Suft-suft jumpa. Terus order. Lagipun orang butterworth buat. Apa-apa senang aku pi cari kat akak tu. Tapi last-last guna posmen gak pos. Busy akak tu tak sempat nak anto kat aku. tu dia punya kotak comeynya.


Nyumiiiiiiiiiiiiiiii...amacam? comey2 kan.


Akak tu kata kalu order dapat hadiah misteri. Tak dapat pun. Kotak dia je kot misterinya? ntah laa.....dah 5 bijik aku abiskan. :)


Okes, sapa2 yang tingin n ngidam amcam aku ni...leh order kat akak ni. Klik saja di sini

Aku dan Nur Kasih The Movie


Okes ni gambo jumaat lepas. Sian aku, dalam selesama..terpaksa masuk kerja demi selesaikan masalah user. Maksudnya selesai masalah user, aku kena selesai masalah public. Nak tak nak gagah diri masuk opis. Dah asik bersin tu sorang user kasi aku mask ni. Apa lagi rembat je. Hidung aku ni kalu tutup, reti plak stop bersin. Aku ada tunjuk pic ni kat Aqil...hahah tak kenal mama dia

Mama : Sapa ni Aqil...teka-teka?

Aqil : hurmmm ni doktor!


Hoh pakai gini wajib dipanggey doktor. Aku amik mask yang aku tak pakai lagi dalam handbeg..aku pakai

Aqil : mama?

Heran plak dia...kuikuikuii

Lepas setel problem user (padahal tak setel pun lepas aku kenalpasti tu prob data dan perlu semak dengan programmer S.Alam...Aku minta kasi masa seminggu untuk betulkan prob dia. Alhamdulillah..mengerti apek tu. Lega-lega). Pastu pedeqaih pi opis plak..ada meeting. Saat tu dah kul 11 lebih dah. Sampai aku sempat meeting dalam setengah jam je.. Fuhhhh...tak payah aku dengar bos aku leter banyak-banyak. Maka berkerak-kerak la taik tinga...tak dan nak cair sume. kehkehkehkeh.

Okes, pastu rest. Jumaat rest panjang. Maka...ini kerja aku ngan kawan-kawan.


Tadaaaaaaaaa.....nampak tu "Now Seating" ahah layan wayang walau selesema. Ha, penat aku booked tak kan nak lepaskan peluang. Apatah lagi film yang aku nantikan. Film apa?


Ni dia.... Nur Kasih



Bagi aku ceta tu tak best sangat macam drama dia. Drama dia lagi buat aku leleh ayaq mata. Ni tak sempat nak layan sedih...cepat-cepat bawa kita ker scenes len plak. Buleh la. dari 10 bintang aku kasi 8 sudah. Spoil la sebab gambar ni ceta sampai amina, adam ngan aidil smapi tua. Ending tak bagus. Yelah...aku rasa mesti ramai yang mengharap ending dia cukup sekadar Nur ngan adam dapat baby akhirnya. ohh so sweet. pastu leh buat sambung-sambung lagi kan. Apa-apa pun ceta ni dah tamat. Adam pun dah mati. Nur ngan Aidil pun dah tua...buat pa nak sambung lagi kan...sop sop soppppppppppppppp

Tuesday, May 24, 2011

Minggu yang amat bz

Hari ni busy sangat..masuk-masuk je kena prepare isu-isu nak meeting petang ni. Patut semalam aku dah prepare. Tapi semalam badan-badan sakit..so, MC. Buat apa nak meranakan badan sendiri kan.

Banyak menda ni aku nak update dalam blog....len kali lah!


Meeting petang ni doakan lancar. Biasa la ngan user..macam-macam nak isukan. Dari besaq kuman sampai la besaq badak sumbu. fuhhhhhhhhhhhhhhhh

Ya Allah...permudahkan hambamu ni. amin

Thursday, May 19, 2011

Prob yang merepek-repek

Geram tul hari ni...dah la jalan jem nak gerak ker komtar...pastu senjang jalan user asik kol pasal ada problem. Kalu urgent sekali pun, aku nk leh wat pa? Nak access DB sana ngan area keta aku?? (yer...aku keja je IT tapi sekor berukband pun tarak...Org IT sengkek gini laaa)


Dah sampai tengok user-user dari sume site sedap melantak nasi lemak. Uihh sedap bau...tapi pala asik pikir prob kat site. Nak online..tarak pot plak..tak leh access network sume cukup. Ohh bengang sangat sey!


Pastu niat kuar meeting kejap..turun cari tempat leh access DB...ingat kejap leh setel...last-last satu demi satu aku jumpa user wat silap..sampai tau punca mana satu mula-mula salah., Ahhh sudah..Haqu.

Saat ni pun tak setel...meeting yang aku patut masuk berlalu begitu saja. Tup-tup dapat result satu modul akan live agi. Waaaaaaaaa dah la tak masuk meeting tadi...flow pun aku tak pick up sume..macam mana aku nak jadi orang yang boleh diharapkan untuk terer modul tu. Dugaan betul la...

Esok...aku nak p serang user aku. Haihhh pandai wat silap merepek-repek. Kalu tau tau tanya dulu..men hentam je. Sapa susah? Aku! Aku jugak!

Wednesday, May 18, 2011

Woi ISRAELLLLLLLLL

eeeeee geram tul ngan ISRAEL kapiaq ni..tak habis-habis ngan sikap dengki. ISRAEL ni tak patut wujud kat mukabumi ni. Orang nak tolong GAZA, kasi la laluan. Dengki tahap nak mampus pa hal?????? Tak da kapal malaysia lalu kat perairan hang..duk wat kalut jadah apa nya???

Depa ni dengki sungguh kan? Takut GAZA maju apsal? Takat bantuan skit-skit..tak da nya GAZA nak bangun hapus gang ISRAEL ni mampus sumenya walau ampa ni tak layak pun untuk hidup.

Bila la ISRAEL nak lenyap dari peta dunia? hurmmm

Aqil : Sayangilah bakal adikmu ini

Hurmm setiap hari akku mendidik Aqil agar bersiap sedia terima seorang adik. Aqil cam faham apa yang aku duk cakapkan hari-hari. Hari-hari wajib dia cium perut aku...kadang-kadang dia gosok kemain lama. Nampak sayang sungguh. Hari-hari panggil adik dia baby

Kemarin. Lepak ngan Aqil dalam bilik, macam biasa pantang aku baring dia nak tengok baby. Huh, macam la nampak. Dia gosok-gosok...

Aqil : Babyyyyyyyy buat pa tuuuu...

hoh, macam la adik dia duk menjawab kan. Hari-hari tnya soklan yang sama.

Mama : Baby tido laaa...

Aqil : ooooOOOoo

Mama : Aqil, nanti adik dah ada...Aqil jangan buat adik tau. Mama pi kerja, Aqil jaga adik elok-elok tau

Aqil : Haaaaaaa!

tak sempat 2 saat dia lempang perut aku! baru je pesan beberapa saat dah langgar nasihat aku. Eeeeeeeeee.. la-la tu gak aku lempang dia balik (lempang manja je).

Mama : mama dah pesan kan??

Aqil : okessss...

Senggih-senggih je dia. Saja nak menyakat mama! perangai sebijik macam abah dia. Kuat mengusik no ONE!

Monday, May 16, 2011

Hari ni ke klinik lagi

Haihh malas tul la kalu check-check perut ni, tapi demi baby..terpaksa la jua aku harus bersabar. Hari amik masa dalam 2 jam lebih gak nak siap sume flow check. Dari daftar sampai amik date untuk next check.

Berpeluh-peluh muka. Badan lagi la rasa...rasa melekit-lekit...rasa macam nak mandi la-la tu gak haaa...Hari ni tak da la boring sangat sebab jumpa sorang akak ni..peramat amat. Tetiba banyak topik sembang....so, masa tu tak da la lama tunggu. Menyembang la katakan mana nak rasa gitu. hihi


Abis je check terus cari kedai makan. Tapau. Kul 12.30 masuk opis. Sampai terus On kipas laju-laju padahal aircond ni dah sejuk...tak terasa occay. Panas hati sama sebab lama menunggu doktor. huhuhu

Saturday, May 14, 2011

Reunion jadah apanya kalu jadi lagu ni?!!!

Ishhh sungguh tak paham tul kawan-kawan sekolah menengah dulu. Pok pek pok pek nak wat reunion..sampai la tak jadi. Tak pa la, may be kawan2 ada yang busy dan menda ni akan amik masa nak bagi jadikan. Tapi yang bengangnya....susah payah member sekelas aku buat group ni, kumpul kawan2, tetiba ada anasir nak pecah belahkan reunion ni. Ni la orang melayu...skit2 berpecah. susah nak bersatu!

Ampa layan la sebab apa yang aku bengang sangat. Tenkiu kawan C aku tu, nasib baik sokong aku. kehkehkeh..Kepada A dan B....len kali tak payah la duk join group macam ni. Kehadiran anda hanya memecah belahkan silaturahim!
Tak clear? klik kasi besooo..


Amacam pendapat ampa?ka ampa pun macam A ngan B?

Thursday, May 12, 2011

Semangat nak meting

Kalu ikutkan sekarang ni aku dah on da way pi opis..ntah-ntah dah nk exit seberang jaya dah ni...tapi bos belum bagi green light. Meeting bos-bos kat komtar belum abis, cam na kami nak start kami nya meting kalu bos tak da kan...

Ni aku dah stop wat keja...tak sabar nak pi meting. Tapi cam dah lewat dah ni. Perut dah lapar minta nasi. Adess ada meting ke tak da ni. Kalu cancel pun okes gak sebab malas nak drive tambah kat luaq nuh tengah ujan lebat. Gelap...masyallah macam dah masuk mangrib. Tido best niiiiiii!

Ada meting ke tak da ni. Meeting esok je la...lalallallaaa

Kerana gula

Ayoyoyooooooo peniaga restoran ni bangang ka..sengaja amik kesempatan aaa? Tak kan la harga sekilo gula nek Rm0.20....segelas teh tarik nek Rm0.20 gak? Segelas teh tarik, guna setengah kilo gula gak???? Akai ada bai? Ni ha....sapa tak clear aku bebel...baca berita bawah ni.


Harga teh tarik naik mendadak


2011/05/12

KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.
Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.
"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.

"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya.

Wednesday, May 11, 2011

Aqil nampak hantu???

Lepas mangrib semalamkan adik laki aku story cam gini

Acu : wes kak....tadi aunty ceta kat aku...Aqil nampak hantu

Aku masa tu baru letak kusyen sofa depan tibi nak baring-baring terus tak jadi. Terus panggung pala cam ulaq selar depan adik aku tu.


Aku : Bila? ceta-cetaaaa.....

Acu : Aunty ceta dalam 6.30 petang tadi ni, bawa Aqil jalan belakang umah kita ni..lalu depan umah tok ngah..pastu Aqil tarik tangan aunty macam takut-takut pastu tunjuk kat tangga umah tok ngah.."tu-tuuu hantuuuuuuu". Aunty tanya mana? aunty tak nampak pun...aqil duk tunjuk-tunjuk..Pastu kan Aqil patah lari balik langsung tak pusing belakang dah.

Aku : ehhh tak kan kot

Acu : Tak tau la....Aunty kata Aqil memang nampak sungguh takut.

Ha, gitu alkisahnya....orang tua kata budak-budak memang senang nampak makhluk halus ni. risau gak aku takut demam ke..ngigau ke apa...Tapi semalam dia tido ok je. Bila aku tanya Aqil tul ka nampak hantu. Dia just jawab " haaaaaaaaa" hurmmmm...Umah tok ngah tu memang tak da sapa duduk pun. Dah 2 tahun lebih tak berpenghuni lepas Tok ngah meninggal. Aiii seram plak aiiii....

Tak tau la nak caya anak aku ni ke tak....

Nak pilih pi mana niii

Fenat aku surft tenet cari pakej-pakej kat langkawi...sume dah full. Degil plak adik aku, aku cakap jangan mimpi la dapat price yang bagus musim cuti sekolah. Bukan takat dapat pakej yang mahal...malah sume dah abis booking. Aku nak book hujung bulan 6, tapi pakej masih lebih kurang sama je harga. Satu family mau tak mau lebih 1K. Haihhhh tu baru penginapan ngan MPV...belum agi ngan wet bot..tiket2 and SHOPPING!

Pilihan kedua cameron...tapi cam tak best je untuk Aqil...Apa yang best cameron untuk anak berumur 2 tahun? kalu langkawi...Aqil mesti best ngan nek bot, underwater world..kabel car...SYURGA COKLAT...macam-macam la.. Cameron? Shopping sayur..aku dah la tak berapa minat sayur-sayur ni. Best pun rasanya time tido kot. Sejukkkkk je kan.. takat tido, baik tido umah ON aircond 16'C. Sama je jadi cam cameron.


Alaaaa nak pi mana ni....buntu-buntu.

Tuesday, May 10, 2011

Gula naik

Apsal kerajaan ni, dah tak duit sangat ker? Asal je nek harga...kuar statement ni

"Harga Gula Di Malaysia masih lg murah berbanding dgn negara jiran"


Hello bapak menteri. kalu gitu nek harga terus kasi sama harga kat US nuh. Pastu tak yah duk nek2 dah. Habis ceta!

Monday, May 9, 2011

Aktiviti opis untuk user tersayangggggggg

Occay ni gambar xtvt company aku bersama user. Bos kami lawan user-user kat site....meriah. Ada lah dalam 50 orang gitu. Aku ngan kawan opis 3 orang jadi urusetia je..tak main pong sebab gerun plak tengok user siap masing-masing bawa bola bowling sndiri. So, maknanya depa selalu main....of coz la, risiko masuk longkang adalah sifar. Sebab segan nak main, aku lebih banyak turun shopping kat sunshine. Abis sampai rm200. huk3. Skit je kan. Blum 2K agi... :)

Ni, 2 laki bini jaga goodies. Aku tukang sibuk pegang kamera kopak aku.



ye....saya blogger selebek =P


Sini la tempat lawan


Users dari semua daerah


Ni ha bos aku. Kata sakit tangan nak men, tapi men gak. Konon-konon nak manja ngan anak buah la tu, tapi anak buah taknak layan. terpaksa campak bola gak..kihkihkih


Diapit Ida ngan memey


urusetia la kononnya ni....



yihaaaaaa makan timeeeee...kat hotel Equatorial Bayan Baru.


Da pakej


Time ni aku kenyang giler. Duk plak tempat empuk, lagi la malas nak bangun.



Yong tau fu ngan pasemboq. Buleh la...tapi sotongnya sangat lembek...


Time gedik-gedik



Niat nak mandi, lupa plak bawa 2 pcs. Hadoi laaaa....RUGI!!!
Sapa ni? aku ler...muka dah berselebeh. Makeup pun dah cair....(guna makeup murah lagik!)

Friday, May 6, 2011

Napa aku suka hari jumaat?

Meh aku listkan kat sini.

1. Tiap jumaat pejabat ni selalu buat kenduri makan-makan. Sebelum mulakan tugas, staff akan buat baca Yassin atau tahlil. So, lepas tu ada la makan-makan. Ada hari bihun goreng, koteow, mee, nasi lemak adalah selalu. Ha, hari ni nasi lemak. aku tak bukak lagi lauk apa. Tak per....rembat je! Syukur alhamdulillah. sapa tak suka makanan free???

2. User malas wat kerja, so kerja aku pun jadi senang. Tak da la fail menimbun-menimbun sebelah kiri kanan depan aku ni. Mau aku tak suka!

3. Rehat hari ni panjang. Kul 12 sampai kul 3. 3 jam tu wes! So, sempat aku pedeqaih keta balik umah. Makan, tido, main ngan aqil n mandi sume aku sempat buat lah. Lengkap. Suka. Masuk balik dalam kul 3 tu....buat kerja skit n anto report...pastu balik. Jumaat jangan harap aku nak kerja terlajak-lajak. Cukup time cabut.

4. Jumaat adalah hari last kerja. Yahooooooo esok cutiiiiiiiii!

Thursday, May 5, 2011

Need Vacation!!!

Aiiii rasa dah lama dok pi jalan-jalan. Last pi masa cuti sekolah hari tu jalan-jalan kat Key El. Ni macam nak pi bercuti agi. Aku ni kalu duk umah badan dan-dan kemasai..otak lembab. Asyik nak hangin jer. Kalu nek je keta, dan-dan senggih sampai lutut! uihh cam na tu sampi lutut. Korang bayangkan sendiri.

Tengah bulan ni ada cuti selasa, isnin kalu apply cuti best ni. Leh jalan-jalan kat feringghi. Aqil pun lama tak mandi laut. Mesti dia suka. Pastu leh jalan-jalan kat Bukit Bendera. Tapi laki aku warning siap-siap..."abang tak tau jalan" Huh, memalukan orang penang je. GPS kan ado kan? kan?

Abanggggggggg jom la gi jalan-jalan. kalu bukan untuk diriku ini..anggap la untuk anak-anak kita. tambah-tambah lagi untuk baby dalam pequt ni haaa......

Aci la kan?

Hobi tiap kali mengandung

Aku ni kan, asalkan ngandung suka baca buku. Bagus la kan? kan? Tingat lagi masa ngandungkan Aqil dulu, aku suka baca riwayat Rasulullah. Tebal giler buku tu....Boleh je aku abiskan. Alhamdulillah la. Orang cakap, kalu kita suka wat menda baik (cth : baca buku) , nanti anak akan terikut. Tapi aku tengok Aqil sekarang ni...hmmm buleh la. Kadang-kadang tanpa disuruh dia akan bawa buku-buku dia soh aku ajarkan. Kadang-kdang je la. Time dia malas tok sah disuruh ha. Kang hang yang angin sampai terasa nak makan je buku-buku Aqil tu!


Occay kali ni, aku dapat satu buku ini. Eh bukan dapat aaa...sapa la nak kasi pree kan. Aku beli kat pesta buku kat dewan millinium baru-baru ni. Aku tengok cam menarik giler je buku ni. Macam ketinggaan pun ada sebab aku tengok cetakan pertama 2009, sekarang dah 2011. Aku beli yang cetakan yang kelima. Kiranya laris lah buku ni. Cover pun cantik! Pink lagi.


Aku baru baca suku buku ni...tak abis lagi. Terasa jeles giler ngan kekasih rasulullah ni. Sayang betul Rasulullah pada Aisyah. Bertuah Aishah. Macam-macam aku tak tau pasal kisah isteri Rasulullah ni...sume jadi tau. Ada gak selit ceta Rasulullah ngan 10 isteri yang lain. Harga pun tak mahal. Rm23.90 jerk. Masa aku beli ada diskaun 10% tak silap. Terus aku rembat. Tak sangka plak aku terus jatuh hati kat buku ni.


Wednesday, May 4, 2011

Kisah Aqil, mama dan abah : Kolam

Petang kemarin sedang aku lepak bersama dua jantung hati aku dalam bilik...

Aqil : abah....jom...gaint

Ha start dah...gaint-gaint. Tak da tempat len dah. huh

Abah : Nak beli pa plak?

Aqil : Pampehhh

Elehhh bertimbun drypers hang Aqil....


Abah : Banyak dah...nak beli buat pa lagi. Ha...jom kita beli kolam macam boboi. Umah kita kan dah siap simen kat luaq.

Aqil : Haaaaaaa

Abah : jom kita p beli....

Aqil : jom-jom

Ceh kalut jer....kalau bab jalan no 1. Pastu abah dia buka topik 1 ni

Abah : Simen umah kita sapa yang basuh?

Aqil : aqil laaaaa

Hurmmmm yolahhh tu

Abah : Abah?

Aqil : Abah sohhh..mama dak!

Serta merta dia tunjuk jari dia kat aku. Huh...tau la mama tak buat...huuhuhuhuh

Mama : Anak ngan bapak suka sangat berkira. Dah...tak moh kawan!

Ha, kan aku dah majuk...kalut aqil pujuk. Suka tau kalu Aqil pujuk aku sebab dia akan sayang-sayang pipi aku. Ohh sweet giler rasa...hikhikhikhikkk. Kalu abah dia nak pujuk? huhhh harammmm...jangan harap!!!

Osama vs Obama.

Heloo Amerika,, ko ingat ngan bunuh Osama, dunia akan mekar aman sentosa. Ko tunggu la siri serangan dari koncu-koncu Osama. Dah la ko tertindak kejam buang mayat Osama dalam laut. Sangat kurang ajar. Aku ni bukan penyokong Osama pun, tapi bila baca paper pasal buang mayat dalam laut ni...nerderau darah aku. Klu pengikutnya lagi-lagi la hangin kan.

Obama & US...kau sebenarnya menyemarak api keganasan.

# Obama bukan hero, sebab berani dia nak turun tembak Osama?Tentera US pun bukan berani pun...sume bacul macam tentera Zionis. Harapkan senjata canggih je pun. memang haprakkk

Alfatihah kepada Allahyarham Osama. (Tapi naluri ku berkata, itu bukan Osama)